Unknown

Tetiba teringat kes ni bila tengok berita tadi.. aku rasa bersyukur sangat sebab kes tu diklasifikasikan sebahai kes bunuh.. bukan bunuh diri..

Kalau bunuh diri.. sebagai organg beragama islam.. sudah tentu jalan akhiratnya kita ketahui.

Alhamdulillah .. ini kes bunuh.. moga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. dan syurga buatmu Syaleza.

Sekurang2nya orang yang membunuh tu sempat di
berikan masa untuk bertaubat.. hendaknya.

Aku copy paste kronologi kes ni

SHAH ALAM - Siasatan polis mendedahkan bahawa dakwaan tertuduh Norazman Bashah Ahmad Azam yang mengatakan isterinya, Nur Syaleza Jaafar menggantungkan diri pada kipas syiling dua tahun lalu adalah tidak berlaku. 

Perkara itu dimaklumkan oleh Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Asisten Superintendan Mazli Jusoh semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari kedua perbicaraan kes bunuh Nur Syaleza, 31, semalam. 

“Terdapat lima faktor menyokong hasil siasatan tersebut iaitu keadaan kipas berada dalam keadaan baik serta kesan habuk pada permukaan atasnya tidak terusik,” katanya. 

Selain itu, beliau berkata, pada kedua-dua penghujung cadar yang dikatakan digunakan Nur Syaleza menggantungkan diri, tidak mempunyai sebarang kesan seperti simpulan. 

Menurutnya, kesan potongan cadar yang kononnya dipotong dengan menggunakan pisau pemotong daging oleh tertuduh bagi membantu menurunkan isterinya adalah selari dan bersih. 

“Penggunaan bangku kecil adalah tidak sesuai kerana ia tidak stabil berada di atas tilam,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar. 

Mazli, saksi pendakwaan kelapan memberitahu, keadaan cermin yang terdapat pada meja solek tidak pecah walaupun terjatuh. 

“Tertuduh mengatakan isterinya naik ke meja solek untuk membunuh diri, namun setelah disapu serbuk cap jari tiada kesan sebarang kesan bentuk tapak kaki ditemui, malah habuk juga tidak terusik,” katanya. 

Menurutnya, ‘baby walker’ yang tersandar di dinding juga berada dalam keadaan baik sedangkan kedudukannya adalah arah kemungkinan jatuhan meja solek. 

“Saya dapati ‘baby walker’ tersebut begitu sensitif, walaupun terkena sedikit sentuhan ia akan menggelongsor jatuh,” katanya. 

Menjawab soalan Rosidah, Mazli berkata, jika diambil kira berat mangsa iaitu 56 kilogram, sepatutnya terdapat lebih regangan yang berlaku pada kipas itu. 

“Ini kerana tarikan graviti dan bebanan yang perlu ditampung oleh kipas berkenaan,” katanya. 

Terdahulu, peguam bela Shahrizan Abdul Manan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menilai semula pertuduhan yang dikenakan terhadap anak guamnya berdasarkan keterangan oleh Pakar Forensik Patalogi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, 55, kelmarin. 

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membenarkan permohonan tersebut dan memaklumkan perbicaraan akan diteruskan sehingga keputusan representasi diperoleh. 

Mahkamah juga membenarkan permohonan peguam bela untuk membuat lawatan ke lokasi tersebut agar situasi sebenar dapat digambarkan. 

“Lawatan ini akan disertai oleh mahkamah, TPR (timbalan pendakwa raya), peguam bela serta Mazli pada Isnin depan jam 2.30 petang dan prosiding hari ini (semalam) ditangguhkan,” katanya. 

Norazman Bashah didakwa membunuh Nur Syaleza di kediaman mereka di No 115, Tingkat 1 Blok O, Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012. 

Bekas Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat Syarikat Gas dan Minyak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. 

Namun aku masih berharap suaminya bukan pembunuh sebenar.. kesian anak dia..

Unknown

Setiap kali aku tengok catalogue Ikea mula lah aku berangan.. Dari segi Design Ikea memang top .. kadang2 lepas opis hour.. aku malas nak menempuh jem Mrr2 then .. aku straight to Ikea..

Berangan tahap langit la lepas tengok Desigb Ikea ni.

Rasa macam nak demolish je Kitchen aku ni.. tapi Baru 3 tahun. Sayang pulak.

Aku siap snap shot lagi catalogue Ikea. Just nak share. Actually dapur kat Malaysia ni.. nak nak yang rumah terrace nowadays ni.. cam rumah aku la. Dapur nya kecik. So bujetnya pon xde la besar sangat.. below 10k dah dapat yang best.

Kat Ikea yang below 2k pon ada tapi.. serious basic KC je la. At least la.. untuk yang baru beli rumah.. nak masuk rumah ni.. rm10k tu simpan untuk dapur.

Sebab nanti nak beli sink tap fridge oven hob and hood. Bukan senang nak masuk rumah.

For me kalo takde meja makan dulu pon takpe.. kichen kena lengkap dulu. Sofa xde pon xpe.hehe

So meh aku share few pic and harga budget dari Ikea. Harga ni pon xkira lagi kalo ade promotion.  ..

Ok.. enjoy..

Unknown

Sekarang ni nak kahwin pon mahal kan.
Aku ingat dulu tahun 2010 kakak aku kawen guna set budget.. Rm 1000 je pelamin dan set gubahan hantaran plus 3 pasang baju lelaki dan perempuan dan stup bilik pengantin. Gubahan hantaran tu untuk belah perempuan je.. tp yg ni betul2 budget.. ni aku cerita nye kat Kelantan.

Tapi mase tu paling mahal set pon rm 4000.
Tu pon yang grand gile la..

Tp sekarang lagi mahal. Ni adik aku nak kwen. So set pelamin plus hantaran plus set bilik pengantin. RM 3500.. bagi yang luar Kelantan maybe rase murah kot.

Pelamin dia simple tapi memang cantik. Ni kira set basic la.. bilik pengantin simple je.. dia letak langsir je .. tu pon tak full.. kalo dulu masa kakak aku.. dia siap kasi cadar pengantin.

Tapi aku puji la.. pelamin tu simple tapi memang cantik.. lagi pon kitorang jenis kat sini memang tak sanding.. pelamin tu untuk amik gambar je..

Hantaran belum siap lagi....so nanti aku update.. lawa ke idok...

Silakan tengok pic pelamin yang simple n cantik.. background lighting tu boleh tukar2 kaler

Unknown

Again this year.. Ramadhan will coming.. but Hopefully Gaza and Palestine will be safe. I wont forget what happen last year. They suffer a lot.. kids become orphan, mum and dad lost their children. They hurt. 


But im always pray that day after day.. inside their heart.. they become stronger..  im praying that more humanity will show and we can live a life together in peace environment.

They always in my pray. Palestine and Gaza. I know .. not much i can do here.. but u are always in my Du'a. ..

Unknown

Drama ni boleh dikategori BEST la jugak.. macam biasa Ziela Jalil memang tak mengecewakan.

Tapi nasib baik bukan Keith Foo yang jadi 1st hero. Sebab aku bukan peminat tegar dia. Tapi best gak dia berlakon sengal2.. jadi sotong ni.. fresh sket.. kalu Keith Foo bawak watak jahat aku rasa.. aku boleh minat dia kot. Cam Syazwan Zulkifly or Sharnaaz Ahmad tu... power dalam kelas mereka yang tersendiri..

Syukri Yahya .. the best.. cuma dia ni memang suka "sengih" kan. Aku rasa dia kena kurangkan "sengih" dia tu and start smile.

Tapi "sengih" dia tu buat penonton Malaysia cair.. heheh.. me too..

Glad they choose Syukri Yahya cos he totally good in acting.. so do Fathia Latiff.. 1 of best actress in Malaysia.

Syukri Yahya boleh pergi jauh. Im proud that he use his real name instead the fake name like others do.

In 3 years he will be the BESt actor here. INSHA ALLAH..

About the drama.. quit good.. but little stupid. Not really stupid but ignorant?

Firstly im noticed bila Dewi Yusra jumpe kawan doctor dia then tanye pasal buat baby? What the...
Tapi maybe script writer dia nak bagi tau Dewi Yusra ni totally out dar landasan agama.. sebab everytime she say about God.. bukan Allah tapi Tuhan...

So maybe i can erase badd feeling bout this drama.. coz ia tak seteruk Cinta Ibadah. Yang sangat tak masuk akal...

Then aku still akan continue tengok drama nih

Download Dia Isteri Luar Biasa disini

Unknown

Drama ni aku agak suka.. mungkin sebab barisan pekaon yang agak bagus? Credit to Syazwan Zulkifly, Azhan Rani, Zamarul Hisham dan Sherry Merlis. Aku rasa 4 pelakon ni yang memantapkan lagi cerita ni.

Walaupon highlight drama ni more to Shah Jazle dan Amira Rosly.. tapi aku rasa highlight patut kat Sherry Merlis. Sebab dia yang kepala jahat dalam drama ni..

Overall aku rasa xbanyak la bad comments tuk drama ni coz diorang play cast pon bersahaja dan macam real.

Aku rasa nowadays Syazwan Zulkifly agak menonjol.. even not play as a hero tapi kebanyakan watak jahat dia pegang.. and most of them memang menjadi.

Syazwan Zulkifly dan Azhan Rani.. memang best kalau bawaknwatak jahat. Tapi Azhan Rani tu watak ape je.. semua menjadi..

Okey sapa yang nak download Drama Bidadari ni disini ye..

Labels: 0 comments | edit post
Unknown

Sure ramai suka tengok drama Ayuni Safira kan.. sweet Ayuni yang talkative dan charming Zafran.

Sapa2 yang terlepas tengok cerita Ayuni Safira ni boleh la tengok kat www.tonton.com.my atau kalau tak register.. boleh la download Ayuni Safira disini

Sila silakan lah.. wat cam rumah sendiri...

Labels: 0 comments | edit post