Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Unknown
Hari ini aku nak kongsikan resepi Durian Crepe.. Resepi ni aku ambil dari Blog sape ntah. Tapi crepe dia cukup senang.

Resepi Durian Crepe
40gm tepung gandum
40gm tepung ubi
20gm tepung kastard/hoen kwe
20gm tepung jagung
1 biji telur gred A
130ml susu sejat/fresh milk
50ml air - bergantung kepada kepekatan
1 tbsp butter cair atau minyak mazolla
T tbsp sula halus
Pewarna kuning
Secubit garam

Steps
1. Satukan semua tepung dan ayak.
2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan dan kacau rata. Make sure adunan tu tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Ala2 buat adunan roti jala gitu..
3. Boleh blend guna blender untuk bagi halus lagi dan tak berketul. Tapi sebelum goreng crepe ni kena tunggu lama sket la untuk hilangkan  buih.
4. Kemuadian tapis.
5. Boleh la start menggoreng crepe.

Cara goreng crepe
1.  Lebih senang guna kuali leper non stick. Aku guna yang ikea rm 30 je. Ngam2 saiz yang aku nak.
Ade handle senang.
2. Panaskan kuali. Guna api medium hot. Bila kuali betul2 panas, angkat dan masukkan adunan crepe. Sekejap je. Kira bukan direct dari api kita masak crepe.
3. Lepas dah siap, angkat dan dan ulang sampai habis

Resepi Filling Durian Crepe
1 Kotak 200 ml Whipping Cream/sepatutnya guna non Dairy Whipping Cream
2. 5 tsp gula icing

Steps
1. Sediakan mangkuk besi dan masukkan whipping cream.
2. Masukkan mangkuk besi kedalam freezer selama 10 hingga 15 minit untuk sejukkan.
3. Setelah 10 minit keluarkan dan mula untuk mix menggunakan mixer.
4. Masukkan gula dan pukul sehingga kental.
5. Pastu boleh la start membungkus

Nota jari kaki yang wajib dibaca:
# filling:
-Sepatunya guan non dairy whipping cream atau fresh cream. Sebab dia senang nak kental dan susah nak cair balik.
-non dairy whipping cream bukan hasil tenusu biasanya dari palm oil
-manakala whipping cream biasa - biasa dia tulis dairy whipping cream adalah dr hasil tenusu.
Biasanya mengandungi 30% fat.
-so boleh la makan tanpa rahu jika guna non dairy whipping cream...heheh
- boleh juga guna Whipping Cream for dessert topping. Tapi jangan masukkan gula kerana sudah sedia manis.
-dairy whipping cream biasanya akan mencair balik selepas beberapa ketika dibiarkan pada auhu bilik.
Jadi selepas whipping cream dah kental.. masukkan dalam freezer balik dalam 10 minit.
-kalau whipping cream mencair balik, masukkan dalam freezer balik dalam 10 minit. Lepas tu pukul balik guna mixer .
Kalau nak pukul whipping cream, kena terus high speed. Baru boleh kental.
Silakan menatap picture hasil google..
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Lama dah aku tak post pasal atkins. By the way, aku nak share resepi Agar-agar Kelapa or Kelapa Jelly ni versi Atkins. Sebab aku tak guna kan gula tapi guna subtitute gula iaitu Pemanis P3 or P3 Sweeterner.
Walaupon kelapa muda mengandungi karbohidrat lebih kurang 28 gram per bijik.. tapi kita makan seadunan agar agar kannn.. banyak tu.. 2.6liter kot.. pamdai pandai la korang bahagi yeeekk...
Aku buat hari tu dapat dalam 12 bekas tau fu fa penuh.. jangan risau.. agar2 mengandungi 0gram karbo..... so nutrisi agar2 dan air kelapa muda boleh tengok kat picture ye.. suka betul aku dengan kelapa jelly ni..orang jual rm 2 kot sebekas tau fu fa tu... padahal air kelapa pon baru 3.50 sebijik. Lagi pon diorang xletak air kelapa banyak pon. Korang boleh reduce air kelapa tu kalau suka...
Resepi agar2 kelapa/kelapa jelly
1 paket agar2 10gram ( korang check kat belakang biasa guna air 800 hingga 960 ml)-aku guna cap layang2 yang jual kat tesco jekkk
2 bijik air kelapa muda (boleh tambah atau reduce kalo suka)-asingkan isi
12 titik Pemanis P3 ( ikut cita rasa korang.. bagi aku dah manis dah)
Daun pandan ( perisa pandan pon boleh.. half teaspoon cukup)
Cara2
1. Sukat air kelapa tu dulu then cukupkan dengan air putih biar jadi 2.5 l. Standby 1 cawan or 100ml tuk rebus daun pandan. Kalau guna perisa terus ke step 2.
2. Masukkan semua air kelapa dalam rebusan daun pandan bersama serbuk agar2 dan 13 titik Pemanis P3. Tunggu sampai mendidih.
3. Dah mendidih.. tutup air.. kacau adunan supaya wap keluar.. agak2 dah tak berapa nak panas dah.. boleh tuang dalam bekas..pastu boleh la bahagi2kan isi kelapa tu..
4. Dah agak sejuk... boleh masuk dalam peti ais.
Okey... tu je... boleh la wat dessert menu berbuka wahai atkinners
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Ayam masak lemak cili api ni masakan orang Nogori. sedap . tu je komen aku. semua jenis masak lemak pon sedap.. ayam, keli salai, daging salai, pucuk ubi dan macam2 lagi.. memang sedap.. tp cara maska berbeza sket, bahan2 lebih kurang je...


Bahan-bahannya:
Ayam
Santan
Cili Padi – blend
Kunyit hidup – blend
Daun kunyit
Serai-diketuk
Asam keping
Garam

Cara memasak:
Toskan ayam yang dah siap dicuci untuk mengeluarkan lebihan air. Kemudian, gaulkan ayam tadi bersama serai, cili padi dan kunyit hidup yang dah diblend di dalam kuali dengan api perlahan. Tujuannya untuk mengeringkan air ayam. Bila air ayam dah kering, boleh la masukkan santan cair.
Bila ayam dah kecut/masak dan santan dah mendidih masukkan asam keping, santan pekat, dan garam. Bila mendidih sekali lagi, boleh letak daun kunyit dan tutup api. Siap.
Bagi yang suka pedas boleh letakkan  cili padi/api lebih.
Bila dah masuk santan, kuah masak lemak kene sentiasa dikacau supaya tak berketul dan naik minyak, kalau tak kuah masak lemak jadi sgt. Untuk masak lemak ayam, cukup lah letak sekeping asam keping, kecuali kalau masak lemak ikan boleh letak 2-3 keping sebab masakkan ikan memang kena rasa masamnya tu. Kalau nak letak kentang pun boleh jugak..
Ayam seeloknya ditoskan terlebih dahulu untuk membuang lebihan air ayam, kalau masuk basah-basah, rasa macam tak sedap jer bila air ayam tu dimasak sekali dengan santan.

****####aku pernah guna santan kotak... ras dia teruk dan tak pecah minyak.. tapi kalau tu je yang ada ..pasrah je la....


Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Ni favourite aku.. mau menambah 3 kali nih.. pastu tak leh nak bangun solat terawih.. huhu.. mata cam nak tertutup jekkkk... hheehe..

bagi aku singgang tulang or daging ni lagi sedap dari sup tulang or daging..dia macam masam2 lengkuas sket.. hirup panas2.. makan nasi banjir macam makan nasi air.. huih... 

singgang tulang ni biasa jugak diorang buat sebagai lauk untuk kenduri kat Kelantan.. kadang2 singgang ikan tongkol.. Raya Qurban tu memang biasa masak juadah ni.. kalau dapat ni memang refresh la.. sebab asik gulai daging or ayam masak merah je.. kadang bosan jugak tekak ni... dapa budu lagi la melekat...

sila kan masak juadah ni masa berbuba ye.. sebab juadah ni juadah campak tapi sedap sangat!!!!


Singgang Tulang


Tulang  atau daging lembu
Bawang merah (hiris)
Lengkuas (hiris)
Bawang putih (hiris)
Halia (hiris)
Ketumbar (tumbuk sket)
Asam keping
Cili kering (potong , buang biji)
Garam
Serbuk perasa 

kalau nak buat singgang tulang, rebus tulang dahulu sebingga separuh empuk.. atau separuh air rebusan kering.. lepas tu masuk kan semua bahan (kecuali garam dan perasa) 
agak2 tulang dah empuk perasakan dengan garam dan serbuk perasa.. kalau letak gula melaka sedikit lagi sedap.

kalau nak buat singgang daging.. terus masukkan semua bahan. tak perlu rebus dagingg dahulu.. dah agak2 nak masak.. perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

Picture ni dari azie kitchen kot.. mohon copy ye.. sebab sangat menyelerakan....





Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Hari ni akunberia pegi pasar malam Saujana Impian Kajang. Semata-mata nak beli durian crepe kat situ. Yang specialnya diorang buat durian crepe fresh kat situ jugak.
Ni first time aku rasa durian crepe filling dia custard. Biasanya whipped cream. SEDAP. Tu je one word expression. Rasa tak se muak whipped cream. So aku boleh makan banyak.
Diorg buat crepe tu letak dalam bekas sushi. Kalo korang peornah beli sushi kat jusco tu.  Haa.... yang bekas sushi 6 bijik tu.
Harga dia bagi aku murah.. RM5 sebekas..so.. beli 10 bekas pon xralat sebab sedap..
Tadi aku menunggu 30minit jugak. Sebab bnyak order. So adik yang amik order tu cakap.. boleh whatsapp kalau nak order. So xde la menunggu lama sangat.
Diorang pon boleh buat delivery.. tapi aku xingat hari ape.. isnin rabu jumaat ke.. ntah kena confirmkan balik ngan diorang...
So.. kalau korang nak order.. tgk je no tel kat kotak dalam picture tu ...
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
ni kalau dapat memang menambah..sedap dowh.. kalau dapat ikan talang tu lagi sedap.. biasa nya aku
 tambah timun batang dan kacang panjang  dalam gulai.. sedap tak payah pikir sayur lagi.. hehehhehe..




Bahan-bahannya:
350 gram ikan talang masin, dipotong kepingan kecil - (Kak Noor guna ikan talang masin saiz kecil)
1/2 biji nanas masak (empulurnya dibuang), dipotong kecil atau dadu
sayur kacang panjang dan timun batang

1 cawan santan sawit  (ditambah 2 cawan air lagi untuk dijadikan santan cair)
1 cawan santan sawit  (santan pekat)
2 inci lengkuas
Garam / gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender):
7 cili kering (kalau nak pedas boleh tambah cili api
3 inci kunyit hidup
5 bawang merah

Air secukupnya

Cara-cara membuatnya:
1. Rendam ikan masin di dalam air lebih kurang 1/2 jam untuk menghilangkan rasa masinnya. Basuh dan toskan.
1. Masukkan santan cair, lengkuas, serta semua bahan kisar di dalam periuk.
2. Masukkan ikan kering talang dan kepingan nanas dan sayuran. Masak sehingga mendidih dan nanas layu.
3. Tuangkan santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Kuah hendahlah sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan



Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Nasi Ayam... aku rase masakan paling senang dan simple.. walaupun agak renyah sedikit.. tapi berbaloi.. biasa kalau berbuka puasa beramai.ramai....kalau nak dekat raya tu.. memang ni la menunya.. sebab senang.. ramai orang suke..

Resepi Nasi Ayam


Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Tips:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Labels: 0 comments | edit post
Unknown
ni favorite aku.. nak nak kalu makan dengan nasi tomato... huh... terangkat...kat pasar malam Tasik Kesuma ni ade anak beranak yang jual nasi tomato yang sangat sedap.. tapi pasar malam hari Isnin je...
 biasa jam 7 dah habis nasi tomato ni.. biasanya aku tak dapat la sebab aku sampai semenyih dah jam berapa kan.. punye la jem MRR2 tuh...


Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam, dipotong sedehana kecil
  • 1 tin kecil kacang pis
  • 1/2 biji bawang besar, hiris
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai, dititik
Bahan untuk dikisar
  • 1 biji tomato saiz besar
  • 10-15 biji cili kering, buang biji dan rebus
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ayam 3/4 masak
  2. Cincang kasar bahan untuk dikisar, dan kisar menggunakan blender hingga halus
  3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kekuningan.
  4. Masukkan bahan kisar tadi dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, sos tiram, serai dan akhir sekali kacang pis. Perasakan dengan garam dan gula ikut rasa.







Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Masakan ni pula asal dari negeri sembilan atau melaka.

Resepi nya adalah:

BAHAN-BAHAN

600 gram daging yang telah siap disalai, hiris nipis
15 - 20 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus setiap 1
3 batang serai dititik
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN KISAR HALUS

30 biji cili padi kampung warna hijau
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Masukkan daging salai yang telah dihiris ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. 
2. Gaul rata dan tuang santan cair.
3. Masak hingga mendidih dan daging lembut
4. Masukkan asam geluor dan masak sekejap.5. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan tambah belimbing buluh. 
6. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. 
7. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

** Resepi ni di ekstrak dari website MatGebu. aku dah follow blog dia dh lama since aku jumpe resepi donut gebu kat kongsi resepi.. hehehe... masa tu ak sangka dia lelaki.. huh.. tercabar keperempuanan ku..

**most of his recipe semua menjadi .. sekarang ni lebih senang follow IG dia.. kalau ade resepi baru terus aku buka blog dia 


** lagi satu.. biasa nya aku tak letak asam gelugur. biasanya aku letak belimbing buluh atau buah bacang...

** picture bawah ni bukan aku punye.. hasil carian Mr.Google.. nampak menyelerakan kan???

Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Ayam percik ni asal dari Kelantan. tapi dah banyak modify bagi lebih pedas, kurang santan, lebih herba dan lain-lain lagi.

Ayam Percik Kelantan Style

1 ekor ayam - potong 4

Bahan Perap


5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya


Bahan Kuah


2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam


Steps
 

Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.


Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah

** resepi ni aku ambil dari Azie Kitchen


 









Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Dari 7 jenis roti yang kami belajar ada 4 jenis yang memerlukan kulit @ skin ni iaitu:
  • Milky Bun
  • Mexico Bun
  • Tiger Bun
  • Green Tea Custard Polo Turtle Bun
So resepinya di sini

Puffy Topping~Milky Bun

50 gm Butter/ Mentega
50 gm Corn oil/ Minyak Jagung
100 gm Water/ Air
100 gm High Protein Flour/ Tepung protein tinggi
100 gm Eggs/ Telur

Steps/ Cara

1. Add in butter, corn oil and water and cook until boil.
~ campurkan mentega, minyak jagung dan air, masak hingga mendidih.
2. Add in HP Flour.
~masukkan tepung protein tinggi.
3. Leave the mixture awhile to make sure it cool. 
~tinggalkan campuran itu untuk disejukkan.
4. Put all the mixture into mixing bowl and mix using K-hook.
~masukkan semua campuran kedalam mangkuk pengisar dan kacau guna K-hook.
5. Add egg 1 by 1. Mix well.
~ masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.



Tiger Skin~Tiger Bun

100 gm Rice Flour/ Tepung Beras
15 gm Sugar/ Gula
25 gm HP Flour/ Tepung HP
 10 gm Instant Yeast/ Yis Segera.
130 gm Warm Water/ Air Suam
30 gm Corn Oil/ Minyak Jagung
4gm Salt/ Garam

Steps/ Cara2

1. Add warm water and yeast. mix well.
~ Masukkan air suam dan yis. kacau sebati.
2. Add in sugar. mix well.
~masukkan gula. Kacau sebati.
3. Add in all left ingredients and mix well. Leave for 30 minutes.
~ Masukkan sebua bahan yang selebihnya dan kacau sebati. Tinggalkan selama 30 minit.



Latte Mexico Topping~Mexico Bun

100 gm Butter/ Mentega
50 gm Whole Egg/Sebiji telur
50 gm Egg Yolk/ Telur Kuning
100 gm Icing Sugar/ Gula Icing
100 gm Low Protein Flour/ Tepung LP
50 gm Garnache
10 gm Nescafe Powder/ Serbuk Nescafe

Steps/ Cara2

Mix all well untill smooth
~Kacau sebati hingga lembut 



Polo Skin~ Green Tea Custard Polo Turtle Bun

200 gm Unsalted Butter/ Mentega tanpa garam
200 gm Icing sugar/ gula icing
100 gm Egg/ Telur
20 gm Milk Powder/ Susu Tepung
600 Gm LP Flour/ Tepung LP
10 gm Green Tea Powder/ Serbuk Teh Hijau

Steps/ Cara2

1. Mix butter, milk powder, green tea powder and icing sugar until fluffy.
~ kacau mentega, susu tepung, serbuk teh hijau dan gula icing sehingga kembang.
2. Add egg 1 by 1.
~masukkan telur 1 per 1.
3. keep in freezer if not to use today. add the flour the the time for baking.
~simpan didalam peti ais beku jika tidak digunakan hari ini. masukkan tepung bila ingin membuat roti sahaja.
4. using hand to add flour untill it firm and unstick to our hand.
~ gunakan tangan untuk menguli tepung dan filling teh hijau yang disimpan dalam freezer. sehingga ia tidak melekat di tangan.



 Roger & Out!!
D

Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Dah seminggu teringin sangat nak  makan ikan keli salai... so aku pon pegi la Pasar Pagi Beranang.. PAsar ni bukak setiap Ahad dan Rabu...
Murah je ikan keli salai ni kat pasar tu.. 3 ekor RM5 dan sepinggan daging salai RM6.. bagi aku dah cukup murah la...tak tau la tempat lain..

Aku tak pernah buat masak lemak cili api ni. aku guna santan kotak je... tunggu punya tunggu nak pecah minyak, tak pecah2 jugak.. ke memang santan kotak ni takkan pecah minyak? entah leeee...

aku guna resepi dari Blog KongsiResepi
Boleh tahan rasa dia... senang je main campak je... then aku masukkan belimbing buluh...
So tak pasah la letak asam keping.. Sebenarnya nak letak puk\cuk paku tapi dah habis....

ni resepinye

Masak Lemak Cili Api Keli Salai dengan Belimbing Buluh


3 ekor keli salai
2 cawan santan cair
2 ulas bawang merah
2 titik serai
cili api (suka hati~aku guna 13 tangkai)
Garam, gula
belimbing buluh
(boleh tukar kepada pucuk ubi, pucuk paku, keladi, rebung, cendawan dll tp masukkan asam keping)


Cara2

1. Cili api dan bawang merah ditumbuk halus, kemudian masukkan dalam periuk bersama2 dengan santan cair dan serai. Sedikit garam, kasi lemak sket. sentiasa kacau yeee..
2. Agak2 mendidih tu masukkan ikan keli bersama2 belimbing buluh...
3. Usha belimbing buluh tu kalau dah layu sket (agak2 kuning sket) masukkan santan pekat. cuba la adjust rasa dia, kurang garam ke manis ke...then siap..
4. kalau nak letak pucuk ubi ke pucuk paku ke, asam gelugur tu masukkan sekali pada step 1.

SELAMAT MENCUBA!!

Roger & Out
D
Unknown
Semasa mambik kelas Basic Bread making tu, 
chef bagi extra free class for mufiin ... 

this muffin really easy.. orang kata "kacang je la"..
sebabnya tak perlu guna mixer cukup whisk je. 
Anak2 sekolah rendah pon boleh buat ni..

So follow all these step below ok...

Resepi Chocolate Chip Muffin

60 gm All Purpose Flour/ Tepung Serbaguna
30 gm High Protein Flour/ Tepung Berprotein Tinggi
70 gm Castor Sugar/ Gula kastor
60 gm Full Cream Milk/ Susu Penuh Krim
20 gm Corn Oil/ Minyak Jagung
20 gm Butter/ Mentega
4 gm Baking Powder/ Serbuk Penaik
8 gm Cocoa Powder/ Serbuk Koko
2 gm Choc Emulco
2 gm Choc Chip
60 gm Egg/ Telur
**1 Grade A Egg = 60 gm

1. Beat the butter and corn oil.
~ Pukul mentega dan minyak jagung.
2. Add in the castor sugar in the mixture.
~ Masukkan gula kastor ke dalam campuran.
3. Add in the egg slowly into mixture.
~ Masukkan telur perlahan2.
4. Then add the full cream milk and choc emuclco into mixture.
~ Kemudian masukkan susu penuh krim dan choc emulco ke dalam campuran
5. Combine the all purpose flour, high protein flour, cocoa powder, choc chip and baking powder and add into mixture .
~ campurkan tepung sebaguna, tepung berprotein tinggi, serbuk koko, choc chip dan serbuk penaik dan kemudian masukkan kedalam capuran tadi.
6. Use ice-cream scoop and scoop into the muffin cup.
~ Gunakan skop ais krim atau sudu kedalam cawan muffin.
7. The weight must plus minus 50 gm for small cup and 80 gm for large cup .
~ Berat nya ditimbang, 50 gm untuk cawan kecik dan 80 gm untuk cawan besar.
8. Bake at 200 degree Celsius, preheat oven about 20 - 25 minutes.
~ dibakar pada suhu 200 darjah Celsium , preheat oven dalam masa 20 - 25 minit.



Roger & Out !!!
D
Unknown
Resepi Roti / Bun yang simple, senang dan pasti jadi...
Resepi dari Chef Eric Wong ni memang gerenti jadi. 
Pertama kali buat memang tak jadi sebab aku guna hand mixer yang brand sharp.. 
power dia rendah 210 Watt jek... 

then Groupon ade jual satu stand mixer ni harga cuma RM450, dengan kuasa 800Watt ok la kan...
 kalau nak beli Kenwood pon dalam RM 1k plus untuk (900 Watt).
Kali kedua buat menjadi... 
tapi aku campur susu tepung dalam 2 sudu untuk kasi lemak sket rasa dia...

Filling pulak beli kat bakery shop je.. yang paling aku suka Chicken floss..kalau nak buat... memang tak la kan.. resepi tuk dikongsi kat bawah ni...



Tarikh: 15 Disember 2012
Tempat: Levain De Pastry Sdn.Bhd
Kelas: Kelas Roti /Bun berinti
Chef: Eric Wong

::::::::::Recipe ::::::::::::::::::: Resepi::::::::::
Filling Bun ::::::: Bun Berinti

Ingredients/ Bahan-bahan

1000gm High Protein Flour/Tepung berprotein tinggi
10gm Salt/Garam
150gm Castor Sugar/Gula Kastor
300 gm Ice/Ais
15gm Bread Improver
15 gm Instant Yeast/Yis Segera
200 gm Water/Air
150gm Butter/Mentega


Cara2
1. Mix high protein flour, salt, castor sugar, bread improver and instant yeast on 1st speed for 60 second with a hook.(dry mix well)
~ Campurkan tepung berprotein tinggi, garam , gula kastor, bread improver dan yis segera(mauripan 1 paket) ke dalam mixer dan kacau guna kelajuan 1( yang paling rendah) dengan hook.
2. Then add in water and ice on 1st speed for 1 minute.
~ Kemudian masukkan air dan ais kedalam mixer dan kacau dengan kelajuan 1 selama 1 minit.
3. Change to 2nd speed and mix for 6minutes until all mix well.
~ Tukar kepada kelajuan 2 dan kacau selama 6 minit atau semua bahan menjadi satu.
4. Add in butter and mix for futher 2 minutes. Change to 3rd speed for 6 minutes until dough smooth and elastic.
~ Masukkan mentega dan kacau selama 2 minit. Tukar speed kepada kelajuan 3 selama 6 minit sehinggan doh licin dan elastik.
5. Separate the dough into 50gm each and make a push-round shape to extract the gas bubles
~Timbang doh 50 gm dan bulatkan untuk keluarkan angin
6.make your own buns using your favourite filling. Leave the dough to proof, make it double in size(50-90 minutes)
~Isikan inti yang anda suka. Biarkan doh kembang sehingga 2 kali saiz (50-90minit) .
7. Bake in preheat oven at 180 degree Celsius within 10 - 15 minutes
~ bakar dlam preheat oven pada 180 degree Celsius dalam masa 10 -15 minit.


Info
  • Guna mixer yang berkuasa lebih 350 Watt sebab doh ni berat. Boleh cek kat label.
  • Guna hook untuk buat roti, manakala whisk untuk buat kek.
  • Bread improver untuk mengurangkan masa untuk doh kembang.
  • Guna ais untuk menghentikan pengaktifan yis. untuk resepi ini yis dan garam dicampurkan sekali. Jika ais tidak dimasukkan yis akan mati.
  • Jumlah air bergantung kepada cuaca pada hari kita buat doh. Jika hari panas, air dilebih kan. masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh ok.
  • Air hanya boleh dimasukkan sebelum dimasukkan mentega.
  •  Untuk bun manis, tambahkan gula.
  • Bread Improver-tidak memberi kesan buruk kepada badan~ia terdiri daripada vitamin C, soy lecithin, enzim dan bahan2 lain yang baik.
  • Bread softener mengandungi fatty asid yang mana tidah baik untuk jantung.
  • Ovellete~ bertindak sebagai emulsifier ~ lebih kurang bread softener~ tak baik untuk jantung.
  • Mentega boleh digantikan dengan shortening, marjerin, minyak jagung atau extra virgin olive oil.
  • Yang aku perasan kalau guna marjerin or butter, kaler roti akan kekuningan sket, then kalau guna olive oil , kaler roti putih... 
  • Kalau nak buat Wholemeal bread~ masukkan air lebih.
Dari Kiri::Gambar 1: Resepi :::Gambar 2: timbang setiap doh kepada 50 gm:::Gambar 3: Bulatkan macam ni yang setiap 50 gm tu

Decoration time!!!!
Inilah hasilnya!!!!

 Roger & Out!!!
D