Unknown
Sekali lagi Mesir diuji. Betapa sayangnya Allah pada rakyat Mesir, kerana itu lah mereka diuji. Supaya meraga meletakkan pergantungan hanya padaNya. Sekaya manapun kita, sekuat mana pun kita, atau betapa hebatnya kita, namun kita tidak mampu untuk menghalang keganasan yang berlaku pada saudara-saudara kita di sana. Kerana hanya yang maha pencipta mampu menghentikannya. Kun fayakun. 

DOA- adalah boadband terhebat antara hambaNya dan Pencipta. Mengenangkan  situasi Mesir pada masa ini, hanya doa yang mampu dipanjatkan, dan semoga sampai kepada nya. Doa.. Semoga mereka tabah menghadapi, semoga mereka tidak gentar menghadapi musuh-musuh islam. 

Mereka syahid menentang musuh Islam. Mereka syahid mempertahankan rumah mereka. 

MESIR.. Ketahuilah.. Kami di sini sentiasa berdoa untuk mu.. Demi ISLAM. 

Ya Allah...
Andai ujianMu ini di datangkan kerana sayangkan mereka..
Maka.. Berilah mereka kekuatan untuk menghadapinya..
Semoga mereka tidak gentar menghadapi musuh-musuh Mu.

Ameen.
0 Responses