Unknown

Finnaly.. i got braces on today.. huhuuu..

Type : damon braces
Duration : 18 to 24 month
CLINIC: Klinim pergigian Aina Kajang

Appoiment jam 4.30 ptg tadi.. rata2 orang cakap pemasangan braces ni amik masa 1 hingga 2 jam.. tapi klinik ni hanya ambil masa 30 minit je.. mungkin dokter nya dah banyak pengalaman kot pakaikan braces ni..

So.. price.. ermm... kebanyakan dental clinik yang aku survey offer rm 6.5 k tuk berbraces ni.. yang jenis damon system...

Tapi Klinik Aina ni just offer me rm 4.8k for this type.. tapi tak termasuk cabut gigi dan retainer. Mold gigi dah termasuk..

Masa mula2 aku buat appoiment tuk konsult gigi ni dokter Aina offer traditional braces. Harga dia rm 3.8k. Tapi aku nak jugak damon braces.. kenapa... jeng2.. sebab senang nak cuci..

Consultation cost hari tu free of charge..

So when i decided a damon braces.. i need to dump rm 2k for deposit... so balance tinggal 2.8k.

So last week nurse tu call tuk datang klinik.. aku igtkan tuk cabut gigi xray and mold.. tapi rupa2nya terus pasang. Dr amik mold gigi then terus pasang braces kat mulut aku ni...

First day ni tak rasa apa2 lagi.. just rasa pelik je.. tapi tak tau la kalau esok canne...

Ni pic gigi2 aku yang bertaburan.. huhu.. baru lepas makan durian..

Unknown

Sleeping Mask yang ni memang sangat best.. sangat moist.lembap...bila kita buat circular motion dia akan jadi titisan air.. malam pakai tebal2 jadi sleeping mask.. pagi pakai nipis je boleh jadi moisturiser.. huhu..2 in 1...

Toner pon aku beli baru.. yang plus royal jelly.. yang penting alcohol free. Almaklum kulit muka aku ni sensitip...

Unknown

Hari tu masuk Watson ternampak stoking Scholl ni...ada sale.. i got rm 83 only for this stocking.. murah la .. biasa rm 95..

So time for review...

Ramai orang cakap stoking ni boleh toned a d reshape our leg.. ermmm.. yg tu tak tau la.. but for me i just have something that good to me.. i have insomnia.. yang mana kadang 2 jam 3 pagi baru tido.. then jam 5.30 kena bangun get ready to work.

Or sometimes every 2 hours terbangun dr tido.. sakit hati... huhu... pernah kalau terjaga jam 2 pagi terus tak boleh tido sampai jam 6..

Tapi selepas pakai stoking Scholl ni.. i noticed yang tido sangat lena tuk beberapa hari ni...

Sampaikan hari pertama pakai aku tido jam 1130 malam... kunci alarm kol 5.30 tapi tak terbangun... tau 2 dah 6.10 pagi.. memang dah lambat la g keje.... huhu.. the next day juga camtu...

Huh.. tido yang sangat nikmat.. aku try nak cari yang Scholl legging senang nak pakai...

Sebenarnya stoking ni takde magik pon.. teknik dia compression.. masa pakai time tido tu cam ada orang urut2 kaki.. selesa sangat..

Worth buy!!!

Unknown

Masa mula mula pakai Sf Beauty muka aku bengkak, burn.. panas dan melecit selepas pakai krim malam.. krim siang pula rasa gatal2. Aku heran dan stop pakai. Tp kakak2 dan adik aku pakai ok je. Cantik bersih je muka diorang.

Then sekarang Kaylena cosmetic glamer pulak.. aku pon beli jugak.. the same thing happen after use night cream.. sakit sangat .. leher merah bengkak. Rasa melecet dan mata memang boleh buka separuh je.. aku tak nak salahkan produk ni. Sebab orang lain pakai ok je..

Hari tu aku beli online produk Kaylena ni. 5 sets.. untuk kawan2 skali. Diorang pakai ok je.. tp aku bila pakai untuk pertama kali .. jam 10 malam aku paki night cream tu. Kol 2 aku terjaga sebab rasa melecet kat leher. Try bukak mata xboleh..huhu.. separuh je boleh bukak mata..

Bila tengok kat cermin mak aih.. bengkak mata ngan leher. Tp leher sakit gila la... apply aloevera gel. Lega la sket. Tp leher tak le blah.. mmg sangat sakit.. mybe sebab kulit kat situ nipis...

Bangun pagi mmg mc la jawabnya.. tp jam 7 tu dah boleh buka mata. Still bengkak.. nk g klinik pon malu.. tp tang leher tak surut pon.. apply lg aloevera gel kasi soothing sket..

Aku try tgk ingredient dia for night cream.

_aqua , jojoba oil, grape seed extract, aloevera extract, olive oil , vit c and e, cetearyl alcohol,red orang extract, prophlene glycol, tocopherol and glycerin..

Nothing suspecious except glycerin.

Aku try search pasal allergy to glycerin and their effect.. huhu.. memang ada simptom yg aku lalui. Redness, burning, itchy huu..lain org lain effect...

So this product may not harm to everybody tapi certain cases cam aku yang ada sensitive skin ni memang akan ada kesan.. so avoid glycerin .

Jangan jadi macam aku.. main taruk je kat muka pastu sakit tanggung sendiri..

Cara terbaik ialah test je kat tangan dulu ke... tap aku rasa lehher paling cepat la.. so test kat leher dl b4 apply kat muka.. tak pasal2 cuti 1 hari..
Nak cure lama.. so bertindak bijak

Tapi tu la gatal nak tukar.. pakai bio essence kaler hijau tu bertahun tak de ape effect sakit.. huh.. makanya.. bertahan ngan bio essence la... bio essence ni aku dah pakai since 2007 lagi.. ok je. Banyak kali jugak tukar sebab bosan.. tp tiap kali pon berbalik kat bio essence jugak sebab yg lain tu menggelupas la .. gatal la.. macam2.

Huhu.. tak tau la berapa hari nak ok bengkak ni.. harap2 tak de menggelupas la..

Unknown

Sebelum duit bonus aku abis... aku nak buat braces.. huhu....dah few tempat aku survey tapi yang paling murah aku dapat kat Klinik Pergigian dan Surgeri Aina. Depan Giant area saujana impian... aku tau pon sebab baca blog orang lain..

So last week aku buat la appoinment tuk tanya pasal braces dan gigi aku... skali dengan cost..
Untuk conventional braces- yang ada getah2 warna warni tu dr kasi rm 3800.. then aku tanya pasal damon braces dr cakap rm 4500 to rm 5000 depends on struktur gigi.. so untuk aku dalam rm 4500.. tapi aku nak pakai yang gigi atas kaler transparent dan gigi bawah yang stainless steel.. cam gambo kat bawah tu...

Menurut dr.. aku kena beli 2 set la sebab dr kena order dulu... huhu sape nak pakai 2 bracket tu.. kalau ada orang nak share ok gak.. kalau beli 2 set jadinya lebih rm 10000.. huuuu....mana nak cekau...

Mostly aku tanya harga damon braces rm 6500.. kalau klinik DrSmile.. harga damon braces rm 6500 to 7000..pastu kalau nak transparent kat atas harga dia 7500.. mak aih.. mahal tul... mana nak cekau...

So skrg aku masih berkira2 lagi.....

Unknown

Tiada siapa menginginkan ia terjadi. Tiada siapa pernah menjangkau ianya akan terjadi.

Kun faya kun 

Semuanya adalah dalam perancanganNya. Apabila Dia berkata Jadilah maka Jadilah.

Apa yang ada di bumi mahupun di langit, adalah kepunyaanNya. Yang Maha Pencipta. Dia yang mempunyai Haq ke atas segala yang ada di bumi dan di langit.

Yang kita perlu ada hanya meminta. Meminta agar dikurniakan sedikit nikmat kepunyaanNya.

Jangan berhenti meminta. Jangan berhenti berdoa.

Kerana Dia lah yang Maha Pemurah
Yang Maha Mendengar
Yang Maha Mengetahui

Hanya Dia tempat kita berserah.
Hanya Dia tempat kita mengadu.
Hanya Dia.

Ya Allah. Perkenankanlah doa-doa kami.
Ya Allah. Perkenankanlah doa-doa keluarga mereka.
Engkau yang Maha Mendengar dan Pemberi Nikmat. Maka perkenankanlah doa-doa kami.

Labels: 0 comments | edit post
Unknown

Pencarian demi pencarian MH 370 masih diteruskan. Namun sedikit info pun kita tak dapat. Undangan kapten Norudin di TV3 membuka mata semua orang. Membuka hati semua orang. Sekali lagi Malaysia Hari Ini, mengundang beliau dalam segmen MHI.

Demi Allah, kata-katanya sungguh mendalam. Membangkitkan orang-orang Islam bangkit dari tidur.

'Semua rakyat Malaysia terlalu taksub dengan teknologi'

Serba sedikit aku cuba menghadam kata-katanya. Seakan-akan pergantungan kepada Yang Maha Esa dilupakan. Segala teknologi terbaru digunakan. Namun belum berhasil. Berhentilah sekejap untuk berfikir. Apa tujuan kita sebagai hamba di muka bumi ini. Pergantungan hanya padanya. Berbaliklah padaNya.

MH370 adalah titik dimana kita perlu buat uTurn, kembali padaNya. Menunjukkan Allah S.W.T sayang pada kita. Berbaik sangkalah padaNya.

Kepada rakyat Malaysia terus berdoa. Berdoa yang sungguh2. Kerana Allah myendengar apa yang kita minta. Teruskan merayu padaNya.

Kapten Norudin berpesan,

'Kepada keluarga mangsa, teruskan berdoa dan adakan solat taubat'.

Solat taubat...bukan hanya pada kaum keluarga mangsa tapi pada semua muslim di Malaysia.

Kerana kita semakin jauh dariNya. Sama2lah kita mendekatkan diri padaNya dan teruskan berdoa.

Semoga MH370 pulang dengan selamat.

'Ya Allah. Kau yang Maha Kuasa. Berilah kami petunjuk dalam pencarian ini. Ya Allah. Sesungguhnya kami insan yang lemah, maka hanya padaMu kami memohon pertolongan. Sesungguhnya Kau yang Maha Mengetahui akan apa yang telah terjadi dan bakal terjadi.

Kau selamatkanlah mereka Ya Allah. Kau selamatkanlah mereka Ya Allah. Kau selamatkanlah mereka Ya Allah.

Kau kurniakanlah kaum keluarga mereka kekuatan mental dan fizikal dalam menempuh ujian Mu ini.

Ya Allah. Kau yang Maha Pemurah. Kau kembalikanlah mereka pada keluarga mereka.

Ya Allah permudahkanlah pencarian ini. Permudahkanlah Ya Alah. Permudahkanlah Ya Allah. Amin.'

Semoga pencarian dan penantian ini terhenti dengan kebahagiaan.

Labels: 0 comments | edit post