Unknown

Lama sudah aku tak menulis di sini. Agak sibuk lepas berhenti. 6 bulan buat freelance dan kemudian run bisnes sendiri.

Tapi hari ni aku bak cerita tentang bisnes. Kalau dulu masa aku kerja, aku selalu kagum dengan orang yang ada Brand sendiri. Aku pikir mestilah memelukan modal yang besar dan kena ada "kabel" kuat tak kisah la dalam bidang apa yang kita ceburi.

Tetapi lepas aku resign, aku banyak buat research tentang bisnes. Terutamanya SHAWL. sebab aku perasan banyak sangat brands sekarang ni.

Sekarang ni lagi la.. orang tengah rush untuk produce RAYA. Kalau dulu aku ingat semua amik kat vietnam la china la..

Jadi aku pon join la program keusahawan ke CHINA DAN VIETNAM. Tetapi tak banyak membantu sebab kos penghantaran agak tinggi. Jadi sesiapa yang baru mula2 berjinak dengan bisnes.. lupakan dulu. Melainkan anda mempunyai modal RM 10K -20K. sebab flight paling murah ke CHINA pon dah RM 800. kalau ke VIETNAM RM450 -RETURN.

Banyak jugak duit aku habis masa tu. Orang jual Powerbank kita pon nak jual jugak. End up kos jadi lagi mahal sebab nak kira kos penghantaran dan kos kita ke sana lagi.

Tu cerita 2014 aku ke CHINA. Kemudian early 2015 aku ke VIETNAM. So ramai la dok jual tudung Neelofar Fake. Dapat dam rm 17 je kat sana kalau beli sikit. Again it costly kalau u nak murah kena beli dalam 1K pcs baru dapat RM14. Include penghantaran. VIETNAM guna CITY LINK Murah .. tapi masa tu aku agak fedup dengan orang yang bawa aku. Konon PRo tp dia suggest guna FEDEx. So kos jadi lagi mahal.. aku lagi frust sbb aku join untuk belajar deliver guna kapal dari vietnam. Tp macam2 alasan pulak.. kata lama la.. ape la.. but mind set aku dah programkan.. memang guna laut lambat.. tapi sangat murah. But he twist the fact that guna laut kos lebih kurang.. in reality yg dia suggest guna FEDEx tooooo way expensive...

Bayangkan kos penghantaran dah 2K plus.. then kena tax kat Airport RM 800plus. So serius ly  i was very mad. Smpaikan masa tu aku buat keputusan buat freelance . Sebab co lama aku panggil. Tapi masa tu aku still buat online bisnes.

Honestly kos penghantaran dari China ke Malaysia jauh lebih murah berbanding VIETNAM. ikutkan quantity aku pos dari China lebih banyak dari Vietnm. Bezanya masa sebab Vietnam kami guna Fedex so around 3-4 days dah sampai. Dari china cost only rm 70 je.. sampai around 2 weeks masa tu.. paling lama pon 3 weeks. So memang berbaloi kalau yang byak duit ke China. Tiket mahai ooooii.. juga accokodation and foods.

But now aku dah CELIK. And thank for those bad Experient and thats why i want to share with all of you.

Untuk hari ni kita close up bisnes FASHION. trending now.

Ok. Lets list all we need to know and to have.

1. MODAL

Berapa modal yang korang ada. Make sure 1/5 tu ada lah duit emergency. Dari modal ini kita dah boleh agak bidang mana yang kita perlu start dulu. Kalau modau u banyak then you boleh terus produce pakaian like Jubah or dress- yg ni cos timggi. If u just have RM500 u still can do bussiness but in small range. Contoh shawl. Boleh beli dengan minimum sekodi (20pcs).

Rata2 aku tengok banyak yang buat jual kodi ni. Why not take a chance. Sekodi shawl cuma rm 190 to 250 je. Hanya RM 9 to 12.5 je sehelai. Tapi orang jual rm 25 satu helai.

Tapi kalau anda ada modal 10K. Then u can proceed to Pakaian. Sekarang ni In TREND Tunic and Jubah. Most Tailor yang offer jahit pukal akan bagi u minimun quantity of order (MOQ). Normally 30 -100 pcs jahit pukal . Paling sikit aku pernah tanya JAHIT PUKAL SAS. Korang boleh cari diorg kat FB or ig.

JAHIT PUKAL SAS minimum 30 helai boleh campur color and size. Tapi kos upah dia agak mahal untuk ambil sikit. Aku tanya Tunic blouse RM 25-28 per pcs upah jahit. Agak mahal... belum campur kos kain dan label lagi.

Then aku tanya KL Geek di Seri Kembangan. MOQ 40pcs. 1 color 4 size. Means kalau korang nak byk kaler kena banyak la bilangan baju tu.
Tapi aku tanye tunic dia agak murah. Rm 18 per pcs. Tp tak termasuk korang nak letak zip or button fancy. But still murah ka kan.. paling jauh boleh pegi po RM23.

Banyak lagi yang offer jahit pukal. Paling banyak Di SHAH ALAM.

Bagi yang interest dengan shawl korang juga boleh jahit pukal untuk tudung shawl. Tapi mostly MOQ dia more than 100 pcs.  Beli kain per kayu. Then tailor akan siap potong dan jahit tepi BABY SEAM OR PIKO.

Ok KAIN mana nak dapat yang murah?? Setakat ni paling murah kat JAKEL Shah Alam. Sekarang tengah TRENDING Kain COMO CREPE.sebab baik ni tak jarang dan tak berkedut.

Display harga kat Jakel untuk Como Crepe Rm29 masa Promotion RM 18 semeter. Tapi.. jika anda beli per roll/kayu.. paling rendah anda akan dapat Rm 8 per roll. Tapi kalau anda beli lebih 20 kayu mungkin akan dpt rm 7 per meter. 

Tapi mostly yang jual shawl sekodi ni cuma guna kain chiffon georget yang mana display harga cuma RM 6.50 kat jakel. Mayb diorg boleh dpt rm 2.50 to 3 per meter. 1 helai shawl guna kain max 1.3m so katala kos kain dalam rm 3.5, upah jahit tepi rm 4. Modal untul SHAWL CUMA rm 7.50. So memang untung jual per kodi.

2. BRAND/LABEL

Start your own brand

Nak buat label tak susah. Cuma tempah je. Bagi yang modal tinggi boleh terus beli 1000 pcs. Tapi yang modal rendah boleh beli 50 pcs or 100pcs dulu..
Ramai yang merungut sebab takda yang buat label dan boleh beli minimum. Tapi since sekarang dah ada yang buat LABEL Satin, serendah 50 keping u boleh tempah. Dan cepat. Biasanya orang guna woven label. Biasa ambil.masa 3 minggu untuk siap. Tapi label satin paling lama 7 hari boleh siap. Dah consider affordable. Lagi cantik dan boleh buat fancy label.

Ramai yang tanya kat mana nak dapt tempah label serendah 50 pcs je.  Ada.. google je.. or type je dr FB. Ada 1 ni aku jumpa. Mylabel.my . Bileh tempah 50 pcs RM 35. Ok la kan untuk yang baru nak mula projek. Tapi lagi banyak anda beli lagi murah . 1000 pcs cuma rm 320 je.

3. PHOTOSHOT

Dah ada product dan label. Korang wajib ada photoshot. Xkisah la jadi moel sendiri ke atau hire model. Ada 1 IG ni CikAnis11.. aku pernah tanya. Harga package rm 50 sehelai minimum 4 helai. Untuk jubah ok la. Harga siap make up , photoshot kat studio, dan retouch. Also IG review. Tapi untuk shawl better ambil per hour. Normally charge dlm rm 350 la per hour. Siap semua..kalau shawl boleh la dlm 15 to 20 shawl per hour.

4. Fb ads atau iklan

Yang ni penting untuk promot. Join la kelas Sifu FBads. Sangat berguna.

Selain tu boleh join group jual beli.

Tu je setakat ni.. jumpa lain kali.  Bateri phone pon dh nak habis ni.

Unknown
Hari ini aku nak kongsikan resepi Durian Crepe.. Resepi ni aku ambil dari Blog sape ntah. Tapi crepe dia cukup senang.

Resepi Durian Crepe
40gm tepung gandum
40gm tepung ubi
20gm tepung kastard/hoen kwe
20gm tepung jagung
1 biji telur gred A
130ml susu sejat/fresh milk
50ml air - bergantung kepada kepekatan
1 tbsp butter cair atau minyak mazolla
T tbsp sula halus
Pewarna kuning
Secubit garam

Steps
1. Satukan semua tepung dan ayak.
2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan dan kacau rata. Make sure adunan tu tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Ala2 buat adunan roti jala gitu..
3. Boleh blend guna blender untuk bagi halus lagi dan tak berketul. Tapi sebelum goreng crepe ni kena tunggu lama sket la untuk hilangkan  buih.
4. Kemuadian tapis.
5. Boleh la start menggoreng crepe.

Cara goreng crepe
1.  Lebih senang guna kuali leper non stick. Aku guna yang ikea rm 30 je. Ngam2 saiz yang aku nak.
Ade handle senang.
2. Panaskan kuali. Guna api medium hot. Bila kuali betul2 panas, angkat dan masukkan adunan crepe. Sekejap je. Kira bukan direct dari api kita masak crepe.
3. Lepas dah siap, angkat dan dan ulang sampai habis

Resepi Filling Durian Crepe
1 Kotak 200 ml Whipping Cream/sepatutnya guna non Dairy Whipping Cream
2. 5 tsp gula icing

Steps
1. Sediakan mangkuk besi dan masukkan whipping cream.
2. Masukkan mangkuk besi kedalam freezer selama 10 hingga 15 minit untuk sejukkan.
3. Setelah 10 minit keluarkan dan mula untuk mix menggunakan mixer.
4. Masukkan gula dan pukul sehingga kental.
5. Pastu boleh la start membungkus

Nota jari kaki yang wajib dibaca:
# filling:
-Sepatunya guan non dairy whipping cream atau fresh cream. Sebab dia senang nak kental dan susah nak cair balik.
-non dairy whipping cream bukan hasil tenusu biasanya dari palm oil
-manakala whipping cream biasa - biasa dia tulis dairy whipping cream adalah dr hasil tenusu.
Biasanya mengandungi 30% fat.
-so boleh la makan tanpa rahu jika guna non dairy whipping cream...heheh
- boleh juga guna Whipping Cream for dessert topping. Tapi jangan masukkan gula kerana sudah sedia manis.
-dairy whipping cream biasanya akan mencair balik selepas beberapa ketika dibiarkan pada auhu bilik.
Jadi selepas whipping cream dah kental.. masukkan dalam freezer balik dalam 10 minit.
-kalau whipping cream mencair balik, masukkan dalam freezer balik dalam 10 minit. Lepas tu pukul balik guna mixer .
Kalau nak pukul whipping cream, kena terus high speed. Baru boleh kental.
Silakan menatap picture hasil google..
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Assalamualaikum and Hallooooo....

these are the workout from Chris Powell that i use

Chris Powell Level 1 Beginner Workout
~15 Minutes



Chris Powell Level 2 Intermediate Workout
~30Minutes




Chris Powell Level 3 Advance Workout
~35Minutes


Unknown

Assalamualaikum and hallooo..

this isnt the first time  nor the 2nd time of my diet.. i dont now how many times 1 started and i never ending it well. huh.. so tough. and now, im not proud of my 85 kg /187 lb 

i was 55kg when 1 was 16 year old. then going up to 62kg when i was 3rd year  in college.
it always going up.
this time i still dint feel worst because its still under my BMI range.
for my height ~164cm, my BMI range is 52 to 64 kg.


66 kg when i was 1st year in my work place.
and thiss time i felt a bit shaky. 
but still no action taken...:(

72 kg in 2008 which is my 3rd year in my workplace. the "7"started number was make me a bit afraid.
and i started to took too many types of pills, supplements for weight loss.
i did lose weight but it wont end up well. about 5 kg reduce .. once i stop, the weight increase even more....


in 2012 my office was relocate to Ampang and so do my weight its relocate going up!! it was 78 kg that time.. 

in 2013 , 
the '8' started number begins

that the first time it woke me up. i start to take pills again. but not working.

so i give up the pills, supplements when there was a clarification from health department that most of the pills and supplements was danger to our heath.

the 2nd time that woke me up.. until now, i never took any pills and supplement for weight loss.

so i just use natural remedies for my everyday diet. its hard to lose weight. believe me... if we not really focus.. then its turn really really really hard.


now, i start again. Diet. Healthy Lifestyle.
i need to really really focus this time. 


How to Start Diet for Weight LOSS

1. to start, we really need to know our current lifestyle. what makes ourself fat. what was make weight increase.
do a research regarding yourself.

For example of my condition
~ Food- i really love bread, buns, rice like nasi ayam, nasi tomato and nasi lemak. so i need to change this.
~Less exercise?- it wasnt less but no exercise. so i need to give a time to exercise.
~water intake- most of people love sweet drinks, soda or nescafe in the morning. but for me , i can eliminate this because i dont like sweet drinks.
the best is i only drink   fresh juice and plain water.
but the worse is- not enough plain water

so i need to change this- more plain water for me.
there was a research about the best volume of water you should take. it is 1litre per 25 kg weight . and for me i have to drink at least 3.5litre a day.


Lifestyle i need to change
1. avoid all type of nasi and bread or bun. reduce it time by time.
2. do more exercise. start with 15 minutes a day and increase to 30 minutes  a day. and so on.
3. drink more plain water. for me is  85/25= 3.4litre


2. Find your inspiration
i have 3 inspiration, 2 persons and 1 Facebook Group which i follow about a year.
  the 2 persons are Chris Powell and Kevin Zahri. they are two awesome guy who have did help othe people. their motivations will always with me:)

the Fb group that I've mention earlier is Kelab Diet Atkin- the are many people were successfully lose their weight and it inspired me. and they are helpful too..
there are many info about diet in this group. recipes, workouts.... 

3. Goal
set your goal weight. for me i want 60kg
so 85 to 60 Journey.. yeay!!

4. Find Buddy
find a friend, sister or brother.. or anyone. who can give you support when you are nearly give up. 
i have a friend of mine .. we will do activity togather

5. Homecook
try to collect as many as you can .. a healthy recipes that will help us in weght loss program
its not a matter for me because i love cook. im not really good in kitchen. but i really love home cook. in this way you can monitor your food 



Weight Loss Program

i have done the weight loss program  about a week. i started on 30 July 2015. it was 85.4kg that time.


and to day after 6 days it drop to 84.0kg now. im quite happy. i know the progress is slow. but i will keep going.. 

i want to do the atkins diet. but i dont want drastic change. the 1st thing i did is avoid nasi and roti. and i change my carbo to a tortilla. i made it myself. an more veggies in it. the protien i choose are chicken- breast part, tuna and eggs.   a  bit mayonnaise. thats all

about 3 days ate tortilla. the 4th day i successfully avoid carbo. and i ate only protien and veggies. until now. i hope i can keep focus.

starting yesterday , i did exercise for 30 minutes twice a day. morning and night. with help from Chis Powell Level 2 Exercise. really fun and sweat!!
i just start exercise  in day 3. the first day i did the Level 1. 2 times. it seems very easy for me. then the 4th day i start the level 2. just  can finish half way. successful on the 5th day for level 2 morning and night. 

if you guys want a copy of that please leave your email address.

there are 3 levels actually. But the Level 1 is too easy to me. it is about 15 minutes exercise. Big No for Level 3 . its hard:)

i just focus on Level 2 Exercise with Chris Powell for two weeks. maybe after that can change to Level 3.

i try to update weight every 3 weeks. but patience is hard... hahah...


ok. for you guys out there who face with obesity. LIKE ME. lets change. lets support and motivate each other. 

ok.. thats all now...

D

Start the BUTTON NOW!!!
Motivation GOING UP!!!




I want LIKE THIS!!!


Unknown
Assalamualaikum...

Lama tak usha blog aku ni... dan aku hampir terlupa untuk menulis entri tentang penawar untuk penyakit jantung, diabetis dan kolesterol. ianya mudah dan boleh buat sendiri dirumah. 

Sebenarnya resepi ni aku dapat dari Facebook. ada seorang hamba Allah ni share di Facebook. dan... bahan-bahannya juga cukup mudah didapati.


Bahan-Bahan

1cawan halia~~~ dikisar bersama 1cawan air~~tapis
1cawan bawang putih~~~ dikisar bersama 1cawan air~~tapis
1cawan cuka epal
2cawan madu


Cara-Cara

1. Air halia, air bawang putih dan cuka epal dimasak hingga  sebati. dalam 5 - 10 minit. 
2. Sejukkan 
3. setelah sejuk baru dicampur dengan madu. 

Nota: Jangan masukkan madu ketika ramuan panas. akan menghilangkan nutrien yang ada dalam madu.

~~jangan menggunakan objek besi untuk menyukat madu. gunakan kaca atau plastik sahaja.






Ini Apple Cider yang aku biasa beli.. beli kat Giant ke Tesco.. aku pon lupe.


cara minunya, 2 sudu pagi perut kosong dan 2 sudu malam sebelum tidur.
Aku belum pernah cuba lagi. petang ni baru nak buat. semua bahan dah ada. lepas 2 bulan kita buat medical checkup.
Hari tu dah buat medical check up. full punye.. glucose aku normal. tapi cholesterol agak perlu untuk dibimbangkan. belum tinggi lagi.. tapi dah stage mild.

sebab tu sekarang aku gigih buat weight loss.. 



Normally aku buat Ramuan untuk weight loss ... Ramuan dia tak ada bawang putih, ganti dengan cinnamon ground/ serbuk kulit kayu manis. yang lain sama.
bezanya aku lebihkan air. dalam 1liter gitu.. setiap pagi minum 1 mug. sebelum tidur minum 1 mug. kalau rajin.. petang dalam jam 3 aku minum juga.

orite selamat mencuba......

D




Unknown
Hari ni teringin  nak menulis entry pasal resepi penwar untuk sakit jantung , diabetis, darah tinggi dan juga kolesterol.
Tapi aku masih kat kampung. Berhari raya. Laptop kat rumah di Selangor.... huhuuu... esok balik KL akan ku gigih kan jua...
Setiap 2 tahun.. opis akan suruh buat full medical check up. Sangat penting ye untuk generasi2 sekarang ni.. yang makannye ntah ape2.. dengan fast food.. too much sugar.. all the frozen meat.. and sooooo many stuff that contribute our body in bad conditions.
So .. nak tak nak.. kita kena jaga kesihatan.. nanti kufur nikmat hidup yang Allah bagi kat kita ni.
So.. Insha Allah esok atau luse aku akan sambung entry ni yeeee....
Unknown
Baru2 ini Malaysia digemparkan dengan rusuhan di Lawyat. Sebagai orang awam.. yang bukan saksi juga bukan saudara kepada mereka. Aku rasa tidak adil untuk menghakimi kes ini.
Walau bagaimana pun.. sama2 lah kita berdoa supaya kes ini tidak berpanjangan dan kebenaran terbukti.
Ya Allah, kau tunjukkan lah kebenaran kepada kami. Semoga fitnah2 ini tidak berpanjangan. Amin.
Unknown
Ya Allah.. sesungguhnya hambaMu ini sungguh kerdil. Tatkala menghadapi ujian dariMu, hanya padaMu aku merintih.
Sesungguhnya hambaMu ini serba kekurangan. Bagaikan mengemis bantuan dariMu, terasa sangan kecil diri ini. MengingatiMu ketika dalam kesusahan.. aku mohon padaMu semoga aku tidak alpa ketika dalam senangku.
Ya Allah, bantulah aku dalam meringankan bebanku ini. Sesungguhnya aku tahu, segala ujian yang datang tanda Kau sayang pada hambamu ini. Bagaikan mengejutkan aku dari tidur untuk bangun mengingatiMu.
Ya Allah, sungguh banyak dosa hamba ini. Entahkan seluas bumi adanya. Kau ampuni lah dosa-dosaku. Kau jauhilah aku dari berbuat dosa di kemudian hari. Kau berikanlah kesihatan yang baik untuk ku. Agar aku dapat terus mengabdikan diri untukMu.
Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah.

Jauhilah aku dari kepapaan. Jauhilah aku dari sifat tamak. Jauhilah aku dari sifat iri. Jauhilah aku dari sifat musyrik. Jauihi lah aku dari sifat amarah. Jauhilah aku dari sifat takbur.
Ya  Allah. Jadikanlah aku di kalangan orang-orang yang beriman. Jadikanlah aku dikalangan orang yang jujur dan amanah. Jadikanlah aku seorang yang penyayang. Jadikan lah aku seorang yang pemurah.
Ya Allah. Semoga dengan rahmatMu aku dapat memberi manfaat kepada yang lain.
Ya Allah. Berkatilah aku di dunia dan akhirat. Sesungguhnya semua adalah milikmu. Kau yang maha pemurah yang memberikan segala kebaikan untukku.
Amin..
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Lama dah aku tak post pasal atkins. By the way, aku nak share resepi Agar-agar Kelapa or Kelapa Jelly ni versi Atkins. Sebab aku tak guna kan gula tapi guna subtitute gula iaitu Pemanis P3 or P3 Sweeterner.
Walaupon kelapa muda mengandungi karbohidrat lebih kurang 28 gram per bijik.. tapi kita makan seadunan agar agar kannn.. banyak tu.. 2.6liter kot.. pamdai pandai la korang bahagi yeeekk...
Aku buat hari tu dapat dalam 12 bekas tau fu fa penuh.. jangan risau.. agar2 mengandungi 0gram karbo..... so nutrisi agar2 dan air kelapa muda boleh tengok kat picture ye.. suka betul aku dengan kelapa jelly ni..orang jual rm 2 kot sebekas tau fu fa tu... padahal air kelapa pon baru 3.50 sebijik. Lagi pon diorang xletak air kelapa banyak pon. Korang boleh reduce air kelapa tu kalau suka...
Resepi agar2 kelapa/kelapa jelly
1 paket agar2 10gram ( korang check kat belakang biasa guna air 800 hingga 960 ml)-aku guna cap layang2 yang jual kat tesco jekkk
2 bijik air kelapa muda (boleh tambah atau reduce kalo suka)-asingkan isi
12 titik Pemanis P3 ( ikut cita rasa korang.. bagi aku dah manis dah)
Daun pandan ( perisa pandan pon boleh.. half teaspoon cukup)
Cara2
1. Sukat air kelapa tu dulu then cukupkan dengan air putih biar jadi 2.5 l. Standby 1 cawan or 100ml tuk rebus daun pandan. Kalau guna perisa terus ke step 2.
2. Masukkan semua air kelapa dalam rebusan daun pandan bersama serbuk agar2 dan 13 titik Pemanis P3. Tunggu sampai mendidih.
3. Dah mendidih.. tutup air.. kacau adunan supaya wap keluar.. agak2 dah tak berapa nak panas dah.. boleh tuang dalam bekas..pastu boleh la bahagi2kan isi kelapa tu..
4. Dah agak sejuk... boleh masuk dalam peti ais.
Okey... tu je... boleh la wat dessert menu berbuka wahai atkinners
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Panduan Ringkas Sepanjang Bulan Ramadhan
Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa
1) Makan dan minum dengan sengaja. Jika terlupa atau tersalah atau dipaksa, tidak batal puasanya.
2) Muntah dengan sengaja, seperti menjolok jarinya ke tekak untuk mengeluarkan sesuatu. Jika termuntah, tidak batal puasanya.
3) Keluar haid atau nifas atau melahirkan anak, walaupun sebentar sebelum terbenam matahari.
4) Onani (mengeluarkan mani dengan sengaja) sama ada dengan tangannya, atau isterinya, atau orang lain, atau memeluk isterinya dengan syahwat. Jika keluar mani hanya kerana terpandang atau terfikir sesuatu yang mengghairahkan, maka hukumnya sama dengan mimpi basah di siang hari, i.e. tidak batal puasanya dan tidak wajib qadak. Begitu juga dengan keluar air mazi, tidak batal puasanya.
5) Memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yang terbuka. Tidak batal memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yg tertutup seperti mata (memakai celak atau menitik ubat pada mata) dan sebagainya. Tidak batal juga memasukkan sesuatu melalui rongga terbuka jika tidak sampai ke dalam perut, seperti mengorek hidung atau mengorek telinga atau menitik ubat telinga.
6) Berniat untuk berbuka puasa, walaupun tidak makan apa-apa.
7) Makan, minum atau berjimak kerana menyangka bahawa telah terbenam matahari (masuk waktu Maghrib), tetapi sebenarnya belum. Atau belum terbit matahari (masuk waktu Subuh), tetapi sebenarnya sudah. Ini adalah pandangan jumhur.
8) Berjimak dengan sengaja.
9) Murtad.
10) Gila, walaupun sebentar.
11) Makan atau minum ketika azan subuh dilaungkan. Ramai menyangka masih boleh makan dan minum ketika azan dilaungkan sehinggalah tamat azan. Ini adalah pandangan yang salah, kerana muazzin tidak disyariatkan untuk azan sehinggalah terbit fajar. Sesiapa yang meneruskan makan atau minum selepas muazzin mula melaungkan azan, maka batal puasanya dan wajib qadak.

Perkara-perkara yang TIDAK Membatalkan Puasa
1) Mandi atau membasahkan kepala untuk menyegarkan badan atau menghilangkan kepanasan dan dahaga. Jika tertelan air secara tidak sengaja, tidak batal puasanya.
2) Memakai celak, walaupun celak tersebut memasuki matanya, kerana mata bukan rongga terbuka yg menyampaikan bahan tersebut ke dalam perut.
3) Berkucupan sesama suami isteri, jika masih boleh mengawal diri daripada melakukan jimak.
4) Semua jenis suntikan, sama ada IV atau IM, kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy)
5) Berbekam.
6) Berkumur-kumur dan memasukkan air melalui hidung ketika berwudhuk. Tetapi makruh jika dilakukan secara berlebih-lebihan.
7) Merasa makanan ketika memasak atau ketika ingin membeli makanan tersebut, selagi mana makanan tersebut tidak sampai ke halkum.
8) Menghidu bau-bauan.
9) Makan, minum atau berjimak pada malam hari sehinggalah terbit fajar (masuk waktu Subuh). Jika di dalam mulutnya terdapat makanan ketika azan subuh mula dilaungkan, wajib baginya mengeluarkan kembali makanan tersebut. Jika sengaja menelannya, maka batal puasanya. Begitu juga dengan jimak. Wajib berhenti ketika azan subuh mula dilaungkan. Jika dia menyambungnya, batal puasanya.
10) Bangun pagi dalam keadaan berjunub (hadas besar).
11) Menelan air liur yg bersih dan tidak bercapur dengan bahan lain, dengan syarat air liur tersebut masih berada di dalam kawasan tubuh badannya. Jika dikumpul di dalam bekas lalu diminumnya, batal puasanya.
12) Menggosok gigi. Harus melakukannya pada setiap waktu ketika berpuasa. Mengenai pendapat yang memakruhkan menggosok gigi selepas gelincir matahari, hadis tersebut sangatlah lemah (dhaif jiddan).
13) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual) . Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.
14) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginoscope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination) .
15) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.
16) Tampal gigi atau cuci gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).
17) Pendermaan darah atau menerima darah.
18) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).
19) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.
20) Ambil darah untuk ujian makmal.
21) Semua jenis salur yang dimasukan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana pada anggota badan (catheterization)
22) Laparoscope yang dimasukan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.
23) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.
24) Uteroscope atau IUCD (pencegah hamil) yang dimasukan ke dalam rahim.
25) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).
26) Ubat asthma (inhaler).
27) Semua jenis ubat yang dimasukan melalui anus (dubur).
28) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.
29) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) samada peritoneal atau hemodialysis
30) Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Dah lama aku plan nak belajar berenang. Dah tua2 cam ni baru nak belajar berenang.. tapi sekarang ni susah nak cari kelah renang yang perempuan sahaja.
Tapi dalam aku google .. aku jumpe 1 website ni.. website jomrenang. Diorang menawarkan kelas renang untuk wanita di Precint 6 Putrajaya.
Aku macam tertarik..huhuuu.. aku tak tahu berapa orang dalam 1 group wanita tu. Maybe kurang 20 orang kot. Yang penting group tu perempuan je. Kelas setiap ahad jam 8.30 pagi. Rm 250 untuk 8 kali kelas. Sebulan 4 kali. So bulan pertama cuma bayar rm150.. next month lagi rm 100. Kalo nak futher class yang advance.. for next month lagi rm 100 untuk sebulan..
Diorang ade private class jugak.. yang ni tak mampu den... rm 500 for 6 times class. Yang ni private 1 to 1.. class schedule boleh plan dengan instructor. Kalo private class boleh la ikut time kita.
Ade yang 2 orang 1 group rm 600 .. kiranya rm 300 per person.. ade yg group 3 orang 5 orang.. lagi murah la..
Boleh teng picture aku download dari website diorg..
Aku nak kena cekal ni lepas raya.. bulan puasa xde kelas yeee...
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Ayam masak lemak cili api ni masakan orang Nogori. sedap . tu je komen aku. semua jenis masak lemak pon sedap.. ayam, keli salai, daging salai, pucuk ubi dan macam2 lagi.. memang sedap.. tp cara maska berbeza sket, bahan2 lebih kurang je...


Bahan-bahannya:
Ayam
Santan
Cili Padi – blend
Kunyit hidup – blend
Daun kunyit
Serai-diketuk
Asam keping
Garam

Cara memasak:
Toskan ayam yang dah siap dicuci untuk mengeluarkan lebihan air. Kemudian, gaulkan ayam tadi bersama serai, cili padi dan kunyit hidup yang dah diblend di dalam kuali dengan api perlahan. Tujuannya untuk mengeringkan air ayam. Bila air ayam dah kering, boleh la masukkan santan cair.
Bila ayam dah kecut/masak dan santan dah mendidih masukkan asam keping, santan pekat, dan garam. Bila mendidih sekali lagi, boleh letak daun kunyit dan tutup api. Siap.
Bagi yang suka pedas boleh letakkan  cili padi/api lebih.
Bila dah masuk santan, kuah masak lemak kene sentiasa dikacau supaya tak berketul dan naik minyak, kalau tak kuah masak lemak jadi sgt. Untuk masak lemak ayam, cukup lah letak sekeping asam keping, kecuali kalau masak lemak ikan boleh letak 2-3 keping sebab masakkan ikan memang kena rasa masamnya tu. Kalau nak letak kentang pun boleh jugak..
Ayam seeloknya ditoskan terlebih dahulu untuk membuang lebihan air ayam, kalau masuk basah-basah, rasa macam tak sedap jer bila air ayam tu dimasak sekali dengan santan.

****####aku pernah guna santan kotak... ras dia teruk dan tak pecah minyak.. tapi kalau tu je yang ada ..pasrah je la....


Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Ni favourite aku.. mau menambah 3 kali nih.. pastu tak leh nak bangun solat terawih.. huhu.. mata cam nak tertutup jekkkk... hheehe..

bagi aku singgang tulang or daging ni lagi sedap dari sup tulang or daging..dia macam masam2 lengkuas sket.. hirup panas2.. makan nasi banjir macam makan nasi air.. huih... 

singgang tulang ni biasa jugak diorang buat sebagai lauk untuk kenduri kat Kelantan.. kadang2 singgang ikan tongkol.. Raya Qurban tu memang biasa masak juadah ni.. kalau dapat ni memang refresh la.. sebab asik gulai daging or ayam masak merah je.. kadang bosan jugak tekak ni... dapa budu lagi la melekat...

sila kan masak juadah ni masa berbuba ye.. sebab juadah ni juadah campak tapi sedap sangat!!!!


Singgang Tulang


Tulang  atau daging lembu
Bawang merah (hiris)
Lengkuas (hiris)
Bawang putih (hiris)
Halia (hiris)
Ketumbar (tumbuk sket)
Asam keping
Cili kering (potong , buang biji)
Garam
Serbuk perasa 

kalau nak buat singgang tulang, rebus tulang dahulu sebingga separuh empuk.. atau separuh air rebusan kering.. lepas tu masuk kan semua bahan (kecuali garam dan perasa) 
agak2 tulang dah empuk perasakan dengan garam dan serbuk perasa.. kalau letak gula melaka sedikit lagi sedap.

kalau nak buat singgang daging.. terus masukkan semua bahan. tak perlu rebus dagingg dahulu.. dah agak2 nak masak.. perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

Picture ni dari azie kitchen kot.. mohon copy ye.. sebab sangat menyelerakan....





Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Hari ni akunberia pegi pasar malam Saujana Impian Kajang. Semata-mata nak beli durian crepe kat situ. Yang specialnya diorang buat durian crepe fresh kat situ jugak.
Ni first time aku rasa durian crepe filling dia custard. Biasanya whipped cream. SEDAP. Tu je one word expression. Rasa tak se muak whipped cream. So aku boleh makan banyak.
Diorg buat crepe tu letak dalam bekas sushi. Kalo korang peornah beli sushi kat jusco tu.  Haa.... yang bekas sushi 6 bijik tu.
Harga dia bagi aku murah.. RM5 sebekas..so.. beli 10 bekas pon xralat sebab sedap..
Tadi aku menunggu 30minit jugak. Sebab bnyak order. So adik yang amik order tu cakap.. boleh whatsapp kalau nak order. So xde la menunggu lama sangat.
Diorang pon boleh buat delivery.. tapi aku xingat hari ape.. isnin rabu jumaat ke.. ntah kena confirmkan balik ngan diorang...
So.. kalau korang nak order.. tgk je no tel kat kotak dalam picture tu ...
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
ni kalau dapat memang menambah..sedap dowh.. kalau dapat ikan talang tu lagi sedap.. biasa nya aku
 tambah timun batang dan kacang panjang  dalam gulai.. sedap tak payah pikir sayur lagi.. hehehhehe..




Bahan-bahannya:
350 gram ikan talang masin, dipotong kepingan kecil - (Kak Noor guna ikan talang masin saiz kecil)
1/2 biji nanas masak (empulurnya dibuang), dipotong kecil atau dadu
sayur kacang panjang dan timun batang

1 cawan santan sawit  (ditambah 2 cawan air lagi untuk dijadikan santan cair)
1 cawan santan sawit  (santan pekat)
2 inci lengkuas
Garam / gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender):
7 cili kering (kalau nak pedas boleh tambah cili api
3 inci kunyit hidup
5 bawang merah

Air secukupnya

Cara-cara membuatnya:
1. Rendam ikan masin di dalam air lebih kurang 1/2 jam untuk menghilangkan rasa masinnya. Basuh dan toskan.
1. Masukkan santan cair, lengkuas, serta semua bahan kisar di dalam periuk.
2. Masukkan ikan kering talang dan kepingan nanas dan sayuran. Masak sehingga mendidih dan nanas layu.
3. Tuangkan santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Kuah hendahlah sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan



Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Nasi Ayam... aku rase masakan paling senang dan simple.. walaupun agak renyah sedikit.. tapi berbaloi.. biasa kalau berbuka puasa beramai.ramai....kalau nak dekat raya tu.. memang ni la menunya.. sebab senang.. ramai orang suke..

Resepi Nasi Ayam


Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Tips:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Labels: 0 comments | edit post
Unknown
ni favorite aku.. nak nak kalu makan dengan nasi tomato... huh... terangkat...kat pasar malam Tasik Kesuma ni ade anak beranak yang jual nasi tomato yang sangat sedap.. tapi pasar malam hari Isnin je...
 biasa jam 7 dah habis nasi tomato ni.. biasanya aku tak dapat la sebab aku sampai semenyih dah jam berapa kan.. punye la jem MRR2 tuh...


Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam, dipotong sedehana kecil
  • 1 tin kecil kacang pis
  • 1/2 biji bawang besar, hiris
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai, dititik
Bahan untuk dikisar
  • 1 biji tomato saiz besar
  • 10-15 biji cili kering, buang biji dan rebus
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ayam 3/4 masak
  2. Cincang kasar bahan untuk dikisar, dan kisar menggunakan blender hingga halus
  3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kekuningan.
  4. Masukkan bahan kisar tadi dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, sos tiram, serai dan akhir sekali kacang pis. Perasakan dengan garam dan gula ikut rasa.







Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Masakan ni pula asal dari negeri sembilan atau melaka.

Resepi nya adalah:

BAHAN-BAHAN

600 gram daging yang telah siap disalai, hiris nipis
15 - 20 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus setiap 1
3 batang serai dititik
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN KISAR HALUS

30 biji cili padi kampung warna hijau
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Masukkan daging salai yang telah dihiris ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. 
2. Gaul rata dan tuang santan cair.
3. Masak hingga mendidih dan daging lembut
4. Masukkan asam geluor dan masak sekejap.5. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan tambah belimbing buluh. 
6. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. 
7. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

** Resepi ni di ekstrak dari website MatGebu. aku dah follow blog dia dh lama since aku jumpe resepi donut gebu kat kongsi resepi.. hehehe... masa tu ak sangka dia lelaki.. huh.. tercabar keperempuanan ku..

**most of his recipe semua menjadi .. sekarang ni lebih senang follow IG dia.. kalau ade resepi baru terus aku buka blog dia 


** lagi satu.. biasa nya aku tak letak asam gelugur. biasanya aku letak belimbing buluh atau buah bacang...

** picture bawah ni bukan aku punye.. hasil carian Mr.Google.. nampak menyelerakan kan???

Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Ayam percik ni asal dari Kelantan. tapi dah banyak modify bagi lebih pedas, kurang santan, lebih herba dan lain-lain lagi.

Ayam Percik Kelantan Style

1 ekor ayam - potong 4

Bahan Perap


5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya


Bahan Kuah


2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam


Steps
 

Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.


Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah

** resepi ni aku ambil dari Azie Kitchen


 









Labels: 0 comments | edit post
Unknown

I have done many types of diet. Just name it.. supplements?? Too many. Just name it. I think i had all..

SDII, jusmate 5, shaklee, and many more.. i think all types off supplements i ve already try. But none of them are successfull. I can lose weight with them but i cannot maintain.

My body getting bigger. My thigh.. wow.. just like a balloon.. cannot manage to buy pants, jeans... becoz there is no size for me. My calves are too small comparing to my tight. So its look wierd then i try bigger pants or jeans. All the kurungs i had to let in a storages.. huhu..

My body was like a big balloon..

But 1 day sy sister introduce me with fb Kelab diet atkin. Which is at first i just follow. But then last Ramadhan. I try to follow this diet. Becoz that time i want to save money then i just think how about to try this diet.

Amazing is .. it works for me. It was not drastically weight drop and change.. becoz im not strictly follow.. which is im  allowed myself to eat rice or bread once a week.

I have dropped 4kg at first week. But then it stop lose weight. But my body shape turns out. My body getting smaller. My be becoz all the fats already burnt.

But im not continue the diet after hari raya.. too many obstacles.... all delicious foods was killing me.

But 1 thing i noticed... my body shape and my weight are not increase. Meaning that i can maintain my body. After almost a year.

So im planning to do this diet again for coming Ramadhan. Hopefully can drop few kgs.. hehehe..

Who wanna join me?????