Unknown
ni favorite aku.. nak nak kalu makan dengan nasi tomato... huh... terangkat...kat pasar malam Tasik Kesuma ni ade anak beranak yang jual nasi tomato yang sangat sedap.. tapi pasar malam hari Isnin je...
 biasa jam 7 dah habis nasi tomato ni.. biasanya aku tak dapat la sebab aku sampai semenyih dah jam berapa kan.. punye la jem MRR2 tuh...


Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam, dipotong sedehana kecil
  • 1 tin kecil kacang pis
  • 1/2 biji bawang besar, hiris
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai, dititik
Bahan untuk dikisar
  • 1 biji tomato saiz besar
  • 10-15 biji cili kering, buang biji dan rebus
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ayam 3/4 masak
  2. Cincang kasar bahan untuk dikisar, dan kisar menggunakan blender hingga halus
  3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kekuningan.
  4. Masukkan bahan kisar tadi dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, sos tiram, serai dan akhir sekali kacang pis. Perasakan dengan garam dan gula ikut rasa.







Labels: edit post
0 Responses