Unknown
Resepi Roti / Bun yang simple, senang dan pasti jadi...
Resepi dari Chef Eric Wong ni memang gerenti jadi. 
Pertama kali buat memang tak jadi sebab aku guna hand mixer yang brand sharp.. 
power dia rendah 210 Watt jek... 

then Groupon ade jual satu stand mixer ni harga cuma RM450, dengan kuasa 800Watt ok la kan...
 kalau nak beli Kenwood pon dalam RM 1k plus untuk (900 Watt).
Kali kedua buat menjadi... 
tapi aku campur susu tepung dalam 2 sudu untuk kasi lemak sket rasa dia...

Filling pulak beli kat bakery shop je.. yang paling aku suka Chicken floss..kalau nak buat... memang tak la kan.. resepi tuk dikongsi kat bawah ni...



Tarikh: 15 Disember 2012
Tempat: Levain De Pastry Sdn.Bhd
Kelas: Kelas Roti /Bun berinti
Chef: Eric Wong

::::::::::Recipe ::::::::::::::::::: Resepi::::::::::
Filling Bun ::::::: Bun Berinti

Ingredients/ Bahan-bahan

1000gm High Protein Flour/Tepung berprotein tinggi
10gm Salt/Garam
150gm Castor Sugar/Gula Kastor
300 gm Ice/Ais
15gm Bread Improver
15 gm Instant Yeast/Yis Segera
200 gm Water/Air
150gm Butter/Mentega


Cara2
1. Mix high protein flour, salt, castor sugar, bread improver and instant yeast on 1st speed for 60 second with a hook.(dry mix well)
~ Campurkan tepung berprotein tinggi, garam , gula kastor, bread improver dan yis segera(mauripan 1 paket) ke dalam mixer dan kacau guna kelajuan 1( yang paling rendah) dengan hook.
2. Then add in water and ice on 1st speed for 1 minute.
~ Kemudian masukkan air dan ais kedalam mixer dan kacau dengan kelajuan 1 selama 1 minit.
3. Change to 2nd speed and mix for 6minutes until all mix well.
~ Tukar kepada kelajuan 2 dan kacau selama 6 minit atau semua bahan menjadi satu.
4. Add in butter and mix for futher 2 minutes. Change to 3rd speed for 6 minutes until dough smooth and elastic.
~ Masukkan mentega dan kacau selama 2 minit. Tukar speed kepada kelajuan 3 selama 6 minit sehinggan doh licin dan elastik.
5. Separate the dough into 50gm each and make a push-round shape to extract the gas bubles
~Timbang doh 50 gm dan bulatkan untuk keluarkan angin
6.make your own buns using your favourite filling. Leave the dough to proof, make it double in size(50-90 minutes)
~Isikan inti yang anda suka. Biarkan doh kembang sehingga 2 kali saiz (50-90minit) .
7. Bake in preheat oven at 180 degree Celsius within 10 - 15 minutes
~ bakar dlam preheat oven pada 180 degree Celsius dalam masa 10 -15 minit.


Info
  • Guna mixer yang berkuasa lebih 350 Watt sebab doh ni berat. Boleh cek kat label.
  • Guna hook untuk buat roti, manakala whisk untuk buat kek.
  • Bread improver untuk mengurangkan masa untuk doh kembang.
  • Guna ais untuk menghentikan pengaktifan yis. untuk resepi ini yis dan garam dicampurkan sekali. Jika ais tidak dimasukkan yis akan mati.
  • Jumlah air bergantung kepada cuaca pada hari kita buat doh. Jika hari panas, air dilebih kan. masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh ok.
  • Air hanya boleh dimasukkan sebelum dimasukkan mentega.
  •  Untuk bun manis, tambahkan gula.
  • Bread Improver-tidak memberi kesan buruk kepada badan~ia terdiri daripada vitamin C, soy lecithin, enzim dan bahan2 lain yang baik.
  • Bread softener mengandungi fatty asid yang mana tidah baik untuk jantung.
  • Ovellete~ bertindak sebagai emulsifier ~ lebih kurang bread softener~ tak baik untuk jantung.
  • Mentega boleh digantikan dengan shortening, marjerin, minyak jagung atau extra virgin olive oil.
  • Yang aku perasan kalau guna marjerin or butter, kaler roti akan kekuningan sket, then kalau guna olive oil , kaler roti putih... 
  • Kalau nak buat Wholemeal bread~ masukkan air lebih.
Dari Kiri::Gambar 1: Resepi :::Gambar 2: timbang setiap doh kepada 50 gm:::Gambar 3: Bulatkan macam ni yang setiap 50 gm tu

Decoration time!!!!
Inilah hasilnya!!!!

 Roger & Out!!!
D

Labels: , , edit post
2 Responses
  1. Unknown Says:

    hidayah,
    groupon ada buat delivery kat malaysia ke? apa brand mixer tu, russell ke?


  2. Unknown Says:

    Yang sy beli ni bran baker... industrial equipment actually... boleh tgk website dia dan dia wat delivery je..groupon pon selalu ada promo mixer ni.... nnt sy amik gambar mixer tu tempek kat sini