Lama sudah aku tak menulis di sini. Agak sibuk lepas berhenti. 6 bulan buat freelance dan kemudian run bisnes sendiri.
Tapi hari ni aku bak cerita tentang bisnes. Kalau dulu masa aku kerja, aku selalu kagum dengan orang yang ada Brand sendiri. Aku pikir mestilah memelukan modal yang besar dan kena ada "kabel" kuat tak kisah la dalam bidang apa yang kita ceburi.
Tetapi lepas aku resign, aku banyak buat research tentang bisnes. Terutamanya SHAWL. sebab aku perasan banyak sangat brands sekarang ni.
Sekarang ni lagi la.. orang tengah rush untuk produce RAYA. Kalau dulu aku ingat semua amik kat vietnam la china la..
Jadi aku pon join la program keusahawan ke CHINA DAN VIETNAM. Tetapi tak banyak membantu sebab kos penghantaran agak tinggi. Jadi sesiapa yang baru mula2 berjinak dengan bisnes.. lupakan dulu. Melainkan anda mempunyai modal RM 10K -20K. sebab flight paling murah ke CHINA pon dah RM 800. kalau ke VIETNAM RM450 -RETURN.
Banyak jugak duit aku habis masa tu. Orang jual Powerbank kita pon nak jual jugak. End up kos jadi lagi mahal sebab nak kira kos penghantaran dan kos kita ke sana lagi.
Tu cerita 2014 aku ke CHINA. Kemudian early 2015 aku ke VIETNAM. So ramai la dok jual tudung Neelofar Fake. Dapat dam rm 17 je kat sana kalau beli sikit. Again it costly kalau u nak murah kena beli dalam 1K pcs baru dapat RM14. Include penghantaran. VIETNAM guna CITY LINK Murah .. tapi masa tu aku agak fedup dengan orang yang bawa aku. Konon PRo tp dia suggest guna FEDEx. So kos jadi lagi mahal.. aku lagi frust sbb aku join untuk belajar deliver guna kapal dari vietnam. Tp macam2 alasan pulak.. kata lama la.. ape la.. but mind set aku dah programkan.. memang guna laut lambat.. tapi sangat murah. But he twist the fact that guna laut kos lebih kurang.. in reality yg dia suggest guna FEDEx tooooo way expensive...
Bayangkan kos penghantaran dah 2K plus.. then kena tax kat Airport RM 800plus. So serius ly i was very mad. Smpaikan masa tu aku buat keputusan buat freelance . Sebab co lama aku panggil. Tapi masa tu aku still buat online bisnes.
Honestly kos penghantaran dari China ke Malaysia jauh lebih murah berbanding VIETNAM. ikutkan quantity aku pos dari China lebih banyak dari Vietnm. Bezanya masa sebab Vietnam kami guna Fedex so around 3-4 days dah sampai. Dari china cost only rm 70 je.. sampai around 2 weeks masa tu.. paling lama pon 3 weeks. So memang berbaloi kalau yang byak duit ke China. Tiket mahai ooooii.. juga accokodation and foods.
But now aku dah CELIK. And thank for those bad Experient and thats why i want to share with all of you.
Untuk hari ni kita close up bisnes FASHION. trending now.
Ok. Lets list all we need to know and to have.
1. MODAL
Berapa modal yang korang ada. Make sure 1/5 tu ada lah duit emergency. Dari modal ini kita dah boleh agak bidang mana yang kita perlu start dulu. Kalau modau u banyak then you boleh terus produce pakaian like Jubah or dress- yg ni cos timggi. If u just have RM500 u still can do bussiness but in small range. Contoh shawl. Boleh beli dengan minimum sekodi (20pcs).
Rata2 aku tengok banyak yang buat jual kodi ni. Why not take a chance. Sekodi shawl cuma rm 190 to 250 je. Hanya RM 9 to 12.5 je sehelai. Tapi orang jual rm 25 satu helai.
Tapi kalau anda ada modal 10K. Then u can proceed to Pakaian. Sekarang ni In TREND Tunic and Jubah. Most Tailor yang offer jahit pukal akan bagi u minimun quantity of order (MOQ). Normally 30 -100 pcs jahit pukal . Paling sikit aku pernah tanya JAHIT PUKAL SAS. Korang boleh cari diorg kat FB or ig.
JAHIT PUKAL SAS minimum 30 helai boleh campur color and size. Tapi kos upah dia agak mahal untuk ambil sikit. Aku tanya Tunic blouse RM 25-28 per pcs upah jahit. Agak mahal... belum campur kos kain dan label lagi.
Then aku tanya KL Geek di Seri Kembangan. MOQ 40pcs. 1 color 4 size. Means kalau korang nak byk kaler kena banyak la bilangan baju tu.
Tapi aku tanye tunic dia agak murah. Rm 18 per pcs. Tp tak termasuk korang nak letak zip or button fancy. But still murah ka kan.. paling jauh boleh pegi po RM23.
Banyak lagi yang offer jahit pukal. Paling banyak Di SHAH ALAM.
Bagi yang interest dengan shawl korang juga boleh jahit pukal untuk tudung shawl. Tapi mostly MOQ dia more than 100 pcs. Beli kain per kayu. Then tailor akan siap potong dan jahit tepi BABY SEAM OR PIKO.
Ok KAIN mana nak dapat yang murah?? Setakat ni paling murah kat JAKEL Shah Alam. Sekarang tengah TRENDING Kain COMO CREPE.sebab baik ni tak jarang dan tak berkedut.
Display harga kat Jakel untuk Como Crepe Rm29 masa Promotion RM 18 semeter. Tapi.. jika anda beli per roll/kayu.. paling rendah anda akan dapat Rm 8 per roll. Tapi kalau anda beli lebih 20 kayu mungkin akan dpt rm 7 per meter.
Tapi mostly yang jual shawl sekodi ni cuma guna kain chiffon georget yang mana display harga cuma RM 6.50 kat jakel. Mayb diorg boleh dpt rm 2.50 to 3 per meter. 1 helai shawl guna kain max 1.3m so katala kos kain dalam rm 3.5, upah jahit tepi rm 4. Modal untul SHAWL CUMA rm 7.50. So memang untung jual per kodi.
2. BRAND/LABEL
Start your own brand
Nak buat label tak susah. Cuma tempah je. Bagi yang modal tinggi boleh terus beli 1000 pcs. Tapi yang modal rendah boleh beli 50 pcs or 100pcs dulu..
Ramai yang merungut sebab takda yang buat label dan boleh beli minimum. Tapi since sekarang dah ada yang buat LABEL Satin, serendah 50 keping u boleh tempah. Dan cepat. Biasanya orang guna woven label. Biasa ambil.masa 3 minggu untuk siap. Tapi label satin paling lama 7 hari boleh siap. Dah consider affordable. Lagi cantik dan boleh buat fancy label.
Ramai yang tanya kat mana nak dapt tempah label serendah 50 pcs je. Ada.. google je.. or type je dr FB. Ada 1 ni aku jumpa. Mylabel.my . Bileh tempah 50 pcs RM 35. Ok la kan untuk yang baru nak mula projek. Tapi lagi banyak anda beli lagi murah . 1000 pcs cuma rm 320 je.
3. PHOTOSHOT
Dah ada product dan label. Korang wajib ada photoshot. Xkisah la jadi moel sendiri ke atau hire model. Ada 1 IG ni CikAnis11.. aku pernah tanya. Harga package rm 50 sehelai minimum 4 helai. Untuk jubah ok la. Harga siap make up , photoshot kat studio, dan retouch. Also IG review. Tapi untuk shawl better ambil per hour. Normally charge dlm rm 350 la per hour. Siap semua..kalau shawl boleh la dlm 15 to 20 shawl per hour.
4. Fb ads atau iklan
Yang ni penting untuk promot. Join la kelas Sifu FBads. Sangat berguna.
Selain tu boleh join group jual beli.
Tu je setakat ni.. jumpa lain kali. Bateri phone pon dh nak habis ni.