Unknown

Masa mula mula pakai Sf Beauty muka aku bengkak, burn.. panas dan melecit selepas pakai krim malam.. krim siang pula rasa gatal2. Aku heran dan stop pakai. Tp kakak2 dan adik aku pakai ok je. Cantik bersih je muka diorang.

Then sekarang Kaylena cosmetic glamer pulak.. aku pon beli jugak.. the same thing happen after use night cream.. sakit sangat .. leher merah bengkak. Rasa melecet dan mata memang boleh buka separuh je.. aku tak nak salahkan produk ni. Sebab orang lain pakai ok je..

Hari tu aku beli online produk Kaylena ni. 5 sets.. untuk kawan2 skali. Diorang pakai ok je.. tp aku bila pakai untuk pertama kali .. jam 10 malam aku paki night cream tu. Kol 2 aku terjaga sebab rasa melecet kat leher. Try bukak mata xboleh..huhu.. separuh je boleh bukak mata..

Bila tengok kat cermin mak aih.. bengkak mata ngan leher. Tp leher sakit gila la... apply aloevera gel. Lega la sket. Tp leher tak le blah.. mmg sangat sakit.. mybe sebab kulit kat situ nipis...

Bangun pagi mmg mc la jawabnya.. tp jam 7 tu dah boleh buka mata. Still bengkak.. nk g klinik pon malu.. tp tang leher tak surut pon.. apply lg aloevera gel kasi soothing sket..

Aku try tgk ingredient dia for night cream.

_aqua , jojoba oil, grape seed extract, aloevera extract, olive oil , vit c and e, cetearyl alcohol,red orang extract, prophlene glycol, tocopherol and glycerin..

Nothing suspecious except glycerin.

Aku try search pasal allergy to glycerin and their effect.. huhu.. memang ada simptom yg aku lalui. Redness, burning, itchy huu..lain org lain effect...

So this product may not harm to everybody tapi certain cases cam aku yang ada sensitive skin ni memang akan ada kesan.. so avoid glycerin .

Jangan jadi macam aku.. main taruk je kat muka pastu sakit tanggung sendiri..

Cara terbaik ialah test je kat tangan dulu ke... tap aku rasa lehher paling cepat la.. so test kat leher dl b4 apply kat muka.. tak pasal2 cuti 1 hari..
Nak cure lama.. so bertindak bijak

Tapi tu la gatal nak tukar.. pakai bio essence kaler hijau tu bertahun tak de ape effect sakit.. huh.. makanya.. bertahan ngan bio essence la... bio essence ni aku dah pakai since 2007 lagi.. ok je. Banyak kali jugak tukar sebab bosan.. tp tiap kali pon berbalik kat bio essence jugak sebab yg lain tu menggelupas la .. gatal la.. macam2.

Huhu.. tak tau la berapa hari nak ok bengkak ni.. harap2 tak de menggelupas la..

0 Responses