Unknown
Terus-terang, sekarang ni banya kekeliruan yang bermain di fikiran .. terutama bila ada tazkirah zuhur dimana persoalan demi persoalan dirungkai...

Minggu lepas berkisar tentang Syiah, dimana kata seorang ustaz ni, bacaan rukuk dan sujud yang ditambah dengan 'wa bihamdihi' adalah bid'ah dan amalan Syiah... Betulkah begitu? sedangkan itulah yang diajar oleh ustaz-ustadah sedari kecil dan juga ibu-bapa kita. 

Begitu juga dengan Doa Qunut dalam solat Subuh. Ada yang kata ianya bukan amalan Rasulullah S.A.W.

ermmm.. ada kemushkilan disini.. 

'Wa bihamdihi' bermaksud yang terpuji.

Bacaan Doa Qunut pula adalah doa-doa yang baik.

Allah humah dini fiman hadait.
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.
Watawallani fiman tawalait.
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
Wabarikli fimaa a’tait.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.
Waqinii syarramaa qadhait.
Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.
Wainnahu layadziluman walait.
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada pandangan saya, bacaan sujud dan rukuk dengan 'wa bihamdihi' atau pun tidan, merupakan tasbih yang baik. kedua-dua nya memuji ALL S.W.T. 
sedangkan dalam hati saya tertanya-tanya, salah kah apa yang kami praktik sebelum ini? setelah pembacaan beberapa buku dan pertanyaan, baru lah hati ini jelas.
Begitu juga halnya dengan bacaan Doa Qunut..setelah di jelaskan di sini
barulah jelas kenapa di Malaysia kita membaca Doa Qunut dalam solat Subuh...
ianya tidak wajib tapi sunat ab'adh iaitu sunat yang digalakkan.. dapat pahala bila kita mengerjakan namun tidak berdosa jika meninggalkannya. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Diriwayatkan hadith dari malik b Anas hadith dari Summayi hadith dari abi Solleh hadith dari abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa berkata (yakni, berzikir atau berdoa dgn kalimah) 'Subhanallahi wa-bihamdihi' sebanyak 100 kali diampunkan baginya dosa-dosanya dan jika adapun dosa-dosanya seumpama buih-bih di permukaan air lautan (banyaknya)
boleh lah mengamalkan zikir ini setiap hari...

0 Responses