Unknown
Bangun pagi2 nanti kena bersiap ke Lembah Azwen Resort, Hulu Langat.. Ada team building kat sana.. Tapi masalahnya, aku tak boleh nak tido.. Skunk dah jam 4 pon xleh tido lagi.. Ikutkan kunci jam kol 5 sebab nak kemas barnag...


Tapi mata ni tak nak lelap jugak.. Lately insomia alu datang balik.. Risau plak.. Tak tau nak cure dengan apa.. Kalau dulu aku tak boleh tido aku pasang je cd Quran pastu boleh lelap.. Ni langsung takboleh.

Average aku tido pon dalam 3 jam sehari.. 2 jam tido tu dah normal bg aku..

Kalau dapat tido 4 jam dah cukip syukur la tu...

Aishhh.. Tak tau la kat hulu langat tu tetiba dapat tido ke kan.. inshaa Allah...

Lusa ada kelas Healthy Wholemeal kat Levain de Pastry.. Tapi sayang aku tak boleh pegi.. Kalau tak kerana team building ni memang aku pegi kelas tu...

Hope my friend Azliana Othman can attend for that course k...

Ok, try to get 1 hr sleep now... Urghhhh!!!'

Roger & Out!!
D
Unknown
Any of u heard bout this? Enyakit yang belum dijumpai ubatnya.. Cuma pembedahan yang boleh membuangnya..

Doc has detacted 2 of my friends.. Yang satu dah kahwin manakala 1 lagi madih single. Fortunately my friend yang dah kahwin tu alredy preggy, and doc said that the fibroid within her womb can shrink dan aakan keluar bersama2 baby nanti..

The other friend which is single, there is no other choice for her. The only solution is surgery... As she still young and single, womb is very important to woman.. Selagi ada cara lain contohnya rawatan islam aku syor kan dia cuba. Just dont to obsess , tapi percaya pada Allah, setiap penyakit itu ada ubatnya, kadang2 penawar itu berbentuk zikir dan amalan2 baik yang kita buat...


Allah tu Maha Mendengar dan menerima taubat hamba2Nya... Perdengarkanlah kepadaNya. Hanya Dia yang Maha Pemberi segala nikmat...
Unknown
Baru je receive oil dispenser ni.. Aku beli kat Dealmates.com.
1 rm 29.. Aku beli 2 dengan harga rm 50.. Tapi memang berbaloi la..
1 untuk minyak masak, 1 lagi tuk olive oil..

Dia siap ada measurement ml dan tbs or tsp lagi.. Baking memang sesuai.. 
Tapi kalau nak masak ayam goreng berempah memang tak sesuai la kan hihi..










Bila barang ni sampai kat opis semua orang berkenan.. Rare kan..

Kakak2 aku pon sama jeles.. Then aku search rupanya WEBUY.com pon jual jugak. Harga sama.. Rm 29.. Deal sampai 22nd March.. So sapa2 rasa nak beli , go to www.webuy.com, or korang type je oil dispenser in Malaysia, sure banyak deals pasal ni punye...
Unknown
Dari 7 jenis roti yang kami belajar ada 4 jenis yang memerlukan kulit @ skin ni iaitu:
  • Milky Bun
  • Mexico Bun
  • Tiger Bun
  • Green Tea Custard Polo Turtle Bun
So resepinya di sini

Puffy Topping~Milky Bun

50 gm Butter/ Mentega
50 gm Corn oil/ Minyak Jagung
100 gm Water/ Air
100 gm High Protein Flour/ Tepung protein tinggi
100 gm Eggs/ Telur

Steps/ Cara

1. Add in butter, corn oil and water and cook until boil.
~ campurkan mentega, minyak jagung dan air, masak hingga mendidih.
2. Add in HP Flour.
~masukkan tepung protein tinggi.
3. Leave the mixture awhile to make sure it cool. 
~tinggalkan campuran itu untuk disejukkan.
4. Put all the mixture into mixing bowl and mix using K-hook.
~masukkan semua campuran kedalam mangkuk pengisar dan kacau guna K-hook.
5. Add egg 1 by 1. Mix well.
~ masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.



Tiger Skin~Tiger Bun

100 gm Rice Flour/ Tepung Beras
15 gm Sugar/ Gula
25 gm HP Flour/ Tepung HP
 10 gm Instant Yeast/ Yis Segera.
130 gm Warm Water/ Air Suam
30 gm Corn Oil/ Minyak Jagung
4gm Salt/ Garam

Steps/ Cara2

1. Add warm water and yeast. mix well.
~ Masukkan air suam dan yis. kacau sebati.
2. Add in sugar. mix well.
~masukkan gula. Kacau sebati.
3. Add in all left ingredients and mix well. Leave for 30 minutes.
~ Masukkan sebua bahan yang selebihnya dan kacau sebati. Tinggalkan selama 30 minit.



Latte Mexico Topping~Mexico Bun

100 gm Butter/ Mentega
50 gm Whole Egg/Sebiji telur
50 gm Egg Yolk/ Telur Kuning
100 gm Icing Sugar/ Gula Icing
100 gm Low Protein Flour/ Tepung LP
50 gm Garnache
10 gm Nescafe Powder/ Serbuk Nescafe

Steps/ Cara2

Mix all well untill smooth
~Kacau sebati hingga lembut 



Polo Skin~ Green Tea Custard Polo Turtle Bun

200 gm Unsalted Butter/ Mentega tanpa garam
200 gm Icing sugar/ gula icing
100 gm Egg/ Telur
20 gm Milk Powder/ Susu Tepung
600 Gm LP Flour/ Tepung LP
10 gm Green Tea Powder/ Serbuk Teh Hijau

Steps/ Cara2

1. Mix butter, milk powder, green tea powder and icing sugar until fluffy.
~ kacau mentega, susu tepung, serbuk teh hijau dan gula icing sehingga kembang.
2. Add egg 1 by 1.
~masukkan telur 1 per 1.
3. keep in freezer if not to use today. add the flour the the time for baking.
~simpan didalam peti ais beku jika tidak digunakan hari ini. masukkan tepung bila ingin membuat roti sahaja.
4. using hand to add flour untill it firm and unstick to our hand.
~ gunakan tangan untuk menguli tepung dan filling teh hijau yang disimpan dalam freezer. sehingga ia tidak melekat di tangan.



 Roger & Out!!
D

Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Ingat tak entri aku sebelum ni pasal Advance Baking Class...
Dalam kelas tu kami diajar 7 jenis roti.
 dari pada tujug jenis roti tu kami ada 5 jeniss yang memerlukan inti iaitu
  • Wassabi Filling
  • CranberryCheese Filling
  • Green Tea Filling
  • Milky Filling
  • Coconut Filling
Inti ni boleh buat awal banyak2 dan simpan. Kalau letak dalam freezer boleh tahan dalam masa 2 minggu. kalau chilledje dalam masa 3 hari..so letak je dalam freezer then agak2nak guna tu, ambik portion yang nak guna, chill kan je...

OK Time for Recipe !!!

Wassabi &Green Tea Filling/ Inti Wassabi & Teh Hijau

80 gm Instant Custard/ Kastard Segera
200 gm Full Cream Milk/ Susu Penuh Krim
3 gm Green Tea Powder/Serbuk Teh Hijau
OR 20 gm Wassabi

Steps/Cara2
~ mix all well using hand whisk. put into container or plastic. keep in freezer.
~campurkan semua bahan dan kacau sebati menggunakan pemukul telur. simpan dalam bekas atau plastik. Simpan dalam peti ais beku

Coconut Filling/ Inti Kelapa

280 gm Gula Melaka
80 gm Butter/ Mentega
250 gm fresh coconut pell/ Kelapa Parut Segar (yang putih dah tua)
80 gm milk powder/ Susu tepung

1. Melt the butter.
~Cairkan mentega.
2.Add the Gula Melaka portion by portion until it melt in butter.
~Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit sehingga iacair di dalam mentega.
3. Add coconut peel.
~masukkan kelapa parut.
4. Add milk powder. done.keep in freezer.
~Masukkan susu tepung. siap. simpan dalam peti ais beku.

Cranberry Cheese Filling

200 gm Cream Cheese
90 g Castor Sugar/ Gula Kastor
25 gm Cranberry
Dairy Whipping Cream 

**if the cream cheese too thick then add 20 gm dairy whipping cream.
~jika cream cheese pekat masukkan 20 gm dairy whipping cream.

Steps/Cara
1. mix all ingredients well using mixer.
~campurkan semua bahan dan kacau sebati menggunakan mixer.
2. use 2nd speed until it smooth. keep in freezer.
~gunakan speed 2 dan kacau hingga ia licin. tak perlu kembang. simpan dalam peti sejuk beku.

Milky Filling

100 gm Buter/ Mentega
40 gm Fructose/Fruktos
40 gm Corn Oil/ Minyak Jagung
100 gm Milk Powder/Susu Tepung
100 gm Dairy Whipping Cream

Steps/ Cara
1. Mix all ingredients well. using mixer.
~campurkan semua bahan dan kacau seati. guna mixer.
2. Add milk powder. mix well.
~Masukkan susu teoung. kacau sebati.
3. Add dairy whipping cream to adjust the texture. add small portion by small portion.
~masukkan dairy whipping cream untuk buatkan tekstur yang lembut. masukkan sedikit demi sedikit.

Done.

Mest korang tertanya2 kan inti wassabi.. rasa dia tak pedas pon. sebelah kanan tu jenis wassabi yang digunakan. satutube 20gm.

Roger & Out 
D

Unknown
Best la layan citer ni... 
Zain Hakimi &Elsalina..
Hoho... this year mesti ramai yang namakan anak diorg dengan nama ni...:)

Aku memabg suke tengok citer yang Nelydia ni berlakon... first tengok dulu dalam citer SpaQ... tapi tak sangka muda lagi dia ni... muka dia agak matured la...dan cantik..
Si Amar Asyraf plak aku kenal dia dlm citer Nilapura... masa tu rambut dia kerinting lagi...
skunk ni encem sket la dr yang dulu.. dah nak kawen dengarnye....kecewa la anak2 gadis diluat sana..hehehe gigit jari...

Dalam drama Setia Ke Hujung Nyawa n, ada 1 lagu yang aku suka... dimainkan bila si El ni sedih dan bila citer dah habis kat hujung2 tu... siap hapal lirik dia...

tapi tak tau la lagu apa.. mungkin tajuknya Setia Ke Hujung Nyawa sebab wording ni ada sebut dalam liriknya.. suara macam Tomok je ... Tapi tak tau la....

Sapa yang ada lagu ni tolong la kasi tau aku... nak download mp3 Setia  Ke Hujung Nyawa ni.. sangat sedap...

Liriknya kat bawah ni yee...

Aku tak bisa
Menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa 
melupakan salahmu
resah hatiku

Maafkan aku...
Melukakanmu...

Cinta Jangan engkau pergi
Jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita 
Setia Ke Hujung Nyawa

Unknown
Lapar sangat tapi malas nak masak.. 
Tengahari tadi makan lebihan2 dr kelas roti tu.. Malam mula la lapar..

Last week ade beli spaggety wholemeal .. Hahah sos nye tak de la aku nak masak..
Beli yang Chef Riz tu.. Senang.. Dapur tak berkecah.. 
Huhu .. Nampak sangatkan pemalas..

Spaggeti wholemale tu not bad la..
Cuma time nak masak tu lama sket.. Lebih lama dari yang biasa..
Kaler dia gelap sket.. 

Sos carbonara tu plak masin.. Yg instant ni tak payah campur air. Panaskan terus makan..

ni la dia wholemeal spaggeti... tp yg sebenarnye aku nk tunjuk placemat yang sama dengan Setia Hujung Nya... aku beli kat TESCO RM 1.80 jek


ok
Roger and Out!!!
D


Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Resei roti kali ni tak banyak bza dengan resepi dari Basic Baking Class. Cuma ada tambahan telur sahaja. 
Tapi apabila dah bakar, tekstur nya berbeza, dari segi rasa dan kelembutannya.

Resepi Roti (ada Telur)

1000 gm High Protein Flour/ Tepung Berprotein Tinggi
10 gm Salt/ Garam
150 Castor Sugar/ Gula Kastor
200 gm Ice/ Ais
15 gm Bread Improver
15 gm Instant Yeast/ Yis Segera (mauripan)
200 gm Water/ Air
150 gm Butter/ Mentega
100 gm Eggs/ Telur

Steps/Cara2

1. Mix HP Flour, salt, castor sugar, bread improver and instant yeast on 1st speed in 60 sec with a hook.
~campurkan Tepung HP, garam, gula castor, bread improver dan yis segera dan kacau dengan speed 1 dalam 60 saat.
2. Put together water, ice and eggs in a.bowl. Then add in into mixer on 1st speed in60 sec.
~masukkan telur bersama air dan ais ke dalam bekas kemudian masukkan ke dalam mixer sedikit demi sedikit. kacau pada speed 1 dalam 60 saat.
3. Change to 2nd speed and mix about 2 min. mix the dough well until it become 1. if the scattered around then ade some water, just a small amount. cont mix.
~tukar kepada speed 2 dan kacau dalam masa 2 minit. kacau sehingga  sebati sehingga doh menjadi 1. kalau doh bercerai menunjukkan doh tak cukup air. tambag sedikit air. sambung kacau.
4. Add in butter and mix for futher 2 mins. Change to 3rd speed in 6 mins or until dough smooth and elastic.
~masukkan mentega dah sambung kacau selama 2 minit. tukar kepada speed 3  dan kacau dalam masa 6 minit atau sehingga doh licin dan elastic(anjal)
5. Done.then fill it with filling. wait for proofing about 45 minit.BAke!!
~Siap. Isikan inti. tunggu ia kembang BAKAR!!


Baking temp/ Suhu Bakar: 180 degree Celsius with top and botom heat. without fan/ 180 darjah Celsius dengan api atas dan bawah.tanpa kipas.



Roger & Out
D
Unknown
Semalam ada beli daging salai sepinggan kat Pasar Pagi Beranang.. Tak tau nak masak apa... semalam dah masak Masak Lemak Cili Api... Instead of Keli goreng sambal hijau aku tukar sket menu tu.. guna daging salai dan sotong kering.

Saje je tambah sotong kering sebab memang dah ada yang aku dah siap kembang kan... guna air panas je...dalam 2-3 jamjugak la...

:::Masak Sambal Hijau Daging Salai dan Sotong Kering:::

4 ulas bawang putih
1/4 labu bawang besar
Cili Api (suka hati korang la nak pedas banyak mana)
Daging salai
Seekor sotong kering yang dah kembang
Garam 
Gula
1 sudu besar Sos tomato/ asam jawa
Sos tiram

Cara2

1. Tumbuk lumat bawang putih, bawang besar dan cili api
2. Panaskan kuali, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram, kacau. masukkan air asam jawa/sos tomato, kacau.
4. Tambah sedikit garam dan gula.
5. Masukkan sotong kering tadi... goreng sekejap, kemudian masukkan daging salai.. Done!!


Senang kan!!!

Roger & Out
D
Unknown
Selepas attend kelas Basic Baking Class dan Tart Making Class, aku rasa berbaloi untuk attend kelas yang lain.. so aku pon sign up untuk Advance Baking Class ni. 
For student they give us flat rate for 1 class only RM 90. Tapi for Advance Baking Class ni perlu atten 2 hari kelas only RM 125 for 2 days class.

Day 1 Class

Untuk Day 1 kami belajar buat filling and prepare doh untuk digunakan esok hari. lepas siap buat filing and dough kita simpan dlam refrigerator . Chilled will use within 3 days after making and for freezer will up until 5 days. bila nak guna then keluarkan dr peti sejuk..

Kami di ajar buat 7 jenis roti. 

Types of Bun
  • Mexico Bun
  • Cheese Cranberry Filling Bun
  • Milky Bun
  • Cup Cake Bread
  • Green Tea Custard  Polo Turtle Bun
  • Tiger Bun
  • Sushi Bread
Semasa kami ambil Basic Baking Class, semua filling yang digunakan adalah yang segera. Tapi untuk kelas ni semua buat sendiri. Kami diajar untuk buat filling (inti) dan skin/kulit untuk decoration and also the new recipe for dough.
Dough

Dough yang berbeza dari Basic Baking Class.. tak banyak pon bezanya cuma tambah telur. but the taste is totally differ from 1st class. yang ada telur bagi aku lebih lembut dan ada umphhhh... 


Types of Skin
  • Polo Skin~ Green Tea Custard Polo Turtle Bun
  • Tiger Skin~Tiger Bun
  • Latte Mexico Topping~Mexico Bun
  • Puffy Topping~Milky Bun
Types of Filling
  • Coconut Filling
  • Cranberry Cheese Filling
  • Milky Filling
  • Green Tea Custard
  • Wasabi Custard
Sushi Bread
 Untuk Sushi Bread.. Suka hati nak letak apa.. macam yang dia ajar just guna Chicken Floss, Sosej, Timun Batang dan Carrot and of course the seaweed...

 one of my friend from tart class dia dah ambil kelas Advance ni before aku but she dont like the taste of the Advance Class. she just like the basic one.. it depends actually...untuk aku aku lebih suka yang ni.. tak perlu lagi tambah susu tepung...

Next entri nanti aku tulis resepi for the filings and the dough.. kena karang, senua notes dah bercelaru.. kena susun balik.

Before that .. yes the pictures!!


The Filling and Dough making

Before Bake!!

Then Wallaaa!!! after bake.. Yummy!!

Student with Chef Eric


Roger & Out!!
D
Labels: 3 comments | edit post
Unknown
Dah seminggu teringin sangat nak  makan ikan keli salai... so aku pon pegi la Pasar Pagi Beranang.. PAsar ni bukak setiap Ahad dan Rabu...
Murah je ikan keli salai ni kat pasar tu.. 3 ekor RM5 dan sepinggan daging salai RM6.. bagi aku dah cukup murah la...tak tau la tempat lain..

Aku tak pernah buat masak lemak cili api ni. aku guna santan kotak je... tunggu punya tunggu nak pecah minyak, tak pecah2 jugak.. ke memang santan kotak ni takkan pecah minyak? entah leeee...

aku guna resepi dari Blog KongsiResepi
Boleh tahan rasa dia... senang je main campak je... then aku masukkan belimbing buluh...
So tak pasah la letak asam keping.. Sebenarnya nak letak puk\cuk paku tapi dah habis....

ni resepinye

Masak Lemak Cili Api Keli Salai dengan Belimbing Buluh


3 ekor keli salai
2 cawan santan cair
2 ulas bawang merah
2 titik serai
cili api (suka hati~aku guna 13 tangkai)
Garam, gula
belimbing buluh
(boleh tukar kepada pucuk ubi, pucuk paku, keladi, rebung, cendawan dll tp masukkan asam keping)


Cara2

1. Cili api dan bawang merah ditumbuk halus, kemudian masukkan dalam periuk bersama2 dengan santan cair dan serai. Sedikit garam, kasi lemak sket. sentiasa kacau yeee..
2. Agak2 mendidih tu masukkan ikan keli bersama2 belimbing buluh...
3. Usha belimbing buluh tu kalau dah layu sket (agak2 kuning sket) masukkan santan pekat. cuba la adjust rasa dia, kurang garam ke manis ke...then siap..
4. kalau nak letak pucuk ubi ke pucuk paku ke, asam gelugur tu masukkan sekali pada step 1.

SELAMAT MENCUBA!!

Roger & Out
D
Unknown
Ok nak promot sekejap..walaupun aku dah lambat nak bersiap tuk Advance Bread Making Class Day 2...hehehe

kalau ada sapa2 nak buat majlis CUKUR JAMBUL/AQIQAH , one of my friend yang attend Tart Making Class lass two weeks.. dia ada tinggalkan name card dia...

dia ada buat Perkhidmatan Sewa Buaian Berendoi untuk both majlis tu...
Sape2 berminat boleh la ke website dia: Permataku Berendoi

Lokasi: Ampang, Selangor
Contact:
Linaz: 013-317 9540
Lina: 012-352 6440
Azhar: 013-353 2259
email: linaz_154@ymail.com

Pakej yang ditawarkan
Pakej A (Hiasan Simple)
Rm 250
Pakej B (Tanpa Pelamin)
RM 350
Pakej C (Pelamin)
RM 480

ok  mau ready ke kelas.. Chow


Roger & Out!!
D


Unknown
Skunk ni aku tengah gila minum air ni kalau g OldTownWhiteCoffee mesti punye order Hazelnut Ais..
Then beli yang 3in1.. satu kotak ada 10 pek.. RM10
Semalam beli lagi dua kotak.. Satu letak kat rumah dan satu lagi letak kat opis...
yang bestnya, lepas aku minum hazelnut panas ni terus rasa sakit perut nak membuang.. tak tau la kalau aku alah kepada krimer ke coffee tap aku suka la xyah la nak makan  ubat segala tuk membuang...

So adanya Hazelnut Coffee skunk aku stopkan makan Herb Lax Shaklee tu... kalau dah teruk sangat tak membuang then baru aku sambung... hehheh

 Roger & Out!!
D
Unknown
Semasa mambik kelas Basic Bread making tu, 
chef bagi extra free class for mufiin ... 

this muffin really easy.. orang kata "kacang je la"..
sebabnya tak perlu guna mixer cukup whisk je. 
Anak2 sekolah rendah pon boleh buat ni..

So follow all these step below ok...

Resepi Chocolate Chip Muffin

60 gm All Purpose Flour/ Tepung Serbaguna
30 gm High Protein Flour/ Tepung Berprotein Tinggi
70 gm Castor Sugar/ Gula kastor
60 gm Full Cream Milk/ Susu Penuh Krim
20 gm Corn Oil/ Minyak Jagung
20 gm Butter/ Mentega
4 gm Baking Powder/ Serbuk Penaik
8 gm Cocoa Powder/ Serbuk Koko
2 gm Choc Emulco
2 gm Choc Chip
60 gm Egg/ Telur
**1 Grade A Egg = 60 gm

1. Beat the butter and corn oil.
~ Pukul mentega dan minyak jagung.
2. Add in the castor sugar in the mixture.
~ Masukkan gula kastor ke dalam campuran.
3. Add in the egg slowly into mixture.
~ Masukkan telur perlahan2.
4. Then add the full cream milk and choc emuclco into mixture.
~ Kemudian masukkan susu penuh krim dan choc emulco ke dalam campuran
5. Combine the all purpose flour, high protein flour, cocoa powder, choc chip and baking powder and add into mixture .
~ campurkan tepung sebaguna, tepung berprotein tinggi, serbuk koko, choc chip dan serbuk penaik dan kemudian masukkan kedalam capuran tadi.
6. Use ice-cream scoop and scoop into the muffin cup.
~ Gunakan skop ais krim atau sudu kedalam cawan muffin.
7. The weight must plus minus 50 gm for small cup and 80 gm for large cup .
~ Berat nya ditimbang, 50 gm untuk cawan kecik dan 80 gm untuk cawan besar.
8. Bake at 200 degree Celsius, preheat oven about 20 - 25 minutes.
~ dibakar pada suhu 200 darjah Celsium , preheat oven dalam masa 20 - 25 minit.



Roger & Out !!!
D
Unknown
Ingat hari ni nak update pasal tart kelas hari tu...
tapi kertas resepi yang chef bagi letak kat mana ntah .. maybe tertinggal kat classroom kot.. 
nevermind, petang ni masa kelas Advance Bread Making Day 2 nak mintak dengan Ana.
Ana ni one of the Levain De Pastry student dari Salak Tinggi...


Hope dia bawak la..

that day kita buat Blueberry, Chocolate and Strawberry Cheese Tart and Fruit Tart..
Bagi aku kalau tak masuk kelas pon tart tu jadi je sebab cara nak buat cheese filling tu senang je...
 and for fruit tart dia guna instant custard 
and fresh fruit macam kiwi strawberry and also canned fruit like peach..

 and yang me'mahal'kan lagi kelas ni adalah teknik yang digunakan semasa buat tart cookies tu the way of baking, and also when we spread the tart dough into the mould... must quick..

bila kami 1st time buat tart cookies tu. kami ambil masa yang sangat lama untuk spread kan doh ke dalam mould tu... sebab untuk dapat kan ketebalan crust  yang sama bagi tapak dan dindingnya... 
not expert yet lah kan...

the the chef teach us how...
 using two thumbs.. 
and quick ... 
so minyak dari dough takkan keluar dan
 dough kita takkan collapse and hangus masa bakar...

then ada lagi satu teknik, 
apabila kita spread up the dough so ada lebihan kat tepi2 ...
 kita kena buang guna pisau dough dengan angle 45 degree...
 ni aku pon baru untuk dapatkan tart crust yang cantik begitulah caranya...

Resepi yang dibekalkan oleh chef ni untul 1kg gandum dapat 100plus tart cookies.... 
better buat 1 kilo terus sebab untuk cookies ni kita bakar dulu then baru letak filling... 
so cookies nya boleh tahan sebulan jugak la kalau letak dalam airtight container....
bils nsk msksn je sediakan tart filling either cheese or custard. anything u like...

Insha-Allah petang ni dapat resepi tart tu then try update here in Tart Making Class Part 2 

before that ... picture for tart down here..






Roger & Out!!
D
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Resepi Roti / Bun yang simple, senang dan pasti jadi...
Resepi dari Chef Eric Wong ni memang gerenti jadi. 
Pertama kali buat memang tak jadi sebab aku guna hand mixer yang brand sharp.. 
power dia rendah 210 Watt jek... 

then Groupon ade jual satu stand mixer ni harga cuma RM450, dengan kuasa 800Watt ok la kan...
 kalau nak beli Kenwood pon dalam RM 1k plus untuk (900 Watt).
Kali kedua buat menjadi... 
tapi aku campur susu tepung dalam 2 sudu untuk kasi lemak sket rasa dia...

Filling pulak beli kat bakery shop je.. yang paling aku suka Chicken floss..kalau nak buat... memang tak la kan.. resepi tuk dikongsi kat bawah ni...



Tarikh: 15 Disember 2012
Tempat: Levain De Pastry Sdn.Bhd
Kelas: Kelas Roti /Bun berinti
Chef: Eric Wong

::::::::::Recipe ::::::::::::::::::: Resepi::::::::::
Filling Bun ::::::: Bun Berinti

Ingredients/ Bahan-bahan

1000gm High Protein Flour/Tepung berprotein tinggi
10gm Salt/Garam
150gm Castor Sugar/Gula Kastor
300 gm Ice/Ais
15gm Bread Improver
15 gm Instant Yeast/Yis Segera
200 gm Water/Air
150gm Butter/Mentega


Cara2
1. Mix high protein flour, salt, castor sugar, bread improver and instant yeast on 1st speed for 60 second with a hook.(dry mix well)
~ Campurkan tepung berprotein tinggi, garam , gula kastor, bread improver dan yis segera(mauripan 1 paket) ke dalam mixer dan kacau guna kelajuan 1( yang paling rendah) dengan hook.
2. Then add in water and ice on 1st speed for 1 minute.
~ Kemudian masukkan air dan ais kedalam mixer dan kacau dengan kelajuan 1 selama 1 minit.
3. Change to 2nd speed and mix for 6minutes until all mix well.
~ Tukar kepada kelajuan 2 dan kacau selama 6 minit atau semua bahan menjadi satu.
4. Add in butter and mix for futher 2 minutes. Change to 3rd speed for 6 minutes until dough smooth and elastic.
~ Masukkan mentega dan kacau selama 2 minit. Tukar speed kepada kelajuan 3 selama 6 minit sehinggan doh licin dan elastik.
5. Separate the dough into 50gm each and make a push-round shape to extract the gas bubles
~Timbang doh 50 gm dan bulatkan untuk keluarkan angin
6.make your own buns using your favourite filling. Leave the dough to proof, make it double in size(50-90 minutes)
~Isikan inti yang anda suka. Biarkan doh kembang sehingga 2 kali saiz (50-90minit) .
7. Bake in preheat oven at 180 degree Celsius within 10 - 15 minutes
~ bakar dlam preheat oven pada 180 degree Celsius dalam masa 10 -15 minit.


Info
  • Guna mixer yang berkuasa lebih 350 Watt sebab doh ni berat. Boleh cek kat label.
  • Guna hook untuk buat roti, manakala whisk untuk buat kek.
  • Bread improver untuk mengurangkan masa untuk doh kembang.
  • Guna ais untuk menghentikan pengaktifan yis. untuk resepi ini yis dan garam dicampurkan sekali. Jika ais tidak dimasukkan yis akan mati.
  • Jumlah air bergantung kepada cuaca pada hari kita buat doh. Jika hari panas, air dilebih kan. masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh ok.
  • Air hanya boleh dimasukkan sebelum dimasukkan mentega.
  •  Untuk bun manis, tambahkan gula.
  • Bread Improver-tidak memberi kesan buruk kepada badan~ia terdiri daripada vitamin C, soy lecithin, enzim dan bahan2 lain yang baik.
  • Bread softener mengandungi fatty asid yang mana tidah baik untuk jantung.
  • Ovellete~ bertindak sebagai emulsifier ~ lebih kurang bread softener~ tak baik untuk jantung.
  • Mentega boleh digantikan dengan shortening, marjerin, minyak jagung atau extra virgin olive oil.
  • Yang aku perasan kalau guna marjerin or butter, kaler roti akan kekuningan sket, then kalau guna olive oil , kaler roti putih... 
  • Kalau nak buat Wholemeal bread~ masukkan air lebih.
Dari Kiri::Gambar 1: Resepi :::Gambar 2: timbang setiap doh kepada 50 gm:::Gambar 3: Bulatkan macam ni yang setiap 50 gm tu

Decoration time!!!!
Inilah hasilnya!!!!

 Roger & Out!!!
D

Unknown

15 Dec 2012
Levain De Pastry

Baking Class untuk basic roti... 
memang best kelas ni sbb aku memang tak pernah jadi buat roti... asik fail je...
rupanya senang jek.. tapi yang paling penting ialah MIXER..kalau setakat hand mixer 200Watt cam aku punya tu memang kirim salam la...


few pictures from the baking class...

cuma guna some basic items only... memang senang resepi sifu ni...



sapa2 nak cuba resepi ni... kat tengah tu ada resepi.. selamat mencuba ya!!
Neway nanti aku buat satu entry untuk resepi bun dan tart ni.. kena cari kat mana letak resepi ni...

next weeknya aku ikut kelas tart plak
kelas ni xbest sangat mybe sebab aku lebih suke baking roti kot...


tart dia not bad laa...


wahh dah settel basic... then today and tomorrow i will attending advance baking class..huhu tak sabar jam 1500 hrs nanti!!!

see u there for those whom taking the class!!!

ok.. Roge & Out!!
D
Labels: 0 comments | edit post
Unknown
Happy New Year!!!

Setiap kali masuk tahun baru adoiiyaaii mengingatkan aku umur aku akan bertambah setahun... January oh January..
Anyway... Umur dah nak masuk suku abad ni kena jaga kesihatan... so aku skunk nu banyak la ambik vitamin...
tapi setiap vitamin yang kita ambik ada kuantiti dos yang diperlukan....

meh sini aku story ape vitamin yang aku amik

Biotin 600 tu untuk penjagaan rambut then yang Big 50 tu adalah B-Complex...Ni Brand GNC.. orang kata bagus.. dah setahun aku beli, lately aku start balik makan...one tablet taken averyday...

#Vitahealth#one of the best product... ada jual kat Vitacare... watson and guardian pon kadang2 ada...Eyebright for my eyes, 1 tablet and vitaCal of course untu calcium 2 tablet per day..with vitamin D is better..
#Shaklee#Herb-Lax untuk usus... memang best la rasa ringan.. uols should try this.. then Lecithin aku baru amik je.. tuk pecahkan lemak aku yang kian membiak ni... herb-lax consume 4 tablets and Lecithin  capsule

Vitamin memang sangat penting especially calcium ... dah memang aku susah nak minum susu jadinya amik la supplement.. tapi kalau nak amik calcium kena ada vitamin D skali sebab vitamin D penting untuk absorb calcium ni. lepas abis makan yang bran Vitahealth ni, aku ingat nak tukar kepada produck shaklee sebab shaklee ni tak de la mahal sangat...osteomatrix

Osteomatrix ni aku nak amik sebab dia ada mineral megnesium skali. tapi memang la kalau tengok harga nya memang la rasa mahal tapi kita kena tengok kuantitinya.. biasa Shaklee punye ada 120_130 biji....


so for the next 2 month aku nak beli Vitamin E  dan Osteomatrix ni.. Product Shaklee ni aku beli ngan kawan aku... Ada jugak aku amik Vitamin C yang Felinna tu not bad la... sebab pores kt muka pon dah mengecil..

ok la,....

Roger &Out!!
D
Unknown
Asssalamualaikum...

Aku ada beli satu GROUPON untuk swimming class kat Putrajaya, Precinct 16.Tapi tak pegi2 lagi kelas.. sebab nya swimming cap belum beli lagi.. dulu ada la beli tapi ntah kat mana letak...

Hari tu pegi alamanda beli swimming suit... perghh mahal eh swimming suit ni.. nak2 yang aku suka..
aku beli brand Ogival... RM 260++ gak la.. pastu aku beli goggle tak tau la brand ape tapi yang ade power punye


Ni la baju renang aku... lengan panjang... seluar cam biasa je... seluar panjang then boleh ikat kat baju tu

Nin dia goggle , dengan power 200..salesgirl tu cakap dalam air lagi jelas... so tak payah beli exact power. kurang kan sket...



Berkobar2 aku nak swimming... tapi tak set masa pon lagi... nanti ingat nak amik hari sabtu malam so takde la panas sangat kan... heheheh

Inshaa Allah, next week aku nak start class..
Chaiyyok!!!


Roger & Out!!
D
Unknown
Assalamualaikum....

this entry mould be my craziness about deals!! 
YESS!! DEALS SHOPAHOLICS


#SPA#voucher yang ni tak sempat nak redeem, sepatutnya pergi berdua dengan kawan aku.. tapi we  are not on the land... tengah kerja... so terpaksa let go...:(

#SUCHAN PIZZA# yang ni aku pegi denga adik aku.. tobat memang tak best!!

#SPA# yang ni pon tak sempat nak pegi .. again.. i was onboard that time...kasi adik aku... dia kate syokkk!!!kat One Utama tak silap aku..

#SMART SPIN CONTAINER# memang sangat berguna kat dapur aku tu especially kalau nak simpan dalam fridge...segala bawang putih, cili aku siap CHOP guna CHOPPER IKEA tu.. taim nak masak terus masuk dalam kuali.

#READER'S DIGEST#Aku suka buku ni tapi yang aku menyampah kat co yang jual tu.... aku beli satu buku je pon, tapi every month dia hantar surat yang kononnye aku menang lucky draw.. dah setahun lebih aku still dapat.

This one also ...let go

#SWIMMING LESSON# ok yang ni aku nelum redeem lagi... maybe next week la aku redeem

#BAKING# serius best.. ye la aku kan suka baking.. and the chef also good in this ...

#TART MAKING# for this class im not really like.. even the same chef for the baking class.. maybe the chef not in a good mood that day?

#CAR GROOMING# yang ni pon belum redeem lagi.. we'll see

#ASSATA# no doubt for these product... tp sales dia double standart la... aku pegi kat amcorp.. that day i was lying bout my real job.. aku cakap aku kerani je.. then dia buat tak endah je... and the treatment less than 2 hours. :(

#STAND MIXER# yang ni nanti dia delivery early january .. suppose next week la... aku beli sebab one of baking class member ade beli ni from previous deals.. dia kata ok... lg pon mana nak dapat 900W dengan harga cam ni kan..
#COOKWARE# good to have this... veryy helpful inkitchen.. lagipon kelulinya tebal..tak tipu..
#AQUA PEELING# this one aku beli thru dealmates kot...bagus untuk kaki.. huhu lagi pon water base..

Banyak lagi yang aku beli ... ni semua just from GROUPON and 1 from DEALMATES.. MILKADEAL yang paling banyak aku rasa..

ok la.. rasa nak buka topik lain pulak...

Roger & Out!!
D