Unknown
Ayah...
Dah 16 tahun dia pergi menghadap Illahi
Mak....
5 tahun lepas menjejaki langkah ayah... 
harap setia menunggu kami, anak2mu di Jannah

Sedih...
namun, apakan daya, mereka bukan hak kami...
aku mahupun mereka 
adalah kepunyaan yang Maha Pencipta...
Ya Rabbul Alamin... 
Allah Tuhan Semesta Alam,
Yang menciptakan segala isi di bumi dan di langit....



Redha...
ya...mereka pergi menuruti panggilanNya...
siapakah kita untuk menolak...
 Semoga berada di tempat yang mulia, disisi Mu Ya Allah,
iaitu di tempat orang2 yang Kau janjikan Syurga..


Dulu...
seringkali dalam fikiran aku
pelbagai soalan bermain2...
namun sekarang ternyata Allah itu Maha Mengetahui
apa yang perlu untuk hamba-hambaNya
Susah...
ya... kami bukan dari keluarga golongan yang kaya
seringkali aku bertanya padaNya 
kenapa aku dilahirkan bukan dari golongan kaya
 sudah pasti masa itu aku tidak perlu bersusah2 
menolong mak dan ayah
sehinggakan tidak cukup masa 
untuk melangsaikan kerja sekolah
Kalau mak dan ayah kaya...
tentu aku pandai
boleh ke kelas tuisyen...
Kalau mak dan ayah kaya... 
tentu aku banyak masa
dan punyai ramai kawan2

Kalau mak dan ayah kaya..
aku tidak perlu tolong 
mereka seawal usia 9 tahun...
memikirkan abang2 dan kakak2 di universiti...
Dulu...
semasa di Pusat Asasi Sains, UM
rindunya aku pada masakan mak..
Namun...
siapa sangka setibanya aku di kampung..
mak jatuh sakit...
kakak aku sarat mengandung...

Di kala kawan2 ku merasa masakan mak..
berbeza pula dengan aku... 
aku yang masakkan untuk mak...

Sentiasa,
bisikan suara syaitan giat mengelirukan aku...
bertanya dan bertanya 
kenapa...
kenapa semua ini terjadi pada ku...

Tahun demi tahun...
dan masapun berlalu...
sehinggalah aku meneruskan karier aku...

ditahun kedua bekerja...
ternyata masa mak sudah tiba
untuk menemui Penciptanya..
tatkala itu aku di Vietnam..
sekali lagi aku di uji...

di saat aku jauh... 
kenapa ini terjadi...

mak menghembuskan nafas terakhir setelah 6 jam aku disisinya...
Alhamdulillah... nikmat  6 jam itu Allah kurniakan buatku...
Sayangi lah ibu bapa kita selagi mereka ada disisi kita..
tidah kira susah atau senang..
Kerana setelah pemergian mak dan ayah... 
Allah menjawab segala soalan2  yang bermain di kotak fikiran aku..

kenapa Allah tidak kurniakan kekayaan kepada kami?
kenapa aku perlu bersusah payah untuk mak dan ayah?
kenapa ayah pergi di saat kami masih memerlukannya?
kenapa mak sakit dikala masa remajaku perlu dikongsi bersamanya?
kenapa dan kenapa...

Kerana...
hanya Dia yang mengetahui 
berapa banak masa yang ada untuk aku bersama2 mak dan ayah...
aku sedar... 
anak2 perlu membalas jasa ibu bapa mereka...
Ya Allah , Kau Maha Mengetaui..
maka Kau awalkan masa untuk aku membalas budi mereka...
Subhanallah...
Allah itu Maha Mengetahui....
RancanganNya adalah yang terbaik
yang terbaik untuk hamba2Nya...




Unknown
Cukup bagiku ALLAH...
kerana Kau Maha Mendengar...
segala rintihan hati ini...

Cukup bagiku ALLAH...
kerana Kau Maha Mengatahui...
segala isi hati ini

Cukup bagiku Allah...
kerana Kau Maha Menegtahui...
apa yang diperlukan untuk hambaMu ini...

Cukup bagiku ALLAH...
kerana Engkau lah
Tuhan yang memakbulkan segala doa hambaMu ini..

Alhamdulillah Ya ALLAH...
terima kasih Ya ALLAS..
atas segala nikmat pemberianMU...

Ya ALLAH...
jadikan aku mukmin yang sejati
yang impikan SyurgaMu
yang takutkan NerakaMu...

Kurniakan lak Taufik untuk aku menyambut HidayahMu...

Ya ALLAH...Ya ALLAH...Ya ALLAH
istajib doa ana Ya ALLAH...
Unknown
<<Slot Tahukah Anda>>

hari ni ada someone yang post picture tentang bahaya tidur buka lampu..
so dalam Slot Tahukah Anda ini aku ingin kongsikan info tentang bahaya tidur buka lampu...

satu kajian telah dijalankan dan mendapati anak2 yang tidur dalam keadaan lampu bernyala, menghadapi risiko penyakit LUEKEMIA

kenapa ini terjadi?
kerana tubuk kekurangan melatonin..
Apa itu melatonin?
melatponin adalah sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh badan kita untuk mencegah kerosakan DNA..
ketiadaan melatonin ini akan menghentikan asid lemak menjadi tumor..

ia juga dikenali sebagai
N-acetyl-5-methoxytryptamine

satu kajian di Spain menunjukkan kehadiran melatonin
 ini boleh membantu dalam mengawal berat badan
walaupun empunya badan tidak mengurangkan pengambilan makanan

mereka mendapat kandungan profil lipid dalam darah didapati lebih baik dengan penurunan kadar triglycerides, meningkatkan kandungan HDL(kolesterol baik dan) penurunan kadar LDL (kolesterol jahat)

Apakah yang menyumbangkan penurunan kadar melatonin?
  • mimpi ngeri
  • tidur berjalan
  • kekeliruan
  • ketidak selesaan tubuh badan(abdomen)
  • sakit kepala
  • kekurangan tidur

Pembentukan Melatonin
ia terbentuk di sekitar jam 9 malam hingga 8 pagi.. dalam keadan gelap...

Masha Allah
indah sungguh kejadian bumi yang Allah citpakan Siang dan Malam...
sesungguhnya itu adalah RahsiaMU

Roger & Out!!
D
Unknown
Assalamualaikum...

Dah lama tak menulis di sini, terasa terpanggil untuk menulis lagi. few years back memang agak sibuk. tuntutan kerja menyebabkan memang tak lekat di darat, apatah lagi di rumah. Inshaa Allah, permohonan untuk stay office diluluskan. harap-harapnya lah.

Menulis sekadar suka-suka dan berkongsi ilmu.


Roger & Out!!
D