Unknown
Lama dah aku tak post pasal atkins. By the way, aku nak share resepi Agar-agar Kelapa or Kelapa Jelly ni versi Atkins. Sebab aku tak guna kan gula tapi guna subtitute gula iaitu Pemanis P3 or P3 Sweeterner.
Walaupon kelapa muda mengandungi karbohidrat lebih kurang 28 gram per bijik.. tapi kita makan seadunan agar agar kannn.. banyak tu.. 2.6liter kot.. pamdai pandai la korang bahagi yeeekk...
Aku buat hari tu dapat dalam 12 bekas tau fu fa penuh.. jangan risau.. agar2 mengandungi 0gram karbo..... so nutrisi agar2 dan air kelapa muda boleh tengok kat picture ye.. suka betul aku dengan kelapa jelly ni..orang jual rm 2 kot sebekas tau fu fa tu... padahal air kelapa pon baru 3.50 sebijik. Lagi pon diorang xletak air kelapa banyak pon. Korang boleh reduce air kelapa tu kalau suka...
Resepi agar2 kelapa/kelapa jelly
1 paket agar2 10gram ( korang check kat belakang biasa guna air 800 hingga 960 ml)-aku guna cap layang2 yang jual kat tesco jekkk
2 bijik air kelapa muda (boleh tambah atau reduce kalo suka)-asingkan isi
12 titik Pemanis P3 ( ikut cita rasa korang.. bagi aku dah manis dah)
Daun pandan ( perisa pandan pon boleh.. half teaspoon cukup)
Cara2
1. Sukat air kelapa tu dulu then cukupkan dengan air putih biar jadi 2.5 l. Standby 1 cawan or 100ml tuk rebus daun pandan. Kalau guna perisa terus ke step 2.
2. Masukkan semua air kelapa dalam rebusan daun pandan bersama serbuk agar2 dan 13 titik Pemanis P3. Tunggu sampai mendidih.
3. Dah mendidih.. tutup air.. kacau adunan supaya wap keluar.. agak2 dah tak berapa nak panas dah.. boleh tuang dalam bekas..pastu boleh la bahagi2kan isi kelapa tu..
4. Dah agak sejuk... boleh masuk dalam peti ais.
Okey... tu je... boleh la wat dessert menu berbuka wahai atkinners
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Panduan Ringkas Sepanjang Bulan Ramadhan
Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa
1) Makan dan minum dengan sengaja. Jika terlupa atau tersalah atau dipaksa, tidak batal puasanya.
2) Muntah dengan sengaja, seperti menjolok jarinya ke tekak untuk mengeluarkan sesuatu. Jika termuntah, tidak batal puasanya.
3) Keluar haid atau nifas atau melahirkan anak, walaupun sebentar sebelum terbenam matahari.
4) Onani (mengeluarkan mani dengan sengaja) sama ada dengan tangannya, atau isterinya, atau orang lain, atau memeluk isterinya dengan syahwat. Jika keluar mani hanya kerana terpandang atau terfikir sesuatu yang mengghairahkan, maka hukumnya sama dengan mimpi basah di siang hari, i.e. tidak batal puasanya dan tidak wajib qadak. Begitu juga dengan keluar air mazi, tidak batal puasanya.
5) Memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yang terbuka. Tidak batal memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yg tertutup seperti mata (memakai celak atau menitik ubat pada mata) dan sebagainya. Tidak batal juga memasukkan sesuatu melalui rongga terbuka jika tidak sampai ke dalam perut, seperti mengorek hidung atau mengorek telinga atau menitik ubat telinga.
6) Berniat untuk berbuka puasa, walaupun tidak makan apa-apa.
7) Makan, minum atau berjimak kerana menyangka bahawa telah terbenam matahari (masuk waktu Maghrib), tetapi sebenarnya belum. Atau belum terbit matahari (masuk waktu Subuh), tetapi sebenarnya sudah. Ini adalah pandangan jumhur.
8) Berjimak dengan sengaja.
9) Murtad.
10) Gila, walaupun sebentar.
11) Makan atau minum ketika azan subuh dilaungkan. Ramai menyangka masih boleh makan dan minum ketika azan dilaungkan sehinggalah tamat azan. Ini adalah pandangan yang salah, kerana muazzin tidak disyariatkan untuk azan sehinggalah terbit fajar. Sesiapa yang meneruskan makan atau minum selepas muazzin mula melaungkan azan, maka batal puasanya dan wajib qadak.

Perkara-perkara yang TIDAK Membatalkan Puasa
1) Mandi atau membasahkan kepala untuk menyegarkan badan atau menghilangkan kepanasan dan dahaga. Jika tertelan air secara tidak sengaja, tidak batal puasanya.
2) Memakai celak, walaupun celak tersebut memasuki matanya, kerana mata bukan rongga terbuka yg menyampaikan bahan tersebut ke dalam perut.
3) Berkucupan sesama suami isteri, jika masih boleh mengawal diri daripada melakukan jimak.
4) Semua jenis suntikan, sama ada IV atau IM, kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy)
5) Berbekam.
6) Berkumur-kumur dan memasukkan air melalui hidung ketika berwudhuk. Tetapi makruh jika dilakukan secara berlebih-lebihan.
7) Merasa makanan ketika memasak atau ketika ingin membeli makanan tersebut, selagi mana makanan tersebut tidak sampai ke halkum.
8) Menghidu bau-bauan.
9) Makan, minum atau berjimak pada malam hari sehinggalah terbit fajar (masuk waktu Subuh). Jika di dalam mulutnya terdapat makanan ketika azan subuh mula dilaungkan, wajib baginya mengeluarkan kembali makanan tersebut. Jika sengaja menelannya, maka batal puasanya. Begitu juga dengan jimak. Wajib berhenti ketika azan subuh mula dilaungkan. Jika dia menyambungnya, batal puasanya.
10) Bangun pagi dalam keadaan berjunub (hadas besar).
11) Menelan air liur yg bersih dan tidak bercapur dengan bahan lain, dengan syarat air liur tersebut masih berada di dalam kawasan tubuh badannya. Jika dikumpul di dalam bekas lalu diminumnya, batal puasanya.
12) Menggosok gigi. Harus melakukannya pada setiap waktu ketika berpuasa. Mengenai pendapat yang memakruhkan menggosok gigi selepas gelincir matahari, hadis tersebut sangatlah lemah (dhaif jiddan).
13) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual) . Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.
14) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginoscope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination) .
15) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.
16) Tampal gigi atau cuci gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).
17) Pendermaan darah atau menerima darah.
18) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).
19) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.
20) Ambil darah untuk ujian makmal.
21) Semua jenis salur yang dimasukan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana pada anggota badan (catheterization)
22) Laparoscope yang dimasukan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.
23) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.
24) Uteroscope atau IUCD (pencegah hamil) yang dimasukan ke dalam rahim.
25) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).
26) Ubat asthma (inhaler).
27) Semua jenis ubat yang dimasukan melalui anus (dubur).
28) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.
29) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) samada peritoneal atau hemodialysis
30) Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Dah lama aku plan nak belajar berenang. Dah tua2 cam ni baru nak belajar berenang.. tapi sekarang ni susah nak cari kelah renang yang perempuan sahaja.
Tapi dalam aku google .. aku jumpe 1 website ni.. website jomrenang. Diorang menawarkan kelas renang untuk wanita di Precint 6 Putrajaya.
Aku macam tertarik..huhuuu.. aku tak tahu berapa orang dalam 1 group wanita tu. Maybe kurang 20 orang kot. Yang penting group tu perempuan je. Kelas setiap ahad jam 8.30 pagi. Rm 250 untuk 8 kali kelas. Sebulan 4 kali. So bulan pertama cuma bayar rm150.. next month lagi rm 100. Kalo nak futher class yang advance.. for next month lagi rm 100 untuk sebulan..
Diorang ade private class jugak.. yang ni tak mampu den... rm 500 for 6 times class. Yang ni private 1 to 1.. class schedule boleh plan dengan instructor. Kalo private class boleh la ikut time kita.
Ade yang 2 orang 1 group rm 600 .. kiranya rm 300 per person.. ade yg group 3 orang 5 orang.. lagi murah la..
Boleh teng picture aku download dari website diorg..
Aku nak kena cekal ni lepas raya.. bulan puasa xde kelas yeee...
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Ayam masak lemak cili api ni masakan orang Nogori. sedap . tu je komen aku. semua jenis masak lemak pon sedap.. ayam, keli salai, daging salai, pucuk ubi dan macam2 lagi.. memang sedap.. tp cara maska berbeza sket, bahan2 lebih kurang je...


Bahan-bahannya:
Ayam
Santan
Cili Padi – blend
Kunyit hidup – blend
Daun kunyit
Serai-diketuk
Asam keping
Garam

Cara memasak:
Toskan ayam yang dah siap dicuci untuk mengeluarkan lebihan air. Kemudian, gaulkan ayam tadi bersama serai, cili padi dan kunyit hidup yang dah diblend di dalam kuali dengan api perlahan. Tujuannya untuk mengeringkan air ayam. Bila air ayam dah kering, boleh la masukkan santan cair.
Bila ayam dah kecut/masak dan santan dah mendidih masukkan asam keping, santan pekat, dan garam. Bila mendidih sekali lagi, boleh letak daun kunyit dan tutup api. Siap.
Bagi yang suka pedas boleh letakkan  cili padi/api lebih.
Bila dah masuk santan, kuah masak lemak kene sentiasa dikacau supaya tak berketul dan naik minyak, kalau tak kuah masak lemak jadi sgt. Untuk masak lemak ayam, cukup lah letak sekeping asam keping, kecuali kalau masak lemak ikan boleh letak 2-3 keping sebab masakkan ikan memang kena rasa masamnya tu. Kalau nak letak kentang pun boleh jugak..
Ayam seeloknya ditoskan terlebih dahulu untuk membuang lebihan air ayam, kalau masuk basah-basah, rasa macam tak sedap jer bila air ayam tu dimasak sekali dengan santan.

****####aku pernah guna santan kotak... ras dia teruk dan tak pecah minyak.. tapi kalau tu je yang ada ..pasrah je la....


Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Ni favourite aku.. mau menambah 3 kali nih.. pastu tak leh nak bangun solat terawih.. huhu.. mata cam nak tertutup jekkkk... hheehe..

bagi aku singgang tulang or daging ni lagi sedap dari sup tulang or daging..dia macam masam2 lengkuas sket.. hirup panas2.. makan nasi banjir macam makan nasi air.. huih... 

singgang tulang ni biasa jugak diorang buat sebagai lauk untuk kenduri kat Kelantan.. kadang2 singgang ikan tongkol.. Raya Qurban tu memang biasa masak juadah ni.. kalau dapat ni memang refresh la.. sebab asik gulai daging or ayam masak merah je.. kadang bosan jugak tekak ni... dapa budu lagi la melekat...

sila kan masak juadah ni masa berbuba ye.. sebab juadah ni juadah campak tapi sedap sangat!!!!


Singgang Tulang


Tulang  atau daging lembu
Bawang merah (hiris)
Lengkuas (hiris)
Bawang putih (hiris)
Halia (hiris)
Ketumbar (tumbuk sket)
Asam keping
Cili kering (potong , buang biji)
Garam
Serbuk perasa 

kalau nak buat singgang tulang, rebus tulang dahulu sebingga separuh empuk.. atau separuh air rebusan kering.. lepas tu masuk kan semua bahan (kecuali garam dan perasa) 
agak2 tulang dah empuk perasakan dengan garam dan serbuk perasa.. kalau letak gula melaka sedikit lagi sedap.

kalau nak buat singgang daging.. terus masukkan semua bahan. tak perlu rebus dagingg dahulu.. dah agak2 nak masak.. perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

Picture ni dari azie kitchen kot.. mohon copy ye.. sebab sangat menyelerakan....





Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Hari ni akunberia pegi pasar malam Saujana Impian Kajang. Semata-mata nak beli durian crepe kat situ. Yang specialnya diorang buat durian crepe fresh kat situ jugak.
Ni first time aku rasa durian crepe filling dia custard. Biasanya whipped cream. SEDAP. Tu je one word expression. Rasa tak se muak whipped cream. So aku boleh makan banyak.
Diorg buat crepe tu letak dalam bekas sushi. Kalo korang peornah beli sushi kat jusco tu.  Haa.... yang bekas sushi 6 bijik tu.
Harga dia bagi aku murah.. RM5 sebekas..so.. beli 10 bekas pon xralat sebab sedap..
Tadi aku menunggu 30minit jugak. Sebab bnyak order. So adik yang amik order tu cakap.. boleh whatsapp kalau nak order. So xde la menunggu lama sangat.
Diorang pon boleh buat delivery.. tapi aku xingat hari ape.. isnin rabu jumaat ke.. ntah kena confirmkan balik ngan diorang...
So.. kalau korang nak order.. tgk je no tel kat kotak dalam picture tu ...
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
ni kalau dapat memang menambah..sedap dowh.. kalau dapat ikan talang tu lagi sedap.. biasa nya aku
 tambah timun batang dan kacang panjang  dalam gulai.. sedap tak payah pikir sayur lagi.. hehehhehe..




Bahan-bahannya:
350 gram ikan talang masin, dipotong kepingan kecil - (Kak Noor guna ikan talang masin saiz kecil)
1/2 biji nanas masak (empulurnya dibuang), dipotong kecil atau dadu
sayur kacang panjang dan timun batang

1 cawan santan sawit  (ditambah 2 cawan air lagi untuk dijadikan santan cair)
1 cawan santan sawit  (santan pekat)
2 inci lengkuas
Garam / gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender):
7 cili kering (kalau nak pedas boleh tambah cili api
3 inci kunyit hidup
5 bawang merah

Air secukupnya

Cara-cara membuatnya:
1. Rendam ikan masin di dalam air lebih kurang 1/2 jam untuk menghilangkan rasa masinnya. Basuh dan toskan.
1. Masukkan santan cair, lengkuas, serta semua bahan kisar di dalam periuk.
2. Masukkan ikan kering talang dan kepingan nanas dan sayuran. Masak sehingga mendidih dan nanas layu.
3. Tuangkan santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Kuah hendahlah sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan



Labels: 0 comments | edit post