Unknown
Asssalamualaikum...

Aku ada beli satu GROUPON untuk swimming class kat Putrajaya, Precinct 16.Tapi tak pegi2 lagi kelas.. sebab nya swimming cap belum beli lagi.. dulu ada la beli tapi ntah kat mana letak...

Hari tu pegi alamanda beli swimming suit... perghh mahal eh swimming suit ni.. nak2 yang aku suka..
aku beli brand Ogival... RM 260++ gak la.. pastu aku beli goggle tak tau la brand ape tapi yang ade power punye


Ni la baju renang aku... lengan panjang... seluar cam biasa je... seluar panjang then boleh ikat kat baju tu

Nin dia goggle , dengan power 200..salesgirl tu cakap dalam air lagi jelas... so tak payah beli exact power. kurang kan sket...



Berkobar2 aku nak swimming... tapi tak set masa pon lagi... nanti ingat nak amik hari sabtu malam so takde la panas sangat kan... heheheh

Inshaa Allah, next week aku nak start class..
Chaiyyok!!!


Roger & Out!!
D
Unknown
Assalamualaikum....

this entry mould be my craziness about deals!! 
YESS!! DEALS SHOPAHOLICS


#SPA#voucher yang ni tak sempat nak redeem, sepatutnya pergi berdua dengan kawan aku.. tapi we  are not on the land... tengah kerja... so terpaksa let go...:(

#SUCHAN PIZZA# yang ni aku pegi denga adik aku.. tobat memang tak best!!

#SPA# yang ni pon tak sempat nak pegi .. again.. i was onboard that time...kasi adik aku... dia kate syokkk!!!kat One Utama tak silap aku..

#SMART SPIN CONTAINER# memang sangat berguna kat dapur aku tu especially kalau nak simpan dalam fridge...segala bawang putih, cili aku siap CHOP guna CHOPPER IKEA tu.. taim nak masak terus masuk dalam kuali.

#READER'S DIGEST#Aku suka buku ni tapi yang aku menyampah kat co yang jual tu.... aku beli satu buku je pon, tapi every month dia hantar surat yang kononnye aku menang lucky draw.. dah setahun lebih aku still dapat.

This one also ...let go

#SWIMMING LESSON# ok yang ni aku nelum redeem lagi... maybe next week la aku redeem

#BAKING# serius best.. ye la aku kan suka baking.. and the chef also good in this ...

#TART MAKING# for this class im not really like.. even the same chef for the baking class.. maybe the chef not in a good mood that day?

#CAR GROOMING# yang ni pon belum redeem lagi.. we'll see

#ASSATA# no doubt for these product... tp sales dia double standart la... aku pegi kat amcorp.. that day i was lying bout my real job.. aku cakap aku kerani je.. then dia buat tak endah je... and the treatment less than 2 hours. :(

#STAND MIXER# yang ni nanti dia delivery early january .. suppose next week la... aku beli sebab one of baking class member ade beli ni from previous deals.. dia kata ok... lg pon mana nak dapat 900W dengan harga cam ni kan..
#COOKWARE# good to have this... veryy helpful inkitchen.. lagipon kelulinya tebal..tak tipu..
#AQUA PEELING# this one aku beli thru dealmates kot...bagus untuk kaki.. huhu lagi pon water base..

Banyak lagi yang aku beli ... ni semua just from GROUPON and 1 from DEALMATES.. MILKADEAL yang paling banyak aku rasa..

ok la.. rasa nak buka topik lain pulak...

Roger & Out!!
D

Unknown
STREAMYX!!!
Ramai kot yang ada masalah dengan streamys ni, but for me its wallaaa!!! 
very nice and really helpful...
aku subscibe streamyx last three month, there is no problem until now.
up to this three month it is great, tapi biasa la kadang2 ade yang dia menggila jugak kan..
tapi tade la berhari2..just for few hours only.

tapi yang problemnya aku.. dah ada internet ni aku payah sket nak keluar. 
kalau keluar pon keluar kedai makan isi perut.. biasa la orang bujang... 
huhu.. masak karang tak abis...duduk berdua je dengan housemate... 
ermmm memang tak la nak masak, but i love cooking actually. 
and baking too.. 
but what to do.. 

satu lagi kelemahan aku bila ada internet ni... alahai... aku subscribe deals...
MILKADEALS, GROUPON, ILOVEDEALS,DEALMATES dan macam2 la.. 
tergugat la iman aku kat barang2 or services...
nak2 lagi kalau SPA, FACIAL, CAR GROOMING...
huhu bahaya...
aku rasa few pages jugak la kalau aku tulis semua barang or service aku dah pegi...

ok takpe aku dah ada  idea nak tulis for next entri...pasal deals shopaholics!! baru deals kan bukan pegi mall lagi... nak2 kalau pegi MIDVELLY ke IKEA ke, makin menjadi2..kalau lealki baca ni.. dalam otak diorang mesti 
"alahai perempuan"
 kan kan!!


ok 
Roger & Out!!
D
Unknown
Asalnya aku tak tahu pon ape dia Chia Seeds ni, adik aku la Whatsapp aku tanya pasal Chia seeds ni.. setelah baca kelebihan2 dia, aku pon bertekad la nak makan bijih ni, untuk diet aku...

so aku pegi la COSWAY,  tak kuasa aku nak g kedai herba plak... kebetula aku pergi TESCO Kajang nak jumpe agen insurance Takaful Ikhlas aku tu, singgah la jap kat COSWAY. 

fortunately, they have sale for Chia seed for month of December. 500gm asalnya RM48, then for that month buy 2 free 1 dengan harga RM 38.. so aku bayar RM 76 for 3 packs... 1 pack dalam Rm 25.40.. murah kan...

so aku tekad everyday makan 2 tablespoon..


anyway, kat bawah ni ade pasal khasiat Chia seeds... sekadar berkongsi


untuk tatapan korang kelebihan Chia Seeds


1. Kurangkan Berat Tanpa kelaparan
Benih Chia adalah impian dieter menjadi kenyataan. 
Yang kecil, benih yang sihat boleh dibuat kepada rasa seperti apa sahaja yang anda mahu, dan tindakan gelling unik mereka menjadikan anda rasa kenyang selama berjam-jam. Kelaparan adalah musuh utama kehilangan berat badan yang sebenar, dan anda tidak mahu berjuang dengan pil gelisah mahal. Apabila benih chia adalah terdedah kepada air, ia membentuk satu lapisan gel, meningkatkan saiz dan berat badan. Sejak gel diperbuat daripada air, ia tidak mempunyai kalori. Ia juga sukar untuk membuang dari benih, yang bererti bahawa ia membantu badan anda berfikir ia penuh, tanpa menambah kalori!


2. Mengimbangkan Gula dalam Darah
Mengekalkan tahap gula darah yang seimbang adalah penting untuk kesihatan kedua-dua dan tenaga. Gula darah boleh kenaikan selepas makan, terutamanya jika anda makan tinggi makanan berkanji atau gula-gula. Ini boleh membawa kepada 'merosot' di hari anda di mana anda merasa letih dan keluar tenaga. Dengan mengimbangkan gula dalam darah anda, anda bukan sahaja mengurangkan risiko anda untuk diabetes jenis 2, tetapi anda juga memastikan stabil, tenaga yang berterusan sepanjang hari anda.


Tetapi bagaimana Benih Chia membantu dengan ini? Kedua-dua tindakan gelling benih, dan ia adalah gabungan unik serat larut dan tidak larut bergabung untuk melambatkan penukaran badan anda daripada kanji kepada gula. Jika anda makan chia dengan makan, ia akan membantu anda menghidupkan makanan anda ke dalam tenaga yang berterusan, stabil dan bukannya satu siri naik dan turun yang memakai anda keluar.


3. Bantuan Mencegah diverticulitis / diverticulosis
Dengan banyak lebih makanan diproses dan tepung putih di pasaran hari ini, sumber yang kaya dengan serat adalah sukar untuk datang oleh. Ini makanan kemudahan telah menyumbang kepada kebangkitan diverticulitis. Ketidakteraturan adalah faktor yang besar dalam keadaan ini berisiko. Untuk membantu memastikan ketetapan, anda perlu banyak serat larut dan tidak larut dalam diet anda. Jika anda tidak mahu makan saderi, dan gandum semua ... atau timbunan emping bran, Benih Chia berada di sini untuk membantu. Setiap benih disalut dengan serat larut yang membantu tindakan gelling. Luar benih dilindungi oleh serat tidak larut. Serat tidak larut tidak dapat dihadamkan (ia tidak menyumbang apa-apa kalori, atau memecahkan) begitu sebaliknya, ia membantu menyimpan makanan bergerak lancar melalui proses penghadaman. Serat larut, dan lapisan gel benih menyimpan kolon terhidrat dan memastikan pergerakan mudah makanan.

Roger & Out!!
D 


Unknown
Ok let's see apa yang ada dalam starter kit ni
1. Beg Margenta
2. Surat Aluan
3. Kad Keahlian
4. Buku Panduan Ahli
5. Panduan Segera Penyelesaian SOPHIE
6. Borang Permohonan Keahlian
7. Katalog Terkini
8. Borang PesananAhli
9.  Borang Pesanan Pelanggan
10. Perjanjian Pesanan Pelanggan
11. Kad Jemputan Ke Acara SOPHIE
12. Terbitan Berkala SOPHIE
13. Item Premium SOPHIE


#ini lah dia margenta bag... biasa2 jek#


Ini pulak katalog.. setiap 45 hari dia tukar, do kalau daftar bulan 1 dia akan bagi the newest catalog la


Member Kad

Ini rupa kat belakang Member Kad.. kita kena isi kita punye dan sponsor kod

Member guide.. penting ni


Ada lagi lain2 seperti yang aku tulist kat senarai tu , takde la aku nak snap semua gambar kan...
so anyone yang nak register tapi takde masa atau jauh dari HQ or stokis SOPIE PARIS tu aku boleh register kan.. starter kit akan di hantar melalui pos...

kalau berminat nak daftar ahli SOPHIE PARIS or nak pinjam aku punye member kod.. TQ


Roger & Out!!
D






Unknown
entah laa... kadang-kadang betol la orang kata, nafsu pompuan ni kalau nampak benda yang dia suke... senang je nk grab... ni kakak aku punye pasal la, dok cakap  pasal SOPHIE PARIS, dah jawabnye aku terjebak...

Dapat la satu tangkapan darat hari tu.. satu handbag.. ikut hati nak beli satu set dengan purse. emmm ... takde rezeki, purse tu dah habis,

Huhu!!! tangkapan darat

Not bad la material dia... banyak lagi yang cantik, tapi ni yang first tertancap kat mata dan hati aku...
bila tengok harga dia kat price tag tu RM 105, so aku cam ok la...bila lagi last aku beli pon awal tahun 2012 tu masa g meeting kat Bangkok.. jalan2 kat Sirvanabumi Airport tu,,, ada sale untuk United Colors of Benetton...

haa. tu citer dah hampir setahun...
Hari tu jugak aku jadi member.. masa nak bayar tu aku tengok bill RM84 aku tanye budak sales SOPHIE PARIS Taman Jaya (HQ) tu ... oooo dia kate member dapat 20% discount ... sape taknak beb!!!

Lagi laa aku bercita2 nak beli lagi

Sophie Paris ni dia lebih kurang Carlo Rino, Leno, Avon... dan lain-lain... banyak la plak nak menaipnya kan...
tapi yang best nya bila kita dah jadi member, kita boleh beli online...barang akan sampai ke muka pintu anda...
tak mahal pon jadi member cuma  

RM 15 je seumur hidup


Kalu korang rasa nak buat income lebih tu boleh la jadi member tp kalau setahun beli dua tiga beg je tak payah la... kalau nak guna je member kad aku ...
tapi untuk beli online la sebab kalau pegi HQ or stokis kena tunjuk kad... for those yang nak beli online dan tak de member kad boleh la emel aku untuk pinjam member kad aku...

Sape2 yang nak jadi ahli aku boleh tolong register kan nanti aku pos kan, free postage, anything emel aku @

Next entry aku tunjuk ape yang dapat once kita dah jadi member dana apa yang ada dalam starter kits...

Roger & Out!!
D
Unknown
Aku ingat lagi dulu2 masa aku sekolah, takde masalah pon kalau aku pakai shampoo Rejoice... tapi bila umur aku masuk 25 thn, aku perasan rambut aku ada banyak masalah, nak2 lagi kelemumur.. rimas sangat rasanya...mybe faktor umur dan pemakanan la...

macam2 shampoo aku cuba.. tukar dan tukar .. time keluar shampoo bawang Jackie Chan pon aku try jugak... tap tak menjadi...
ada sekali tu officemate aku jadi member satu barang kesihatan ni tak tau la ape... dia ada jual shampoo limau purut... memang best... then aku sempat la abis sebotol shampoo dan toner rambut... toner rambut dia cam krim.. sejuk je.. memang sangat best la... huih time sakit kepala memang aku tuang banyak2...

tapi lama2 kawan aku tak jual dah.... aku pon apa lagi... dah start balik pencarian shampoo yang sesuai untuk rambut aku ni...


one day aku teringin sangat nak g spa rambut kat Semenyih ni... mulanya nak cuci je... lagi satu sebab rambut aku dah banyak gugur... setiap hari ada je rambut kat atas bantal ni. kalau mandi lagi la...

Saloon rambut ni namanya D'Jah... so dia promote aku satu brand shampoo yang dia guna kan untuk treatment... CHIHTSAI nama nya...
masa dia wat treatment tu aku boleh rasa la best ... sejuk je kepala aku ni...

so aku decide la ntuk try shampoo, toner and serum rambut dia....bila aku konsisten pakai memang rambut aku kurang gugur... tapi aku ni pemalas... nak2 lagi pakai toner rambut dia...


Owh lupe nak cakap... Brand CHIHTSAI ni dari Europe... US rasenya.. siap ada tanda HALAL dari sana lagi...

aku try and feel brand ni bagus so aku kasi adik aku separuh.... aku amik no 7 ntuk anti-dandruff... baleh la tahan 3 bulan.. so double la jadi 6 bulan sebab aku kasi adik aku separuh...sikit je apply kat kepala ... harga dia dlm rm 50 la jugak sebotol kecik...

gambarnya ada kt bawah ni


yang ni memang best ... habis kelemumur aku tak de kat kepala.. yang ni berasakan kacang almond... lepas beberapa bulan aku pegi lagi saloon tu nak beli lagi.. tapi takde... habis stok... dah la kat rumah dah takde shampoo.... dia pon suggest kana kau guna yang olive base... so aku try la



ni yang olive base.. ntuk sihatkan rambut



 yang olive ni tak sehebat yang first aku guna la... tapi best jugak.. bila dah abis yang ni aku nak tukar yang kacang base plak... yang aku tau produk ni cuma jal kat saloon je... tapi kalau ada sapa2 tau kat mana kedai jual shampoo ni tolong kasi tau aku...

ok
Roger & Out!!
D