Unknown
Dah satu tin aku berjaya habiskan oat bran ni...rasa~ tasteless.. 2 scoops per meal and twice a day...mula2 minum tu azab jugak la nak habiskan... lama2 senang je.. aku tak suka makan oat...tapi rasa dia tak de la teruk sangat sebab aku rasa oat lagi tak sedap...

Tiga hari pertama aku bancuh milo dan pastikan air milo tu tak panas kemudian baru masukkan oat bran ni.. lagi senang kalau bancuh milo dengan air panas then campur air sejuk kemudian baru masukkan oat bran... oat bran ni tak boleh bancuh dengan air panas sebab ia akan menjdi pekat dan likat...

hari pertama minum rasa sangat la tak selesa perut ni... agaknya baru nak bertindak balas kot.... masuk hari kedua sakit perut... sebelum makan oat bran ni aku dah set mind sebab aku baca testimonial orang lain katanya akan cirit birit... so paling terbaik punye minum hari jumaat sebabnya esok lusa weeekend...

tapi bagi aku bukan la cirit birit .. tak seteruk tu la... just  more watery.... bukannya cam cirit birit yang pedih perut tu... boleh tahan la jugak.... ade la dalam 5 hari aku asik memerut je... tapi feeling sangat best sebab rasa sangat ringan.... sapa yang sembelit tu this is the best way la..

sapa yang nak diet cam aku ni memang bagus... kempis kot perut sket lepas makan ni... sebab lepas makan oat bran ni... rasa kurang lapar... memang memalam kalau lapar tetiba memang aku telan benda ni la...

tujuan asal minum oat bran  ni memang nak turunkan kadar kolesterol... masa medical check up last 2 years dulu memang doc detect colesterot... not high but mild... tapi takut wooo sebab kakak aku baru 2 minggu lepas kena minor strokeand detect masalah jantung.. risau gak takut keturunan...


tapi aku akan teruskan jugak dengan dedikasinya makan oat bran niii wait another 2 cans baru la aku nak wat medical check up....

1 tin tu luak 2 minggu kalau berdisiplinla.. hari ni aku cari lagi dah habis stok.. biasa kt Watson tak de la.... tp kat Guardian ada, paling  murah kot...hari ni aku beli 3 tin rm 169... ok la...

sedikit info tentang Oat Bran BG 22 ni



Oat BG22TM dibuat dari serbuk oat bran Sweden premium tinggi dan di dalamnya terkandung 22% Beta glucans (serat larut) yang dibangunkan dengan cara yang empunya bahawa Beta glucans  dasarnya dikekalkan dalam bentuk yang paling asli, oleh itu ia mengekalkan berat molekul tertinggi untuk kelihatan lebih pekat  didalam usus dan membantu mengurangkan paras kolesterol dengan berkesan.
Tidak seperti lain-lain produk oat, Oat BG22TM menyediakan jumlah tertinggi sebanyak 22% Beta-glucans di dalam setiap hidangan. Hanya 2 sudu ( 14 g) BG22TM Oat akan menyediakan serat optimum larut yang anda perlukan setiap hari. Jumlah Beta glucans oat (serat larut) yang disyorkan untuk mengurangkan kesan kolesterol 3 g / hari.
Cara penggunaan :
  • Boleh diambil secara langsung dari sudu atau dicampur dengan air kosong, jus buah-buahan, susu soya, susu dan coklat atau taburkan pada bijirin, yogurt, gravies, dan sup.
Pengambilan harian yang disyorkan:
  • Ambil 2 sudu (14 g) setiap hari.
  • SATU sudu 30 minit sebelum sarapan pagi dan SATU sudu 30 minit sebelum makan malam.

0 Responses