Unknown
Hari ini aku nak kongsikan resepi Durian Crepe.. Resepi ni aku ambil dari Blog sape ntah. Tapi crepe dia cukup senang.

Resepi Durian Crepe
40gm tepung gandum
40gm tepung ubi
20gm tepung kastard/hoen kwe
20gm tepung jagung
1 biji telur gred A
130ml susu sejat/fresh milk
50ml air - bergantung kepada kepekatan
1 tbsp butter cair atau minyak mazolla
T tbsp sula halus
Pewarna kuning
Secubit garam

Steps
1. Satukan semua tepung dan ayak.
2. Dalam satu bekas, satukan semua bahan dan kacau rata. Make sure adunan tu tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Ala2 buat adunan roti jala gitu..
3. Boleh blend guna blender untuk bagi halus lagi dan tak berketul. Tapi sebelum goreng crepe ni kena tunggu lama sket la untuk hilangkan  buih.
4. Kemuadian tapis.
5. Boleh la start menggoreng crepe.

Cara goreng crepe
1.  Lebih senang guna kuali leper non stick. Aku guna yang ikea rm 30 je. Ngam2 saiz yang aku nak.
Ade handle senang.
2. Panaskan kuali. Guna api medium hot. Bila kuali betul2 panas, angkat dan masukkan adunan crepe. Sekejap je. Kira bukan direct dari api kita masak crepe.
3. Lepas dah siap, angkat dan dan ulang sampai habis

Resepi Filling Durian Crepe
1 Kotak 200 ml Whipping Cream/sepatutnya guna non Dairy Whipping Cream
2. 5 tsp gula icing

Steps
1. Sediakan mangkuk besi dan masukkan whipping cream.
2. Masukkan mangkuk besi kedalam freezer selama 10 hingga 15 minit untuk sejukkan.
3. Setelah 10 minit keluarkan dan mula untuk mix menggunakan mixer.
4. Masukkan gula dan pukul sehingga kental.
5. Pastu boleh la start membungkus

Nota jari kaki yang wajib dibaca:
# filling:
-Sepatunya guan non dairy whipping cream atau fresh cream. Sebab dia senang nak kental dan susah nak cair balik.
-non dairy whipping cream bukan hasil tenusu biasanya dari palm oil
-manakala whipping cream biasa - biasa dia tulis dairy whipping cream adalah dr hasil tenusu.
Biasanya mengandungi 30% fat.
-so boleh la makan tanpa rahu jika guna non dairy whipping cream...heheh
- boleh juga guna Whipping Cream for dessert topping. Tapi jangan masukkan gula kerana sudah sedia manis.
-dairy whipping cream biasanya akan mencair balik selepas beberapa ketika dibiarkan pada auhu bilik.
Jadi selepas whipping cream dah kental.. masukkan dalam freezer balik dalam 10 minit.
-kalau whipping cream mencair balik, masukkan dalam freezer balik dalam 10 minit. Lepas tu pukul balik guna mixer .
Kalau nak pukul whipping cream, kena terus high speed. Baru boleh kental.
Silakan menatap picture hasil google..
Labels: edit post
0 Responses