Unknown
Ramadhan datang lagi.. Harapan cuma untuk memenuhi bulan ini dengan kebaikan dan mendekatiNya sedekat mungkin. Semoga ianya tidak berhenti di bulan ini sahaja.

Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Kedatangannya dinanti. Bulan menuai rezeki. 

Amalan yang dilakukan semoga diterima oleh Yang Maha Pencipta. Tuhan semesta alam. 

Teringat semasa dibangku sekolah dulu. Pelajaran Pendidikan Islam. Subjek bulan Ramadhan. Apakah hikmah berpuasa? Ya jawapannya ialah, untuk merasai keadaan lapar dan dahaga yang dilalui oleh hamba-hamba Allah yang lain..

Namun sekarang agaknya ramai yang sudah lupa hikmah berpuasa agaknya. Sebab itu pembaziran selalu berlaku.

Semaga Ramadhan ini menjadikan kita lebih peka dan sentiasa berjimat. Namun ianya tidak harus berhenti di bulan ini sahaja, kan! 

Ya Allah , jagalah kami ini dari perkara2 yang melalaikan. Jangan biarkan kami jauh dariMu. Dan jadikan lah kami dari golongan orang-orang yang diberi nikmat dan sentiasa bersyukur.

Amin. 



0 Responses