Unknown

Tiada siapa menginginkan ia terjadi. Tiada siapa pernah menjangkau ianya akan terjadi.

Kun faya kun 

Semuanya adalah dalam perancanganNya. Apabila Dia berkata Jadilah maka Jadilah.

Apa yang ada di bumi mahupun di langit, adalah kepunyaanNya. Yang Maha Pencipta. Dia yang mempunyai Haq ke atas segala yang ada di bumi dan di langit.

Yang kita perlu ada hanya meminta. Meminta agar dikurniakan sedikit nikmat kepunyaanNya.

Jangan berhenti meminta. Jangan berhenti berdoa.

Kerana Dia lah yang Maha Pemurah
Yang Maha Mendengar
Yang Maha Mengetahui

Hanya Dia tempat kita berserah.
Hanya Dia tempat kita mengadu.
Hanya Dia.

Ya Allah. Perkenankanlah doa-doa kami.
Ya Allah. Perkenankanlah doa-doa keluarga mereka.
Engkau yang Maha Mendengar dan Pemberi Nikmat. Maka perkenankanlah doa-doa kami.

Labels: 0 comments | edit post
Unknown

Pencarian demi pencarian MH 370 masih diteruskan. Namun sedikit info pun kita tak dapat. Undangan kapten Norudin di TV3 membuka mata semua orang. Membuka hati semua orang. Sekali lagi Malaysia Hari Ini, mengundang beliau dalam segmen MHI.

Demi Allah, kata-katanya sungguh mendalam. Membangkitkan orang-orang Islam bangkit dari tidur.

'Semua rakyat Malaysia terlalu taksub dengan teknologi'

Serba sedikit aku cuba menghadam kata-katanya. Seakan-akan pergantungan kepada Yang Maha Esa dilupakan. Segala teknologi terbaru digunakan. Namun belum berhasil. Berhentilah sekejap untuk berfikir. Apa tujuan kita sebagai hamba di muka bumi ini. Pergantungan hanya padanya. Berbaliklah padaNya.

MH370 adalah titik dimana kita perlu buat uTurn, kembali padaNya. Menunjukkan Allah S.W.T sayang pada kita. Berbaik sangkalah padaNya.

Kepada rakyat Malaysia terus berdoa. Berdoa yang sungguh2. Kerana Allah myendengar apa yang kita minta. Teruskan merayu padaNya.

Kapten Norudin berpesan,

'Kepada keluarga mangsa, teruskan berdoa dan adakan solat taubat'.

Solat taubat...bukan hanya pada kaum keluarga mangsa tapi pada semua muslim di Malaysia.

Kerana kita semakin jauh dariNya. Sama2lah kita mendekatkan diri padaNya dan teruskan berdoa.

Semoga MH370 pulang dengan selamat.

'Ya Allah. Kau yang Maha Kuasa. Berilah kami petunjuk dalam pencarian ini. Ya Allah. Sesungguhnya kami insan yang lemah, maka hanya padaMu kami memohon pertolongan. Sesungguhnya Kau yang Maha Mengetahui akan apa yang telah terjadi dan bakal terjadi.

Kau selamatkanlah mereka Ya Allah. Kau selamatkanlah mereka Ya Allah. Kau selamatkanlah mereka Ya Allah.

Kau kurniakanlah kaum keluarga mereka kekuatan mental dan fizikal dalam menempuh ujian Mu ini.

Ya Allah. Kau yang Maha Pemurah. Kau kembalikanlah mereka pada keluarga mereka.

Ya Allah permudahkanlah pencarian ini. Permudahkanlah Ya Alah. Permudahkanlah Ya Allah. Amin.'

Semoga pencarian dan penantian ini terhenti dengan kebahagiaan.

Labels: 0 comments | edit post