Unknown
Keputusan telah pun diumumkan. dan sebagai rakyat Malaysia, kita wajib taat kepada pemerintah yang dipilih oleh suara majoriti. sebagai sebuah negara demokrasi, bilangan kerusi di Parlimen yang mana lebih banyak adalah merupakan suara majoriti... maka merekalah yang dipilih oleh rakyat untuk menjalankan amanah dalam urusan pentadbiran.

tapi yang agak menggelikan hati aku ialah, sebelum kita pergi mengundi lagi dah di acukan dengan pelbagai andaian. kononnya jika BN tidak dipilih sekali lagi untuk menerajui pentadbiran negara, maka akan berlakunya huru hara seperti yang pernah berlaku pada masa dulu pada 13 Mei.

hurmmm... menggeleng kepala aku mendengarnya.. banyak betul ahli nujum pak belalang yee kat negara tercinta kita... pastu yang best apabila malam pengumuman pembentukan kerajaan baru diumumkan, ramaila kawan2 aku yang kerja di area KLCC pakat2 post kat FB , all staff yang kerja at  XX company, anak berkerja dari rumah atas sebab2 HSE.. wohoo... dah  tak aman ke negara kita ni..

then esoknya... elok je area KLCC tu.. banyak rumours yang lebih kepada fitnah sekarang ni...

hari ni plak berita ni keluar kat Utusan Melayu... so RACIST!!



aku pon tak tau nak cakap apa...kenapa isu perkauman dibangkitkan.. rakyat Malaysia dah cukup cerdik untuk menilai.. tak perlu cucuk2 jarum lagi... Who are too racist now? siapa yang bangkit kan isu perkauman disisi.. tak perlu kot... kalau mereka2 yg berkata2 ni tak RACIST, maka xde la wujudnya UMNO, MCA, MIC kan? what they are stand for? is it for their race, MALAY, INDIA, CINA... kan .. so bout DAP..

then .. Who ARE not RACIST ? secara fizikal nya of course, PKR.. cos they stand for Parti Keadilan Rakyat dan PAS- Pas bangkit untuk Islan not race..

Persoalannya kenapa isu perkauman yang dibangkitkan.. aku tak paham.. MALAYSIA punya la bangga dengan "negara yang berbilang kaum" and now they talked bout Racist? kenapa .. tak kesian ke dengan kaum bumiputera yang lain. seperti kaum kadazan, dayak, iban.. dan yang lain2 kat sabah sarawak tu ...and sesetengah kat semenanjung.. you called we are Malaysian. but just highlight about MALAY, INDIAN and CHINESE? how about the others?

tidak kah mereka rasa terpinggir?

dan sekarang pulak timbul Pas bergabung dengan UMNO? and another racist?
entah lah... for me demokrasi la yang memecah kan kita.. memecahkan sesama melayu... memecah kan sesama cina dan memecahkan sesama Islam.... mana 1 Malaysia yang dicanangkan...

aku setuju dengan slogan 1 Malaysia. Yang mana bagi aku, jika 1 Malaysia benar2 terjadi, maka tidak ada la isu saling membeza2 kan antara kita...one day.. may come true...