Unknown
Lama dah aku tak post pasal atkins. By the way, aku nak share resepi Agar-agar Kelapa or Kelapa Jelly ni versi Atkins. Sebab aku tak guna kan gula tapi guna subtitute gula iaitu Pemanis P3 or P3 Sweeterner.
Walaupon kelapa muda mengandungi karbohidrat lebih kurang 28 gram per bijik.. tapi kita makan seadunan agar agar kannn.. banyak tu.. 2.6liter kot.. pamdai pandai la korang bahagi yeeekk...
Aku buat hari tu dapat dalam 12 bekas tau fu fa penuh.. jangan risau.. agar2 mengandungi 0gram karbo..... so nutrisi agar2 dan air kelapa muda boleh tengok kat picture ye.. suka betul aku dengan kelapa jelly ni..orang jual rm 2 kot sebekas tau fu fa tu... padahal air kelapa pon baru 3.50 sebijik. Lagi pon diorang xletak air kelapa banyak pon. Korang boleh reduce air kelapa tu kalau suka...
Resepi agar2 kelapa/kelapa jelly
1 paket agar2 10gram ( korang check kat belakang biasa guna air 800 hingga 960 ml)-aku guna cap layang2 yang jual kat tesco jekkk
2 bijik air kelapa muda (boleh tambah atau reduce kalo suka)-asingkan isi
12 titik Pemanis P3 ( ikut cita rasa korang.. bagi aku dah manis dah)
Daun pandan ( perisa pandan pon boleh.. half teaspoon cukup)
Cara2
1. Sukat air kelapa tu dulu then cukupkan dengan air putih biar jadi 2.5 l. Standby 1 cawan or 100ml tuk rebus daun pandan. Kalau guna perisa terus ke step 2.
2. Masukkan semua air kelapa dalam rebusan daun pandan bersama serbuk agar2 dan 13 titik Pemanis P3. Tunggu sampai mendidih.
3. Dah mendidih.. tutup air.. kacau adunan supaya wap keluar.. agak2 dah tak berapa nak panas dah.. boleh tuang dalam bekas..pastu boleh la bahagi2kan isi kelapa tu..
4. Dah agak sejuk... boleh masuk dalam peti ais.
Okey... tu je... boleh la wat dessert menu berbuka wahai atkinners
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Panduan Ringkas Sepanjang Bulan Ramadhan
Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa
1) Makan dan minum dengan sengaja. Jika terlupa atau tersalah atau dipaksa, tidak batal puasanya.
2) Muntah dengan sengaja, seperti menjolok jarinya ke tekak untuk mengeluarkan sesuatu. Jika termuntah, tidak batal puasanya.
3) Keluar haid atau nifas atau melahirkan anak, walaupun sebentar sebelum terbenam matahari.
4) Onani (mengeluarkan mani dengan sengaja) sama ada dengan tangannya, atau isterinya, atau orang lain, atau memeluk isterinya dengan syahwat. Jika keluar mani hanya kerana terpandang atau terfikir sesuatu yang mengghairahkan, maka hukumnya sama dengan mimpi basah di siang hari, i.e. tidak batal puasanya dan tidak wajib qadak. Begitu juga dengan keluar air mazi, tidak batal puasanya.
5) Memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yang terbuka. Tidak batal memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga yg tertutup seperti mata (memakai celak atau menitik ubat pada mata) dan sebagainya. Tidak batal juga memasukkan sesuatu melalui rongga terbuka jika tidak sampai ke dalam perut, seperti mengorek hidung atau mengorek telinga atau menitik ubat telinga.
6) Berniat untuk berbuka puasa, walaupun tidak makan apa-apa.
7) Makan, minum atau berjimak kerana menyangka bahawa telah terbenam matahari (masuk waktu Maghrib), tetapi sebenarnya belum. Atau belum terbit matahari (masuk waktu Subuh), tetapi sebenarnya sudah. Ini adalah pandangan jumhur.
8) Berjimak dengan sengaja.
9) Murtad.
10) Gila, walaupun sebentar.
11) Makan atau minum ketika azan subuh dilaungkan. Ramai menyangka masih boleh makan dan minum ketika azan dilaungkan sehinggalah tamat azan. Ini adalah pandangan yang salah, kerana muazzin tidak disyariatkan untuk azan sehinggalah terbit fajar. Sesiapa yang meneruskan makan atau minum selepas muazzin mula melaungkan azan, maka batal puasanya dan wajib qadak.

Perkara-perkara yang TIDAK Membatalkan Puasa
1) Mandi atau membasahkan kepala untuk menyegarkan badan atau menghilangkan kepanasan dan dahaga. Jika tertelan air secara tidak sengaja, tidak batal puasanya.
2) Memakai celak, walaupun celak tersebut memasuki matanya, kerana mata bukan rongga terbuka yg menyampaikan bahan tersebut ke dalam perut.
3) Berkucupan sesama suami isteri, jika masih boleh mengawal diri daripada melakukan jimak.
4) Semua jenis suntikan, sama ada IV atau IM, kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy)
5) Berbekam.
6) Berkumur-kumur dan memasukkan air melalui hidung ketika berwudhuk. Tetapi makruh jika dilakukan secara berlebih-lebihan.
7) Merasa makanan ketika memasak atau ketika ingin membeli makanan tersebut, selagi mana makanan tersebut tidak sampai ke halkum.
8) Menghidu bau-bauan.
9) Makan, minum atau berjimak pada malam hari sehinggalah terbit fajar (masuk waktu Subuh). Jika di dalam mulutnya terdapat makanan ketika azan subuh mula dilaungkan, wajib baginya mengeluarkan kembali makanan tersebut. Jika sengaja menelannya, maka batal puasanya. Begitu juga dengan jimak. Wajib berhenti ketika azan subuh mula dilaungkan. Jika dia menyambungnya, batal puasanya.
10) Bangun pagi dalam keadaan berjunub (hadas besar).
11) Menelan air liur yg bersih dan tidak bercapur dengan bahan lain, dengan syarat air liur tersebut masih berada di dalam kawasan tubuh badannya. Jika dikumpul di dalam bekas lalu diminumnya, batal puasanya.
12) Menggosok gigi. Harus melakukannya pada setiap waktu ketika berpuasa. Mengenai pendapat yang memakruhkan menggosok gigi selepas gelincir matahari, hadis tersebut sangatlah lemah (dhaif jiddan).
13) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual) . Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.
14) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginoscope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination) .
15) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.
16) Tampal gigi atau cuci gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).
17) Pendermaan darah atau menerima darah.
18) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).
19) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.
20) Ambil darah untuk ujian makmal.
21) Semua jenis salur yang dimasukan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana pada anggota badan (catheterization)
22) Laparoscope yang dimasukan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.
23) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.
24) Uteroscope atau IUCD (pencegah hamil) yang dimasukan ke dalam rahim.
25) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).
26) Ubat asthma (inhaler).
27) Semua jenis ubat yang dimasukan melalui anus (dubur).
28) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.
29) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) samada peritoneal atau hemodialysis
30) Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Dah lama aku plan nak belajar berenang. Dah tua2 cam ni baru nak belajar berenang.. tapi sekarang ni susah nak cari kelah renang yang perempuan sahaja.
Tapi dalam aku google .. aku jumpe 1 website ni.. website jomrenang. Diorang menawarkan kelas renang untuk wanita di Precint 6 Putrajaya.
Aku macam tertarik..huhuuu.. aku tak tahu berapa orang dalam 1 group wanita tu. Maybe kurang 20 orang kot. Yang penting group tu perempuan je. Kelas setiap ahad jam 8.30 pagi. Rm 250 untuk 8 kali kelas. Sebulan 4 kali. So bulan pertama cuma bayar rm150.. next month lagi rm 100. Kalo nak futher class yang advance.. for next month lagi rm 100 untuk sebulan..
Diorang ade private class jugak.. yang ni tak mampu den... rm 500 for 6 times class. Yang ni private 1 to 1.. class schedule boleh plan dengan instructor. Kalo private class boleh la ikut time kita.
Ade yang 2 orang 1 group rm 600 .. kiranya rm 300 per person.. ade yg group 3 orang 5 orang.. lagi murah la..
Boleh teng picture aku download dari website diorg..
Aku nak kena cekal ni lepas raya.. bulan puasa xde kelas yeee...
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Ayam masak lemak cili api ni masakan orang Nogori. sedap . tu je komen aku. semua jenis masak lemak pon sedap.. ayam, keli salai, daging salai, pucuk ubi dan macam2 lagi.. memang sedap.. tp cara maska berbeza sket, bahan2 lebih kurang je...


Bahan-bahannya:
Ayam
Santan
Cili Padi – blend
Kunyit hidup – blend
Daun kunyit
Serai-diketuk
Asam keping
Garam

Cara memasak:
Toskan ayam yang dah siap dicuci untuk mengeluarkan lebihan air. Kemudian, gaulkan ayam tadi bersama serai, cili padi dan kunyit hidup yang dah diblend di dalam kuali dengan api perlahan. Tujuannya untuk mengeringkan air ayam. Bila air ayam dah kering, boleh la masukkan santan cair.
Bila ayam dah kecut/masak dan santan dah mendidih masukkan asam keping, santan pekat, dan garam. Bila mendidih sekali lagi, boleh letak daun kunyit dan tutup api. Siap.
Bagi yang suka pedas boleh letakkan  cili padi/api lebih.
Bila dah masuk santan, kuah masak lemak kene sentiasa dikacau supaya tak berketul dan naik minyak, kalau tak kuah masak lemak jadi sgt. Untuk masak lemak ayam, cukup lah letak sekeping asam keping, kecuali kalau masak lemak ikan boleh letak 2-3 keping sebab masakkan ikan memang kena rasa masamnya tu. Kalau nak letak kentang pun boleh jugak..
Ayam seeloknya ditoskan terlebih dahulu untuk membuang lebihan air ayam, kalau masuk basah-basah, rasa macam tak sedap jer bila air ayam tu dimasak sekali dengan santan.

****####aku pernah guna santan kotak... ras dia teruk dan tak pecah minyak.. tapi kalau tu je yang ada ..pasrah je la....


Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Ni favourite aku.. mau menambah 3 kali nih.. pastu tak leh nak bangun solat terawih.. huhu.. mata cam nak tertutup jekkkk... hheehe..

bagi aku singgang tulang or daging ni lagi sedap dari sup tulang or daging..dia macam masam2 lengkuas sket.. hirup panas2.. makan nasi banjir macam makan nasi air.. huih... 

singgang tulang ni biasa jugak diorang buat sebagai lauk untuk kenduri kat Kelantan.. kadang2 singgang ikan tongkol.. Raya Qurban tu memang biasa masak juadah ni.. kalau dapat ni memang refresh la.. sebab asik gulai daging or ayam masak merah je.. kadang bosan jugak tekak ni... dapa budu lagi la melekat...

sila kan masak juadah ni masa berbuba ye.. sebab juadah ni juadah campak tapi sedap sangat!!!!


Singgang Tulang


Tulang  atau daging lembu
Bawang merah (hiris)
Lengkuas (hiris)
Bawang putih (hiris)
Halia (hiris)
Ketumbar (tumbuk sket)
Asam keping
Cili kering (potong , buang biji)
Garam
Serbuk perasa 

kalau nak buat singgang tulang, rebus tulang dahulu sebingga separuh empuk.. atau separuh air rebusan kering.. lepas tu masuk kan semua bahan (kecuali garam dan perasa) 
agak2 tulang dah empuk perasakan dengan garam dan serbuk perasa.. kalau letak gula melaka sedikit lagi sedap.

kalau nak buat singgang daging.. terus masukkan semua bahan. tak perlu rebus dagingg dahulu.. dah agak2 nak masak.. perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

Picture ni dari azie kitchen kot.. mohon copy ye.. sebab sangat menyelerakan....





Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Hari ni akunberia pegi pasar malam Saujana Impian Kajang. Semata-mata nak beli durian crepe kat situ. Yang specialnya diorang buat durian crepe fresh kat situ jugak.
Ni first time aku rasa durian crepe filling dia custard. Biasanya whipped cream. SEDAP. Tu je one word expression. Rasa tak se muak whipped cream. So aku boleh makan banyak.
Diorg buat crepe tu letak dalam bekas sushi. Kalo korang peornah beli sushi kat jusco tu.  Haa.... yang bekas sushi 6 bijik tu.
Harga dia bagi aku murah.. RM5 sebekas..so.. beli 10 bekas pon xralat sebab sedap..
Tadi aku menunggu 30minit jugak. Sebab bnyak order. So adik yang amik order tu cakap.. boleh whatsapp kalau nak order. So xde la menunggu lama sangat.
Diorang pon boleh buat delivery.. tapi aku xingat hari ape.. isnin rabu jumaat ke.. ntah kena confirmkan balik ngan diorang...
So.. kalau korang nak order.. tgk je no tel kat kotak dalam picture tu ...
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
ni kalau dapat memang menambah..sedap dowh.. kalau dapat ikan talang tu lagi sedap.. biasa nya aku
 tambah timun batang dan kacang panjang  dalam gulai.. sedap tak payah pikir sayur lagi.. hehehhehe..




Bahan-bahannya:
350 gram ikan talang masin, dipotong kepingan kecil - (Kak Noor guna ikan talang masin saiz kecil)
1/2 biji nanas masak (empulurnya dibuang), dipotong kecil atau dadu
sayur kacang panjang dan timun batang

1 cawan santan sawit  (ditambah 2 cawan air lagi untuk dijadikan santan cair)
1 cawan santan sawit  (santan pekat)
2 inci lengkuas
Garam / gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar (menggunakan blender):
7 cili kering (kalau nak pedas boleh tambah cili api
3 inci kunyit hidup
5 bawang merah

Air secukupnya

Cara-cara membuatnya:
1. Rendam ikan masin di dalam air lebih kurang 1/2 jam untuk menghilangkan rasa masinnya. Basuh dan toskan.
1. Masukkan santan cair, lengkuas, serta semua bahan kisar di dalam periuk.
2. Masukkan ikan kering talang dan kepingan nanas dan sayuran. Masak sehingga mendidih dan nanas layu.
3. Tuangkan santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Kuah hendahlah sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan



Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Nasi Ayam... aku rase masakan paling senang dan simple.. walaupun agak renyah sedikit.. tapi berbaloi.. biasa kalau berbuka puasa beramai.ramai....kalau nak dekat raya tu.. memang ni la menunya.. sebab senang.. ramai orang suke..

Resepi Nasi Ayam


Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Tips:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Labels: 0 comments | edit post
Unknown
ni favorite aku.. nak nak kalu makan dengan nasi tomato... huh... terangkat...kat pasar malam Tasik Kesuma ni ade anak beranak yang jual nasi tomato yang sangat sedap.. tapi pasar malam hari Isnin je...
 biasa jam 7 dah habis nasi tomato ni.. biasanya aku tak dapat la sebab aku sampai semenyih dah jam berapa kan.. punye la jem MRR2 tuh...


Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam, dipotong sedehana kecil
  • 1 tin kecil kacang pis
  • 1/2 biji bawang besar, hiris
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai, dititik
Bahan untuk dikisar
  • 1 biji tomato saiz besar
  • 10-15 biji cili kering, buang biji dan rebus
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ayam 3/4 masak
  2. Cincang kasar bahan untuk dikisar, dan kisar menggunakan blender hingga halus
  3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kekuningan.
  4. Masukkan bahan kisar tadi dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, sos tiram, serai dan akhir sekali kacang pis. Perasakan dengan garam dan gula ikut rasa.







Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Masakan ni pula asal dari negeri sembilan atau melaka.

Resepi nya adalah:

BAHAN-BAHAN

600 gram daging yang telah siap disalai, hiris nipis
15 - 20 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tak putus setiap 1
3 batang serai dititik
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN KISAR HALUS

30 biji cili padi kampung warna hijau
1 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Masukkan daging salai yang telah dihiris ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. 
2. Gaul rata dan tuang santan cair.
3. Masak hingga mendidih dan daging lembut
4. Masukkan asam geluor dan masak sekejap.5. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan tambah belimbing buluh. 
6. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. 
7. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

** Resepi ni di ekstrak dari website MatGebu. aku dah follow blog dia dh lama since aku jumpe resepi donut gebu kat kongsi resepi.. hehehe... masa tu ak sangka dia lelaki.. huh.. tercabar keperempuanan ku..

**most of his recipe semua menjadi .. sekarang ni lebih senang follow IG dia.. kalau ade resepi baru terus aku buka blog dia 


** lagi satu.. biasa nya aku tak letak asam gelugur. biasanya aku letak belimbing buluh atau buah bacang...

** picture bawah ni bukan aku punye.. hasil carian Mr.Google.. nampak menyelerakan kan???

Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Ayam percik ni asal dari Kelantan. tapi dah banyak modify bagi lebih pedas, kurang santan, lebih herba dan lain-lain lagi.

Ayam Percik Kelantan Style

1 ekor ayam - potong 4

Bahan Perap


5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya


Bahan Kuah


2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh lebih jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam


Steps
 

Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga separuh masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu sebab mahu cepat. Sementara ayam dibakar, siapkan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dan masakkan atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.


Apabila ayam mulai sedikit garing, lumur bahan kuah merata rata dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah

** resepi ni aku ambil dari Azie Kitchen


 









Labels: 0 comments | edit post
Unknown

I have done many types of diet. Just name it.. supplements?? Too many. Just name it. I think i had all..

SDII, jusmate 5, shaklee, and many more.. i think all types off supplements i ve already try. But none of them are successfull. I can lose weight with them but i cannot maintain.

My body getting bigger. My thigh.. wow.. just like a balloon.. cannot manage to buy pants, jeans... becoz there is no size for me. My calves are too small comparing to my tight. So its look wierd then i try bigger pants or jeans. All the kurungs i had to let in a storages.. huhu..

My body was like a big balloon..

But 1 day sy sister introduce me with fb Kelab diet atkin. Which is at first i just follow. But then last Ramadhan. I try to follow this diet. Becoz that time i want to save money then i just think how about to try this diet.

Amazing is .. it works for me. It was not drastically weight drop and change.. becoz im not strictly follow.. which is im  allowed myself to eat rice or bread once a week.

I have dropped 4kg at first week. But then it stop lose weight. But my body shape turns out. My body getting smaller. My be becoz all the fats already burnt.

But im not continue the diet after hari raya.. too many obstacles.... all delicious foods was killing me.

But 1 thing i noticed... my body shape and my weight are not increase. Meaning that i can maintain my body. After almost a year.

So im planning to do this diet again for coming Ramadhan. Hopefully can drop few kgs.. hehehe..

Who wanna join me?????

Unknown

Kalau anda baru nak belajar buat kek.. sila lah buat kek span dulu.. kalau kek span berjaya.. tak mustahil yang lain2 akan berjaya jugak.

Ramai yang teringin nak buat kek.. terutama bila tiba ulangtahun kelahiran anak tersayang, ulangtahun perkahwinan dan lain2 lagi.

So..untuk kek semacam itu.. kek span paling sesuai dijadikan kek hari jadi..

Mari kita usha resepi Kek Span Coklat ini..

KEK SPAN COKLAT

Bahan2

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
150 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

1. Mula-mula satukan, tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!

2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung

3. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
Mesti ada yang tanya kenapa speed perlahan..?
Cubalah guna speed laju.. pasti berbedak muka tu nanti hihi ^_^
Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan..
Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun.

4. Bila dah gebu, tutup mixer. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata
Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..

5. Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.

6. Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C

Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah
Bakar selama 30 ~ 35 minit

**kenapa tepung kek.. sebab ianya lebih halus dan lebih ringan .. sesuai untuk kek span. Kalau tukar tepung gandum.. nanti bentat kek tu.. sebab berat.
**telur untuk kek kuta guna Grade A.. kalu grade lebih kecil.. kek tak kadi lembut sangat.. tak caye cuba lah guna grade C..hehhehe
** kalau rasa nak buat kek vanila je.. then 20 gm serbuk koko ganti dengan tepung kek. Dan lebih kan esen vanila. Or boleh buat perasa pandan.. perasa keladi.. macam macam boleh..
** ovellete kalau xde .. jangan buat kek span.. sebab fungsi dia melembutkan kek.. tu yang jadi kek span.
** minyak jagung. Sila guna minyak jagung.. jangan pandai plak tukar minyak masak.. bukan tak boleh.. nanti rase dia pelik.
**kek span ni boleh juga buat kek gulung.. cuma guna loyang nipis je...

Unknown

Dulu aku tak kesah sangat dengan lagu2 korea ni.. tapi lepas aku tengok cerita Its Okay Thats Love .. terus jatuh cinta dengan lagu nyanyian Chen dan Davinci. Lepas tu Ost drama Kill Mr Heal Mr pon sedap. Ada rap lagi..

Kat mana nak download lagu Korea? Biasanya Ost je la kan. Biasanya aku download kat SINI .. semua Ost ada...

Okay.. sebenarnya xde mood nak menulis.. tapi baru lepas download lagu... huhhuu.. tu yang rasa nak buat entri nih..

Chowwww
..

.....

Unknown

Hari ini takde mood nak makan nasi. Hari Sabtu last week adik aku kawen then aku bawak blk lebihan gulai daging.

So hari ni teringin nak menjala. Jom tengok resepi roti jala ni yang sedap dan mudah. Ia juga lembut sampai ke petang.

RESEPI ROTI JALA

Bahan2

3 Cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 Cawan air/santan/susu sejat
Sedikit pewarna kuning

Cara2

1. Blend kan semua bahan hingga sebati.
2. Then cuba tuangkan adunan.. kalau ia tak putus2.. maka boleh ja start menjala. Tapi kalau berketul2.. teruskan blend.
3. Tapis adunan tu.. tuk mengelakkan berketul.. nanti tersumbat plak mould tu.
4. Jala diatas kuali nonstick.
5. Tak payah balik kan
6. Tunggu sejuk then lipat or gulung.

Makan dengan kuzi ayam memang sedap. Tapi gulai daging pon boleh.. tak kuasa nak memasak hari ni.. cukup lah roti jala ni...

2 Gambar roti jala yang atas ni ehsan dari En Google....comel pulak dia buat colorful...



Yang last baru pic aku punye.. banyak tu le dpt tuk resepi 3 cawan gandum. Ada dlm 30 keping...

Unknown

Ussually i watch the latest movie from www.viooz.ac . Well they are faster then other website. The picture below is the latest capture for this site...