Unknown
Dah satu tin aku berjaya habiskan oat bran ni...rasa~ tasteless.. 2 scoops per meal and twice a day...mula2 minum tu azab jugak la nak habiskan... lama2 senang je.. aku tak suka makan oat...tapi rasa dia tak de la teruk sangat sebab aku rasa oat lagi tak sedap...

Tiga hari pertama aku bancuh milo dan pastikan air milo tu tak panas kemudian baru masukkan oat bran ni.. lagi senang kalau bancuh milo dengan air panas then campur air sejuk kemudian baru masukkan oat bran... oat bran ni tak boleh bancuh dengan air panas sebab ia akan menjdi pekat dan likat...

hari pertama minum rasa sangat la tak selesa perut ni... agaknya baru nak bertindak balas kot.... masuk hari kedua sakit perut... sebelum makan oat bran ni aku dah set mind sebab aku baca testimonial orang lain katanya akan cirit birit... so paling terbaik punye minum hari jumaat sebabnya esok lusa weeekend...

tapi bagi aku bukan la cirit birit .. tak seteruk tu la... just  more watery.... bukannya cam cirit birit yang pedih perut tu... boleh tahan la jugak.... ade la dalam 5 hari aku asik memerut je... tapi feeling sangat best sebab rasa sangat ringan.... sapa yang sembelit tu this is the best way la..

sapa yang nak diet cam aku ni memang bagus... kempis kot perut sket lepas makan ni... sebab lepas makan oat bran ni... rasa kurang lapar... memang memalam kalau lapar tetiba memang aku telan benda ni la...

tujuan asal minum oat bran  ni memang nak turunkan kadar kolesterol... masa medical check up last 2 years dulu memang doc detect colesterot... not high but mild... tapi takut wooo sebab kakak aku baru 2 minggu lepas kena minor strokeand detect masalah jantung.. risau gak takut keturunan...


tapi aku akan teruskan jugak dengan dedikasinya makan oat bran niii wait another 2 cans baru la aku nak wat medical check up....

1 tin tu luak 2 minggu kalau berdisiplinla.. hari ni aku cari lagi dah habis stok.. biasa kt Watson tak de la.... tp kat Guardian ada, paling  murah kot...hari ni aku beli 3 tin rm 169... ok la...

sedikit info tentang Oat Bran BG 22 ni



Oat BG22TM dibuat dari serbuk oat bran Sweden premium tinggi dan di dalamnya terkandung 22% Beta glucans (serat larut) yang dibangunkan dengan cara yang empunya bahawa Beta glucans  dasarnya dikekalkan dalam bentuk yang paling asli, oleh itu ia mengekalkan berat molekul tertinggi untuk kelihatan lebih pekat  didalam usus dan membantu mengurangkan paras kolesterol dengan berkesan.
Tidak seperti lain-lain produk oat, Oat BG22TM menyediakan jumlah tertinggi sebanyak 22% Beta-glucans di dalam setiap hidangan. Hanya 2 sudu ( 14 g) BG22TM Oat akan menyediakan serat optimum larut yang anda perlukan setiap hari. Jumlah Beta glucans oat (serat larut) yang disyorkan untuk mengurangkan kesan kolesterol 3 g / hari.
Cara penggunaan :
  • Boleh diambil secara langsung dari sudu atau dicampur dengan air kosong, jus buah-buahan, susu soya, susu dan coklat atau taburkan pada bijirin, yogurt, gravies, dan sup.
Pengambilan harian yang disyorkan:
  • Ambil 2 sudu (14 g) setiap hari.
  • SATU sudu 30 minit sebelum sarapan pagi dan SATU sudu 30 minit sebelum makan malam.

Unknown

Cara ni aku biasa guna sebab kulit aku sangat sensitif dengan toner yang lebih alkohol.. So kena guna nature remedy lah..

1 tbs madu/honey
1tbs lemon/ cranberry jus

Campur kedua2 bahan ni dan apply kat muka... Pakai dalm 1 jam setengah... Pastu basuk muka sebersihnya.. Then terus apply krim or losyen malam or siang... No need any toner.. Tapi memang moist la.. Cam aku pakai setiap hari.. Day n night.. Pagi pakai dalm 20 minit je.. Sambil2 iron baju keje... Malam tu pakai lama sket.. Lagi lama lagi bagus...tapi tak tahan melekit...

Aku lebih suka guna cranberries juice.. Sebab senang tak payah nak perah le simpan lemon tu.. Jus cranberries memang ada dlm peti ain.. Yg pure cranberries jus.. Masam sket.

Jus cranberries ni aku amalkan setiap pagi... Lemon pon boleh. Tp cranberries ni banyak kelebihan..

Terutama untuk perempuan.. Ia boleh mencegah infection di saluran kencing..
Ia kaya dengan vitamin C dan merupakan antioxidant yang bagus... So for those who have cancer, try this alternative..

Untuk yang ada darah tinggi pon bagus sebab cranberries jus agak acidic.. Tp dilarang mengamalkan bersama ubat2 doctor.. Takut double effect...

By the way, cranberries jus dikatakan dapat meningkatkan metabolic rate.. Especially yang dah berumur above 25.. Apatah lagi yang dah berumur 40 tahun kan... Minum sesudah bagun pagi bila perut kosong.. But not good untuk yang ada gastrik.

Ia juaga dikatakan membantu mengurangkan pereputan gigi.. Sebab inya anti bakteria..
Juga boleh meningkatkan tahap imun kita,  sebab kandungan vitamin c yang tinggi..

Banyak lagi kelebihan cranberries jus ni.. Terutama ia boleh membantu mengurangkan berat badan pada yang obes like me.. Aku beli cranberies jus brand 21century kat watson...

Unknown

Bosan2... Terbukak tv3 tayang cite ' Yes, Bos!' . Best gak cite ni

Boleh la layan... Tapi kalau dia letak kat slot Akasia sure meletup.. Dah la si Emma Maembong tu sangat comel bertudung.. Tapi aku nak kasi kredit kat Raja Ema.. Dia bertudung dlm cite ni comel dan sangat sopan.. Doakan supaya dia keep pakai tudung la.. Sangat cantik.. Hopefully.. Melekat..

Waaa.. Hisyam hamid pon berlakon... Tapi hr ni tak de plak watak dia.. Huhu..

Tarikh :  YES, BOSS!
Tarikh : Novel : 2011
Drama : 15 Februari 2014
Genre : Romantik-Komedi
Episod : -Siaran : Sabtu dan Ahad
Jam : 6.00 - 6.30 petang
Saluran : Slot Dramady, TV3
Skrip : Mufid Suhami
Pengarah : Emi Suffian
Terbitan : Zeel Production
Penulis Novel : Areila Sahimi
Pelakon : Emma Maembong dan Fahrin Ahmad, Ryzal Jaffar, Noorkhiriah, Norlia Ghani, Eizlan Yusof, Jasmin Hamid, Aishah Ilias, Aidil Aziz, Shamsul Ghaw2, Wan Maimunah, Chaca Maembong, Shella Faeiz, Narenth Rao, Che Puteh 

BARISAN PELAKON DAN NAMA WATAK
Aryana - Emma Maembong
Ilham - Fahrin Ahmad
Shamsiah - Noorkhiriah
Udin -  Ryzal jaffar
Opah - Norlia Ghani
Dato Maarof - Eizlan Yusof
Datin Rokiah - Jasmin Hamid
Mellina - Aishah Ilias
Harun - Shamsul Ghaw2
Midah - Wan Maimunah
Sakinah - Cha Cha Maembong
Jeffry - Hisham Hamid
Amanda - Shella Faeiz

Unknown

suka betul dengan lagu ni...memang suara Asfan ni memang sedap.. tambah pulak kalau dia bawa lagu slow cam ni....dulunpon ada satu lagu dia memang aku suka.. yang cite bulan puasa tu.. Ramadhan Terakhir ke apa ntah.. yang Elli Suriati berlakon tu...

cuma sayang.. dia tak berapa glamer padahal dia agak bagus dari segi nyanyian dan lagu dia. maybe kurang publisiti kot.. xpe asal bukan publisiti murahan dah laa...

ASFAN  - ALASAN UNTUK BAHAGIA

seperti mentari kan hilang
mengikut jejakku
menghapus bayangmu

terus aku membawa cinta
jauh dariku
jauh darimu

dan tidak bisa ku mengerti
semua terjadi
harus begini

kini yang tinggal
hanya sisa-sisa kisah yang terindah
dan hitam tiba membawa derita

sejujurnya masih ada
rasa cinta yang tak akan putus
kerna alasanmu untukku bahagia

seharusnya kau sedari
separuh jiwaku akan mati

yang tinggal hanya alasan tuk untuk bahagia....

download lagu
ALASAN UNTUK BAHAGIA - ASFAN

Unknown
At the beginning, im really crazy bout this series.. Tapi lama2 rasa semacam je cite ni... Hurmmmm.. Tak tau la.. I just feel that Keith Foo was not the right one to be a hero for this series.. NurFathia dah ok dah..dia memang best la berlakon... Kalau hero dia tu Adi Putra ke... Remy Ishak ke.. Or yg berlakon mr arrogant tu pon ok.. Ape ke nama. Azlee Khairy.. Yess.. Betul la tu...

Quit dissapointed la ending dia.. I know the ending is happy ever after.. Tapi olahan episod akhir tak begitu menarik... It just like that? Cam tertanya2 pulak citer ni... I just like no full stop for this series..

I know many people love much this series.. But its all my opinion.. For me the  very important part for each movie, drama, or series.. Must be the beginning and the ending.. 1st episode and last episode.. Yang lain tak de la orang kisah sangat.. 

When i said the hero should be somebody else, doesnt mean that i dont like or hate keith foo... But i think he's better in different kind of movie.. Dalam cerita i love  mr arrogant tu .. Serius dia best.. Not much talk and full of expression.. 

Well.. Habis jugaak citer ni.. Finally..
Unknown

Entry ni saje je aku tulis. Sebab malam ni malas gila nak layan drama kt tv... So.. Aku cuma nak share macam mana nak download lagu ke movie ke yang pling senang... Dan jugak kat mana sumber2 nya...

Kalau korang guna Internet Explorer... Korang kena ada Internet Download Manager or torrent.. But for me, i would prefer Firefox.. Firefx ada diorg nye download manager sendiri.. They called Download Helper. Seriously memang sangat senang...download je kat link tu.. Free.. Nk download youtube pon ok..

Aku biasa tengok online je sebab guna Samsung Tab. Tapi sekali sekala bukak laptop memang aku download la..

Kalau korang guna tab, application TubeMate sangat membantu.. Khas nya nak download Youtube.. I dont think we can download other than Youtube...

Aku suka download cite melayu.. Biasa nya aku download citer melayu kat MalayTube. Dah settle download Masterchef Malaysian All Stars... Sebab nak tengok diorang masak.. Heeeee..

Citer mat salleh pon ada, korean jugak.. Hindustan aku tak sure.. Hehehe

Tapi kalau nak tengok citer mat saleh yang latest aku suka tengok kat Viooz.. Tapi tak boleh download la.. Tengok online je boleh...

Tadi aku tengok Robocop cam tak de lagi.. Tak payah la tengok wayang sebab tak de la best sangat pon..

Kalau download lagu plak aku suka guna 4shared. Suka kat sini sebab kita boleh play lagu tu dulu before download.. Tapi lecehnya kena sign up la dulu.. Aku memang dah lama jadi member 4 shared ni..

Selain 4shard, Weblagu pon ok.. Tak payah sign up.. Download je.. Tak kedekut...

Unknown

Ahaaa... Who is he?. Memula masa tengok cite Ariana Rose kat tv 3 tu memang la tertarik dengan perwatakan Harith... Tp tertanya 2 siapa gerangan Harith ni. Tak pernah tengok pon dia berlakon before this...

Then i start search about him... Ooo mamat singaporean rupanya...

His name is Hisyam Hamid.. Married to a wife and have 2 kids.. Dotter and son.. Ikut jejak Aaron Aziz ye En.  Hisyam yee... Dh glamer nanti jangan lupe keluarga tuu.. Huhu.. Sebab ramai gak retis skunk yang lupa keluarga bila dah glamer.. Moga2 anda tidak begitu...

Wish u all the best and hv a bright future here in Malaysia...mana tau kehadiran anda memeriahkan industri seni di Malaysia..

Unknown

Petua ni i jumpa kat Pinterest.  boleh tahan jugak result dia. Rasa nya i pakai dalam 2 minit je kot.Nampak la kulit mati keluar dan lepas tu kulit jadi licin...

2 sudu besar baking powder
1/2 lemon

Campur 2 benda ni, akan berbuih sebab ada interaction between baking powder and lemon. Pastu apply kat muka. Kalau kulit korang jenis yg sensitif berjerawat, elok tambah air sikit, sebab asiditi lemon tu boleh buat kulit sensitif sakit, menyengat sket. Kalau ada minyak teatree ke, minyak kelapa dara ke, tambah beberapa titik.